Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Thursday, 23 July 2009

Award lagi...

Salam...
sekarang ni agak tak berkesempatan nak update blog... ada2 aje halangannya

kepada kengkawan yg ada bg tag tu mintak maaf bebanyak ler.. aku ada try jwb, tp bila nak update je failed... so simpan-punya-simpan sampaikan aku pun tak jumpa dah nak cari balik sumbernya...

Anak2 aku plak tengah batuk skrg... Aina siap selsema lagi... dah tu susah plak nak makan ubat... tu yg lambat nak hilang batuk. dalam dok batuk, selsema tu... makan tetap berselera... satu hari tiga meals ok. bila dukung memang terasa beratnya...



Gambar kat atas tu aku ambik semalam atas permintaan Anis, dia jumpa tudung aku tu ntah mana2... pakai lepas tu mintak pakaikan tudung kat Aina plak. Dan dengan relahati bagi kebenaran utk ambik gambar dia... tu yg senyum sampai ke pipi... Aina plak masam sebab kene paksa pakai tudung dan tak kasi bukak tudung tu. Dua kekanak dengan ragam masing2... yg mengisi hari2 aku... award yg tak ternilai dariNya.

Ok... aku nak pass award2 kat bawah ni pada semua yg ada dalam list aku... aku ambik merata2 amjlis anugerah ni (hihi... femes ke aku ni?)... dr blog meen, kak Aimi, mama 3H, Fateen dan aku pun dah tak ingat (s0ri ye tuan punya award, saya lupa nak save nama )...







Apa tunggu lagi... angkut ler bwk balik...

Sunday, 10 May 2009


Selamat Hari Ibu buat
semua ibu dan bakal ibu...







*** Award drpd Yan & Izu... so dipanjangkan utk rakan2 semua...

Wednesday, 29 April 2009

Tagged ~ Gambar Profile

Kene tag dengan Syasmeen , senang aje tag ni...

1. Letak kan gambar profile anda


2. Terangkan apa maksud gambar itu?
Takde apa2 maksud.
Gambar ni diambik semasa majlis jamuan raya tahun 2007 kat Coventry



3. Kenapa pilih or letak gambar itu?
Saja jer... sebab masa mula2 create blog ni takde gambar yang dirasakan sesuai
Gambar ni nampak macam simbolik gitu
(ala-ala syok sendiri lah... peduli hapa... blog aku, aku punye suke lah mua haha)


Skrg turn aku plak nak pass tag ni pada:
Azrin, Izu, Yan, Emmy, Fateen


** dah buat tu angkut sekali award kat bwh ni ye sebagai ganjaran**
Kene jawab tag dulu baru bleh angkut award, tak bleh ngelat yer


Friday, 10 April 2009

Award dan tag


Gumbiranya hati dapat award yg cute ni drpd kak Aimi. Aku kenal kak Aimi ni sejak zaman fp, membawa ke blog plak... suka tengok kak Aimi punya editing semua cun... skrg dah jadi bisnesswoman plak... kalau nak tempah kek boleh tempah dengan dia kat ---->>sini.... ok sambung cerita award td... nak angkut award ni ada la plak syaratnya... iaitu....

5 perkara yg lawak + poyo + sengal + mengong + xbleh nk blah & sewaktunye dgnnya yg pernah berlaku dlm hidup anda..

Aku cuba jawab lah yer... ntah senal ntahkan tidak...

1. Aku pakai tudung terbalik pegi skolah.. punyalah berangan sampaikan tak sedar la plak dah terpakai tudung tu terbalik. Sedar2 je dah sampai skolah... dah le nak sampai ke skolah tu siap naik bas skolah bagai... tu pun geng aku yang tegur... cepat2 lari gi toilet betulkan tudung huhu... saham dah merudum 70% hari tu aje

2. Pakai stokin tak sama kaler... satu pink satu purple... masa tu ada tetamu nak datan rumah... aku pun relaks jelah bersiap... skali diorang bleh sampai awal plak... kelam-kabutlah .... dalam nak cepat tu main capai ajelah stokin yg ada depan mata... lepas tu elok je gi layan tetamu... sambil borak terpandang kat kaki... alamak... daku dah tersalah partnerkan stokinku... dah tu buat slamber dek jelah....

3. Korang pernah tak tersalah topik bila nak join org borak??? Ada skali... ada tiga kawan aku tengah borak... aku yang baru datang ni kenkonon nak menjampuklah... lepas tu diorang macam terdiam sekejap... lepas tu sambung borak balik... barulah daku sedar yg daku ter off-topic... huhu... mana nak cover malu nnih... blah aje lah...

4. Ini kisah ms aku study dl... time tu nak balik kampung ms cuti semester,... slalu aku naik bas Transnasional dr JB-KB... bas akan stop kat hentian Machap... sampai kat sana aku nak kene call member aku... tak sedar la plak terborak lama... ingatkan baru lima minit... bila aku letak gagang tipun (masa tu sengkek lagi blom mampu pakai hp) drebar bas dah tunggu kat blakang... rupa2nya semua penumpang dah naik kecuali aku sorang jer... bila aku naik semua tengok semacam ajer... sib baik dalam bas tu suram jer... kalau terang benderang sure boleh nampak muka aku yang dah bertukar kaler 'pink'. Sejak peristiwa malam tu aku mesti pastikan aku dah ready dalam bas 10 minit seblom bas gerak.


