Macam gempak ajer bunyi title....
Bukan misi ke bintang ... misi aku ialah menyusun semula kotak2 yang amat banyak tu ... maklumlah masa balik dr UK dl aku kan pregnant 7++ bln, jd bukak kotak mana2 yang berkaitan ajelah... terutama keperluan baby n sourvenir utk family. Mana2 yang dirasakan tak perlu tu mmg tak usiklah.
So.. selepas 'percutian' panjang kat kampung selama dua bulan tu... bolehlah sambung balik misi nak clearkan lagi rumah... dan yang penting nak pakai ruang lagi besarlah... maklumlah keluarga pun makin besar. Barang2 Anis dgn Aina ajer dah penuh satu rumah.
Barang2 dlm kotak tu kekal dalam kotak jugak... cuma aku dah penuhkan dalam satu bilik... jadi bilik yang lagi satu tu ada lah jugak ruang nak bernafas... kalau ada musafir tetiba datang nak tumpang 'hotel' kami ni bolehlah bagi satu bilik untuk tido ;)
Ada sikit2 lagi nak setle tu... kalau aku rajin hujung minggu ni aku bereskanlah. Nak ngemas barang2 yang kecik2 ni yang leceh sket... kalau aku tak rajin, hubby ku yang rajin me'renovate' rumah tu akan uruskan hihi
Cuti Thaipusam
Sementara tu layan la pic anak2 aku masa cuti Thaipusam Isnin lepas. Kenkonon gi Angsana nak tukar boucer yang hubby aku tukar dr UO card dia... dptlah RM40... tapi barang yang aku nak takde plak... aku pun tak terfikir nak beli benda lain... nak beli baju utk Anis, tp boleh plak dia tolak tawaran tu... siap ckp "kakak punya dah ada kat rumah" hihi...
Last2... balik takde beli apa2... hubby aku ckp , kalau dia mmg dia tak lepas peluang dah... mesti rembat baju selai dua....itu kalau dia... Aku nikan mek cerewet bila nak membeli barang aku... kalau aku nak cari barang tu, barang tu jelah yang aku tuju... hihi ... selamat pitih hubbyku.
Aina... dah good bila keluar rumah
Siap menari lagi tue
Tengah tunggu makanan sampai
Sesi suaikenal Babysitter
Rabu hari tu sempatlah Aina buat sesi pengenalan duduk rumah babysitter. Mama dgn Papa risau jugak nak tinggalkan Aina...kot2 dia mengamuk taknak minum susu botol. Alhamdulillah ... ok ajer ddk dgn bbsitternyer...
Anis plak... awal2 lagi aku dah pesan... kene duduk rumah umi (panggilan utk bbsitter dia)... jadi bila sampai kat sana.. dia pun ok jelah sebab dah ready.
Sementara diorang kat sana bolehlah aku selesaikan urusan renew lesen dan pegi bank.
Aina batuk
Aina skrg ni batuk2 ... cute ajer bila dia batuk... dalam cute tu kesian plak bila sekali dia batuk... dah gi klinik semalam. Dapat ubat batuk n selsema. Bila makan ubat, daripada 1.5ml yg patut masuk mulut... rasanya 0.5ml jer yang lepas... yang selebihnya keluar balik... takpelah... 1st time Aina makan ubat. tak biasa lagi dgn rasa lain selain susu yang lemak ber'krim' ni. Masa timbang... berat Aina dah 4.8kg... next week nak kene bwk gi klinik lagi... utk injek 2 bln... yg 5 serangkai tu...
Oklah... selamat berhari minggu... apa plan korang weekend ni??
4 comments:
ala..ciannya bb batuk.. semoga cepat sembuh.. amin!!
hujung minggu ni sy duk berhibernasi je kat umah kot.. sejuk ar.. ;p~
syiannn aina batuk...plan weekend...??semestinya day out...mana bleh duk umah tension jer-yelah penat study kan??kui kui.......nak gi 'memancing ' gak esok kak gee-tgk hasil tangkapan kak gee..tu..uiks..boleh tahan tu......kat boundry mills,colne... hehehehehe
oh gee...
dah unpack kotak²...xde yg nak letgo ke?
muahhahaha
gee...aina & anis dah nak kena dok ngan bbsitter?
gee dah dpt keje ke..?
bagus nye anis...x nangis...
chewwaaaahh..anis dah bahasa kan diri nye kakak...
Slmt bkemas k gee, get well soon lil aina, shian dia batuk plak! izu masih menanti lg bby ni..:)
Post a Comment