Saturday 29 September 2012

Legoland

Sebulan dua ni mmg kat mana2 cerita psl legoland ajelah....

Anak2 setiap hari dok mengajak ke sana.... kalaulah tiket masuk tu murah, awal2 lg kami dah masuk...







kenapa gambar kat luar aje?
Masa kami pergi ni, legoland belum dibuka secara rasmi kepada umum, hanya 'invited visitors' saja yg blh masuk....

Nak kena menabung dulu untuk dapatkan tiket masuk.... tak gitu Anis?

Sunday 10 June 2012

Ada apa dengan cuti skolah?

Dua minggu bercuti... seminggu kat KB, seminggu kat rumah aje. 

Ada apa ye cuti kali ni? hmmmm....  awal cuti macam biasa, ada kelas tambahan. Awal2 dah booked nak slot awal, sllau dpt yg hujung2 jer.

kali ni birthday Anis jth dalam cuti, so beli kek dan makan2 dgn sepupu-sepapatnyalah... mcm biasa, bday girl tak mkn kek, org lain tukang perabihnya.







Seminggu dok KB... puas lah Anis Aina bermain dgn sepupu2nya... balik johor aktiviti biasalah, mama kemas deorang sepah. Last2 dah tak terkemas, lantak koranglah nak..



Sunday 6 May 2012

A visit to..... uss S'pore






seminggu lps blk dr uss ni... kak Anis ajak pi lagi.... hamboi hamboi hamboi.....

Saturday 10 March 2012

Cuti sekolah

Salam... cuti dah tiba..... macam biasalah, setiap kali nak cuti , hari terakhir persekolahan merupakan hari yg paling sibuk. Semua benda nak kena bereskan, baru blh bercuti dgn aman.

Apa nak buat masa cuti nnt ye? Hmmmm... planning macam2.... especially nak mengurus dan menyusun atur semula dalam rumah. Tunggu dan lihat je nanti sama ada berjaya atau tidak.

Pertama skali saya nak qadak balik tidur yang tak cukup dan kembalikan tenaga....


 ***************************************************************************************

Saja dok godek2 album lama.... tetiba terjumpa gambar ni..... hati jadi sayu.... arwah mak tgh sediakan 'pais ikan' masa cuti hujung tahun 2010.  Masa ni arwah dah lama tak masuk ke dapur.... bila anak-cucu pakat balik arwah mak gagahkan diri turun padang... menu terakhir yg aku jamah hasil tangannya.... nasi kerabu.



Miss her so much..... walau datang 1000 pengganti... takkan sama dia yang melahirkan kita ke dunia.... Al-Fatihah utk arwah mak.

Sunday 4 March 2012

Aktiviti February

Salam...

update pelbagai aktiviti sekolah sepanjang bulan feb thn ni... tak ikut kronologi ye...

  • Ceramah 'Teknik Jari Sifir' ... 

  • atihan kebakaran - ada taklimat & tunjuk cara teknik menggunakan alat pemadam api 




  • Sambutan Maulidur Rasul 
Makcik2 cleaner tgh merewang
 

Sebelah malam ada tahlil dan makan sop
~ anak2 cikgu yg hadir ~
 

Ceramah Maulidur Rasul
 

  •  Tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran peringkat zon 

  • yang ni bukan aktiviti sekolah, tapi aktiviti hubby... bengkel apa ntah... kami sekeluarga ikut skali... hilangkan kepenatan di Desaru....  si kecik ni pakai lawa2 sbb blk dr desaru nak pegi majlis kawin....

Sepanjang minggu ni berlangsung Minggu Anti-Dadah... ada mcm2 aktiviti termasuk pameran, kuiz & saringan ujian air kencing utk mengesan pljr yg terlibat dgn dadah. Setiap pagi kene nyanyi lagu anti dadah...

Anis dgn Aina plak tgh tak sihat... Anis sihat Aina sakit, Aina dah sihat, Anis plak sakit... dugaan....

Lagi seminggu je sekolah.... dah tak sabar nak cuti.... takde sebarang rancangan lagi, nak rehatkan badan dan fikiran je.... penat sangat dah ni...



Friday 10 February 2012

hibernate


ber'hibernate' utk seketika.....

Tuesday 3 January 2012

Sekolah dah memanggil-manggil....

Jam skrg menunjukkan pukul 11.48 pm............. baru je siap mop lantai. Mop lantai pun nak cerita kat blog ka? Bukan sbb rajin.... memandangkan esok hari terakhir cuti persekolahan... maka kerja2 yang takde sangkut-paut dgn skolah kene buat hari ni..... itu pun tak setel lagi.....

Esok nak kena sediakan kelengkapan persekolahan... untuk anak2 terutamanya... memandangkan tahun ni Anis dan Aina sama2 bersekolah (walaupun tadika aje), segalanya nak kena siapkan jgk.

Semalam dah siap label semua buku, alatulis, kasut, stokin, baju, beg, botol air dll kelengkapan deorang.  Besar dah rupanya anak2ku ni.... Terutama bila tgk si adik tu, macam tak caya plak Aina nak masuk tadika dah...

