Saturday, 5 September 2009

8 September datang lagi

Salam.

September datang lagi, dan pastinya tarikh 8 september sentiasa dinantikan. Pada tarikh tersebut aku dgn hubby disatukan. Pada tarikh tersebut genaplah tujuh tahun kami bersama mengharungi suka duka, pahit manis. Tujuh tahun yang penuh dengan memori dan pengorbanan... tujuh tahun bersama ... dikurniakan dua puteri yg comel.

Tahun ini kami dapat hadiah yg amat bermakna ... segugus kunci rumah. Akhirnya setelah berbulan menanti, akhirnya rumah idaman dah menjadi milik kami yg sah. Rabu lepas dah ambik kunci. Bila nak masuk rumah, belum tau lagi... harap2 tak ambik masa yg lama. Maklumlah, rumah tu nak kene bayar, rumah sewa pun nak bayar jugak. Boleh sengkek kalau berbulan2 nak bayar dua rumah dalam satu masa.

Pasal persiapan raya plak... takdelah shopping sakan. Biskut raya aku tempah dgn kawan2 ajer, dan beli yang dah siap. Takdelah beria-ia nak buat sendiri. Lagipun sejarah lepas2 dah terbukti, yang aku ni takde 'patak siput'.

Setakat ni anak2 dah ada baju kurung dua pasang sorang. Nak beli byk2 pun, kot2 nanti deorang dapat baju sponsor dr mak2 sedara plak. Lagipun, kat mall skrg ni ramai btol ler orang menyoping. nak selit kaki pun tak selesa. Tak tau le kalau pegi pepagi buta... mungkin puas hati nak membeli. Masalahnya, pagi2 anak2ku belum bangun lagi.Kalau tak sempat shopping jugak, terpaksalah guna 'Plan Emergency'. Camne tu?? biarlah rahsia hihi...

ok lah. Selamat meneruskan ibadat puasa.

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Happy anniversary in advanced KGee!! Smg berbahagia sll hga ke syurga, Amin...

Tahniah jgk dh dpt kunci umah...kt mana tu? nti upload la gmbr rumah..mst besar, cantik kn?:)

Amboi, Anis n Aina bju kurung 2 psg sorg! huhu..Iris n Zahin blum ada lg...bler tah nk gi soping..tpt nye dh tau kt mana..masa je tade lg...

KGee, izu jmpt KGee sekeluarga dtg ke bday bash Zahin nti tau.(bler2 la tarikhnye pon, tp so far mmg 26hb ni.:D)lgpon dh lme kte x jmp!:)

By Ticer Liza Yacob said...

heppi anniversary..sruper la kiter..september...tapi akak 13hb.

luthfil07 said...

Hepi 7th anniversary Gee!..Blog pun dah berwajah baru... 'baju' raya gak ke? hehehe...

ROSMAH AZAN said...

Hepi Anniversary..semoga kekal hingga akhir hayat dgn anak2 yg cute mute...:)