Sunday 29 June 2008

Jalan2 cuci mata

Hari ni keluar cuci2 mata, dgrnya banyak sales.

Mmg la banyak kedai yang diskaun tapi masih lagi di atas paras piawaian yang ditetapkan utk shopping moping nie. Huhu... nama pun nak cuci mata jer....

Singgah Mothercare... banyak jugak yang diskaun. Tapi ttp mahal jugak... blom lagi nak convert ke RM ... mau ratus2 selai baju budak (harga lepas diskaun) huhu.... bila sampai area kasut... less sampai 50%. Kene beli lah nie.

Sambar 3 pasang utk princess.... saiznya makSu sengaja beli yang besar sket, sbb bukan nak pakai sekarang pun. Kasut Anis sekarang size 4 baru nak masuk 5. Jadi beli yang saiz 6 & 7. Kalau tak sempat buat raya , jawabnya tahun depan baru bleh pakai. Hihi....

Balik rumah jer, si kecik ni mula sibuk nak try kasut2 tue.

Sibuk try kasut

Friday 27 June 2008

Till we meet again

Salam
Agak sedih hari ni, salah sorang rakan dan jiran terdekat dgn kami akan kembali ke tanahair selepas dah selesai urusan masternya kat sini.

Sedihnya sebab Anis kehilangan sorang kawan bermain dan selalu lepak sesama. Kadang2 gi school sama2. Cuma kebelakangan ni tak ke sekolah sbb parents masing2 ni sibuk memanjang.

Bukan takde jiran lain yang ada anak sebaya dgn Anis, cuma yang lain geng2 hero... main agak kasar sket lah. Lagi dua orang kakak plak dah nak pindah minggu depan, jauh sket dr rumah ni. Nampak gayanya kenelah Anis main dgn mama ajer.

InsyaAllah bila segala urusan papa selesai kat sini, giliran kita plak kembali ke tanahair.... jumpa nenek, tok, tok ayah, pakcik2 dan makcik2 sedara Anis dan sepupu-sepapat Anis yang ramai tu.

Sempat main2 sementara nak bertolak

Syifa (baju hijau) dengan mamanya Azrin (baju biru)

Till then, bye bye

Thursday 26 June 2008

Bertuahnya mereka

Salam
Hari ni makSu dapat satu e-mail dr sorang kawan... e-mail ni pun dah berapa kali di'forward' dari sorang ke sorang yang lain. Entahkan bertul entahkan tidak kisah yang diceritakan tu. Kalau betul, Alhamdulillah... dan rasa cemburu plak dekat famili ni. kalau cerita nii hanya rekaan, moga kita boleh ambik iktibar dan jadikan ianya suatu realiti.

"Saya
hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan.. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah.

Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).

Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur
kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan
tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya
fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anakmereka semuanya
lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman...

cuba kita tanya diri kita sendiri...
~ Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
~ Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk ???
~ Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
~ Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua..."

Saturday 21 June 2008

Malaysia Gala Day

Salam
Dari pagi hujan renyai2 la plak... nasib baik tak lebat jadi acara untuk hari ni masih boleh diadakan. Selain Malaysia, ada lagi negara lain yang turut serta.

Deorang bukak gerai jual makanan tradisi... katanya karipap laris sesangat. tak sempat nak gi beli. Antara acara yang dipersembahkan ~ pertunjukan kompang, silat, main sepak raga, tenteng, batu seremban dan congkak.

Persembahan Kompang

Tunjuk bakat main sepak raga

Dah dapat belon, jom balik

Friday 20 June 2008

Naik bas lagi

Hari ni cuaca elok je, jadi mulalah terasa nak jenjalan. Cik Abang sibuk la plak... jadi buat pakatan dengan Anis nak city centre. Anis ok ajer... sebut plak nak naik bas... tak sabar2 dia. Lps mandi dan pakai baju, dah tak sempat nak mekap & sikat rambut dah... terpacak dah dia ddk kat pushchair.

Budak tak sabar nak naik bas

Tak nak pandang kamera, sibuk tgk pigeon

Dah agak dah budak kecik ni, naik bas tak sampai lima minit dia dah selamat 'zzzzzz'. Senanglah mamanya nak pilih barang. Macam biasa mesti nak masuk Primark. Takde yang berkenan...sambar gown cik Anis selai.

Lepas tu singgah kedai accesories, beli klip rambut cik Anis. Gi Pondland beli barang2 yang cik abang suh beli. Pastu masuk market. kat kedai mek Siam tu ada plak stok daun pegaga... bolehlah buat ulam makan dgn budu dan buat kerabu. So pegi cari ikan, beli buah2 sket n sayur.