5. Yang ni aku paling tak dapat nak lupa... hari pertama kat rumah MIL aku dah buat rekod buruk bangun pukul 7pg... sikit punya tak sedar.... bila jaga aje org lain dah riuh duk basuh periuk gulai... nak buat camnor... badan dah penat giler dengan preparation kenduri belah keluarga aku dan utk majlis menyambut menantu... huhu...

Ok... skrg turn aku nak pass award ni pada 5 orang yang bertuah... dan jangan lupa jawab tag ni skali...


Selamat berhari minggu...

Monday, 30 March 2009

Award & kenapa jin suka merasuk org melayu

Salam... walau pun banyak keje, daku tetap nak update blog kui kui...

Award drpda kengkawan... lupa plak sapa yang meng'anugerah'kan award2 ni (kalau tak silap izu, catlina n mama 3H) kalau ada sesapa yg bg award yg sama ni silalah nyatakan yer...... dah lama aku save kat lappy ni... so terima kasih kepada kengkawan yg passed award yg chumels ni kat aku...






So skrg aku nak pass le award2 kat atas tu kepada rakan2 yg lain... walaupun tak pernah bersua muka, kalian dah jd rakan aku... so jangan malu... sila ambik yer....

****************************************

Skrg aku nak share cerita drpd email yg aku dpt.... kalau yg darah penakut tu kene kuatkan semangat le seblom baca kisah ni... so enjoy reading.....

Kes ini berlaku betul di ruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri di salah sebuat sekolah di Selangor. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India.

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan (jin) semasa insiden tersebut.

Apabila berlaku kejadian tersebut, seorang bomoh telah dijemput untuk menangani kejadian rasukkan ini. Bomoh itu hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang didapati "berlegar-legar" di asrama, dan kenapa mereka selalu merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu, terutamanya pelajar Melayu.

Ketika sampai di lokasi, bomoh itu pun terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan mentera. Selepas itu, bomoh itu pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Dikhabarkan bahawa mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Bomoh tadi tetap kuatkan semangatnya, lalu dia pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" "Kenapa gadis Melayu sahaja yg jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan....Tak Menarik Hati Tiada Memikat" "Kalaulah Memang Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh Tak Mungkin aku MERASUK..." "Aduhaiiiii..........."

So, terpulanglah samada anda semua mahu mempercayai cerita ini atau tidakk....hehehehehe

Jangan marah daaaa....

Friday, 27 February 2009

Award dan Tag

Dapat award lagi... daripada Yan jugak... tq Yan, next time kalau ada bagi lagi ye ;)




Jadi... award ni diperpanjangkan (ada ke perkataan ni?? Lantak lah, bukan nak masuk exam karangan BM pun) untuk semua rakan dan pengunjung blog ni. Sila...sila... jangan malu-malu.
Dah dapat award, dapat plak tag... Yan jugak yg passed kat aku... tq tq... arahannya :
Copy the questions below. Simply use the first letter of your name/nickname as your answer for each questions. You can't use any answer twice and don't use your own name for questions # 3 & 4. After you're done, tag 10 people.
1. What is your name? Fauziah
2. A four letter word: Fire
3. A boy's name : Fauzee
4. A girl's name : Fifi
5. An occupation : Fireman
6. A color : Fuschia- It is a type of pink- very bright... (baruku tau ada banyak kaler start dgn huruf F)
7. Something you wear : Face mask (boleh terima tak?)
8. A type of food : Fruits
9. Something found in the bathroom : Fragrance
10. A place : Finland
11. A reason for being late : Fulus tertinggal boss! Kene patah balik. ;)
12. Something you shout : Fuyyoo!!!
13. A movie title : Finding Nemo
14. Something you drink : Fanta (dulu2lah, skrg dah tak minum fizzy drink)
15. A musical group : Fun Boy Three
16. A street name : Free Street (belasah ajer)
17. A type of car : Ferrari
18. A song title : Five Little Monkeys (klik utk dengar lagu)
19. A verb : Fishing

Fuh ... agak mencabar jugak nak menjawab tag ni... so ... 10 mangsa seterusnya Farah, Jeff, Izu, Mama 3H, Fateen, Kak Aimi, iu, Diana, Eija & Yong. Kalau takde nama tu tapi rajin nak mencuba dipersilakan. Apa lagi... sila la jawab ;)

Thursday, 12 February 2009

Award

Dapat award ni dari Catlina & Meen...Tq ... tq...
So... aku nak pass award ni kepada Farah, Yan, Izu, Siti, Dila, mama 3hz, Eija, Lieya, Diana, Fateen, Bro Jeff & semua pengunjung blog ni yang tak disebutkan nama (rasanya ramai yang dah dapat... tapi kalau nak ambik bwk balik rumah lg skali dipersilakan)... ambik...jgn tak ambik....