Sebenarnya, perancangan awal nak masukkan Aina ke tadika bila dia umur 5 tahun.... tup2 minggu lepas pengasuh bdk2 ni bagitau adik dia masuk wad dan tak tau berapa lama dia nak ulang-alik ke Terengganu utk jaga adik dia tu.... jadi pening kepala jgk le memikirkan ke mana nak letak Aina dan Anis. Jadi kami berdua buat keputusan hantar Aina ke tadika... Anis plak akan masuk pra-sekolah. Petang plak diorang akan ke kelas fardu ain.... jadi untuk tahun ni rutin kami akan beubah ler... pagi2 keluar ............. petang lepas solat asar baru anak2 hbs kelas..... pasti mama akan rindu nak tunggu kalian balik skolah.........


Kanak-kanak dan kasut yang comel................. mama pun kena ada kasut baru jugak sempena naik penggal baru persekolahan..........


Start minggu lepas, 2A dah kena duduk taska memandangkan I dah mula kena hadiri macam2 mesyuarat kat sekolah.... sehari, dua hari ok lagi.... masuk hari ketiga, Aina dah start buat helah taknak bangun pagi.... hari ke4.... Aina cakap taknak gi taska.......... nak gi rumah umi (pengasuh dia).............sambil nangis........ waktu tu I pun rasa nak nangis sama..... I tanya dia Aina rindu umi ye? Dia angguk ............ so touching. Dua-tiga minit jugak le memujuk si kecik ni.... nasib baik tak panjang dramanya.... sampai kat taska ok jer.... kak Anis pandai jaga adik dia ni kat taska... kat rumah jer asyik 'bergomol'.

Hari ni Anis cerita, "Aina sayang sangat kat Anis, sampai Anis nak gi tandas pun dia ikut Anis" hahaha.... nak tergelak dengar cara dia bercerita..........

Oklah... panjang plak entry kali ni... nanti I update cerita hari pertama persekolahan 2A....



Saturday 31 December 2011

Penutup 2011

Entry terakhir sebagai penutup 2011... segala kenangan pahit manis suka dan duka akan tersimpan di lipatan memori....

Yang paling terkesan di hati pastinya di saat arwah mak disahkan mengidap kanser ... dan pemergian allahyarhamah secara mengejut pada 24 Oktober 2011... dan hari ni genap 100 hari pemergian mak... semoga arwah mak di tempatkan di kalangan hamba2 Allah yang solehah.

Gaya "Cik Bedah" pegi kenduri



Awal 2011 jgk... anakanda sulung masuk tadika ... thn depan Anis masuk pra-sekolah plak...

Tahun 2011 jgk rezeki melimpahruah... dapat bonus, hubby naik pangkat (so kami semua dpt menumpang sekali nikmatnya) ... cuma rezki utk I naik pangkat blom ada nmpaknya... InsyaAllah bakal menyusul...

Tahun ni jgk anak2 kene serang chicken-pox secara berturut2... lps tu Aina kene asma.... demam + selsema+batuk tu tak pyh ckp ler... blh dikatakan setiap bulan.... diharap tahun mendatang kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang lebih baik...



Azam baru.... meneruskan azam2 sedia ada... dan menjadi lebih baik dari hari ini.... amin...
Anda plak macamana?

Tuesday 27 December 2011

Cuti2 hujung minggu









Meninjau JPO ( Johor Premium Outlet)

Nampaknya sana-sini dok update psl JPO ni... jd sempena cuti umum baru2 ni sempat ler jgk menjenguk ke sana... dekat aje rupanya... tak smpai stengah jam pun ... masuk tol byr RM0.80 jer... kedai2 kat sana semuanya berjenama antarabangsa..... ada yang barangnya sampai ribu-ribu RM... tp ada jgk yg standard biasa ajer... so kalau nak membeli tu ikut kemampuan masing2....










Pusing-pusing MyDin Nusajaya plak

Yang ni comfirm semua mampu bayar... barang2 kat mydin dah terbukti murah dan berpatutan.... orang pun tak ramai sgt jadi selesa nak memilih brg... sempena nak bukak sekolah Anis dgn Aina shopping skt2 peralatan skolah kat sini... MyDin Nusajaya ni baru jgk di buka... lokasinya pun dekat dgn LEGOland Malaysia yang bakal dibuka nanti....





Makan2 di Restoran YeoSekeluarga


dah penat menyoping makan le plak... restoran ni merupakan restoran terapung... terletak nun di Gelang Patah... sambil makan2 tu blh nampak kapal2 yang nak ke Pelabuhan Tanjung Pelepas... dekat aje dgn S'pore. Masakannya berasaskan seafood yang segar........... sangatlah seeeedap. Tapi minta maaf... lupa nak snap makanan sbb dah lapar sangat.......

Tuesday 20 December 2011

happy 3rd B'day Aina

Backdated entry :
Masa bday Aina kami masih di KB... ada bbrpa urusan perlu diselesaikan jd takde potong kek, celebrate bagai...

Bila kami nyanyikan lagu 'happy birtday', Aina buat muka seposen... malu konon.