Lalu Mark & Spencer, teringat la plak biskut peberet cik Abang. bakul pushchair dah penuh. Tengok jam pun dah nak dekat pkl doblas ni. Nnt boyfriend balik nak makan plak kang. Kalau ikut hati nak masuk Debenham tp simpan utk next time lah.

Thursday 19 June 2008

Kontena

Salam
Bukan barang kami yang masuk kontena... dua famili nak balik M'sia hujung June ni. Jadi acara angkut barang masuk kontena berlangsung dgn jayanya pagi ni.


Besarnya kontena... 40x40 feet

Antara barang yang tgh que nak diangkut

Dua orang tukang sibok

Tuesday 17 June 2008

Selamat Hari Bapa Suamiku

Salam
Skema je tajuk... hihi... tahun nie dah kali ketiga PakSu melalui fasa hidupnya sebagai bapa.

Sebenarnya...kami berdua tak pernah pun meraikan both Hari Ibu atau Hari Bapa. Cukup sekadar ucapan sahaja. Kalau nak hadiah... claim bila kita dah kat M'sia yer... sekarang nie I masih surirumah menganggur... hihi....

Monday 16 June 2008

Sebulan dah

Salam
Dah dekat sebulan Anis stop bf... banyak yang dapat diperhatikan .... antaranya :

~ Kuat minum susu... dan makan banyak... satu liter fresh milk tu boleh tahan 1 1/2 hari jer... susu tepung taknak (susu tepung kat sini tak sedap pun)

~ Anis boleh duduk di carseat dan pushchair tanpa banyak songeh. Kalau tak kekadang tu, terpaksa sembunyikan bawah baju mamanya nie bila kereta bergerak takut polis nampak punye pasallah....

~ Senang dah nak tidurkan malam2... masuk bilik... ajak borak2 dan bagi buku ... baca dua tiga kerat...terus lentok. Tak perlu tepuk2 atau nak ulit.

~ Tidur malam kurang jaga dah... at least sekali jer bangun mintak susu (selalunya around pukul 2 am) lepas tu tido sampai pagi.

So sekarang tengah berusaha nak kurangkan susu dan lebihkan makan yang berkhasiat.

Sunday 8 June 2008

Summer BBQ

Salam
majlis tahunan untuk merapatkan ukhuwah antara Malaysian yang ada di Coventry nie... tahun nie dibuat kat temat lain lak.. kalau selama tiga tahun berturut2 majlis bertemat di University of Warwick.. tahun nie dapat berubah angin ke Draycote Water Park. Ralit makan2 sampai lupa lak nak meronda park tue.

Jom gi makan

Hari nie.. bg peluang Anis lepas bebas lari keliling padang. Masuk kereta ajer terus lentok kepenatan.

Menu utama ayam & kambing bakar plus satey, mee goreng,buah2, dan dan macam2 juadah potluck. Maksu bawak sardin roll ajer..maklumlah tak berapa sihat, jd fikir menu yang simple ajelah. Tak sangka plak dalam simple tu boleh dapat 1st prize plak utk potluck terbaik. Hihi... dapatlah menambah koleksi gelas dalam almari.

Selain makan2... ada acara sukaneka... yelah...dah isi perut tu kene lah bakar sket lemak2 terkumpul. Antara acaranya... golf, bolasepak, anyam ketupat, dan yang paling banyak tentulah acara untuk kanak2. Si Anis pun masuk jugak acara cari harta karun... boleh dapat nombor dua plak... boleh tahan tue... lawan dgn budak besar plak tue.

Anis dengan hadiahnya

Hadiah yang kami dapat

Oklah tue... rasa nak berbbq kat rumah lak..ntah bila angin rajinku nak datang nie.

Tuesday 3 June 2008

Aku Demam

salam
sejak Ahad, diserang batuk, selsema, sakit tekak, demam dan segala macam penyakit. Rasanya inilah yang paling teruk sejak berkurun lamanya. Dah tak ingat bila kali terakhir kene serangan penyakit cenggini.

Bila dah sakit, rasa nak makan macam2...tapi selera plak takde. Camne tue ? Penyudahnya, sup dengan nasi air jugak yag lalu ditelan. Sebab tu, sesetengah orang ada berpesaa... waktu sihat...makanlah puas2...bila dah terlantar sakit.... semua tak lalu ditelan.

Terbayang plak bubur ayam mcD... huhu... jugak nasi air maksu Nab kat KB huhu....