Monday 29 November 2010

Nasi kerabu

Nasi kerabu memang sedap dimakan... kalau nak ikutkan mcm2 versi nasi kerabu ni... ada yg hitam(biru), kuning atau putih sahaja.

Nama lainnya ialah nasi ulam... sebab ianya kombinasi nasi dgn pelbagai ulam2an spt daun kesum, timun, taugeh atau apa2 aje ulam yg ada... sebagai pelengkap ... kenelah ada sambal tumis, sambal kelapa/ikan, budu, keropok ikan dan diserikan dgn telur masin, ikan celup tepung, daging bakar, solok lada atau ayam goreng.

macam banyak je kan? Jangan pening2kan kepala atau susah2... gi jer kat kedai... beli sebungkus....

The ulams


Sambal kelapa/ikan




p/s : mak aku yang buat, aku tukang makan ajer... Gambar set nasi yg lengkap tak sempat nak snap... :)

Saturday 27 November 2010

Tudung bawal

Aku, Anis dgn Aina masih kat KB. Hubby dah balik Johor... sementara masih kat rumah my parents ni... makan ajelah kejenya.

Salah satu aktiviti wajib setiap kali balik klate adalah shopping tudung. Member2 aku mmg awal2 lagi dok pesan nak kirim tudung bawal (saiz xl)... jd minggu lps sempatlah luangkan masa ke KB utk beli tudung2 yg dipesan tu... dekat dua jam jugaklah ddk memilih kat pasar tu... naik rambang mata aku. Selain tudung bawal, sempat jgk sambar kain batik sepasang... oren kaler gitu. Thanks hubby kerana memahami... hihi


21 helai semuanya... aku punya lom pilih lagi tu.


Hari ni dah start hujan plak... kain baju dah banyak tak kering ... anak2 plak suka btl mandi-manda (makumlah mandi air perigi) dan tukar persalinan.


Thursday 25 November 2010

Cuti... & balik kampung


Akhirnya... tahun ni bleh cuti dan rehat panjang....

Macam2 perancangan ada dalam kepala ni... nak kemas rumah, nak sort baju2, toys, buku , nak tanam pokok dan bla bla bla...

Tapi apa2 hal pun, kene balik kampung dulu... bercuti seminggu kat KB, lps tu balik smula Jhr utk mulakan misi... berjaya atau tidak, kita tunggu lagi sebulan ;)

Thursday 18 November 2010

Aidiladha

Tahun ni beraya di rumah sendiri aje, mamandangkan cuti cuma satu hari... mana sempat nak balik kampung...

Juadah pagi raya ~ ketupat & kuah kacang tanpa satey, untuk menambahkan kemeriahannya aku masak nasi kerabu.

Nota tambahan : sempat merasa daging korban kat kampung pada hari Raya ke-4


Sunday 14 November 2010

cuti deepavali ~ Putrajaya

Salam...
Kalau tak silap perkiraan lah, ini kali ke3 sampai kat PJ ni. Yang 1st masa msh berdua, masa tu PJ ni baru bukak... orang tak ramai... bangunan pun tak byk mcm skrg lg.

Kali kedua jejak PJ ni dua tahun lepas... masa tu aku br balik dr UK... kene lapor diri kat KPM ... masa tu Aina kat dalam perut lagi... lps tu sampai sudah tak ke sana.

Kali ni sampai sana dah ber4 plak... adakah nak kene tunggu ber5 plak br bleh jejak Putrajaya lagi? ;)






Monday 8 November 2010

Tuesday 2 November 2010

It's November!!

Salam...
I like November....
because .....

1. My birth month...
2. Cuti skolah bermula... ;)
3. Balik kampung :D

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Anis : Balik kampung maknanya bleh singgah hotel... nak main swimming pool ;p





Miss Pinky