Sunday 30 March 2008

Winter is over



Salam
hari nie merupakan hari terakhir winter, berakhirlah hari2 yang suram. Sejuk hingga ke tulang. Moga2 kehadiran esok membawa mentari nan indah.

Selamat tinggal kedinginan.... entah bila kita akan jumpa lagi.

Siang tadi ke St Alban... ambik rocking chair... sedap duduk atasnya. Silap ari bulan blh buat katil lps balik keje ;)

Kemudian singgah sekejap kat bandarnya tgk apa yg ada. Kebetulan hari nie ada open market jd dptlah beli sayur dan buah2 murjauhnya gi beli sayur.

Thursday 27 March 2008

Aduh banyaknya kain

Pening mata ni dok tengok kain-baju yang berlonggok tue. Nak basuh tu boleh (maklumlah guna washing-machine blh la basuh berapa round pun). Problemnya nak menjemurnya tue takde tempat dan lambat kering.

Cepatlah sunny day.... nak kubasuh kain-kain tu semua... biar tenang sket mata yang memandang ni.

Tetamu dari jauh

24 Mac 2007 - hari nie rumah no 44 menerima kunjungan tetamu dari Germany... kawan Paksu yg belajar kat sana. Sebab diorang bg short-notice aje nak datang rumah, jadi kelam kabutlah jugak. Dah lah rumah penuh, tak blh nak sembunyi dah... jd terima ajelah tetamu dengan seadanya.

Maksu masak simple ajelah... diorang pun bukan dtg early morning... jd mesti dah siap sarapan kat rumah kawan lagi satu tue. So Maksu decide goreng mihun ajer. Simple sesimplenya. Alhamdulillah tetamu suka...

Lepas tue.. kitorang ikut rombongan diorang ke rumah kawan lagi satu kat Birm plak. Plannya lps tu nak jenjalan kejap kat Birm. Tapi sebab tuan rumah jamu macam2 sampai perot dah full sesangat jadi kitorang pun balik rumah dan berehat aje kasi kosong perut.

Aksi Anis di rumah orang

Salji terakhir



23 Mac 2007 - Keluar pagi2 terkejut tgk keadaan luar rumah yg dah memutih. Masa keluar tue dlm pukul 6 pagi... salji tengah turun lebat.

Singgah di tempat favourite - Memorial Park utk bergambar... maklumlah nak dapatkan view padang yang luas dilitupi salji... dengan pokok2 yg masih togel. Kat situlah tempat paling sesuai. Kiranya kami nie org terawallah sampai kat situ... saljinya masih lagi tersusun cantik... jadi apa lagi.... snap2 gambarlah.

Ambik gambar Anislah yg banyak. Maksu dgn Paksu dah laluinya jd nak rakamkan Anis dgn salji sebagai bukti kukuh yang kami tinggal obersea. Ntah bila nak dapat peluang camni lagi... mungkin ini salji terakhir kami di bumi UK nie. What an experience!!

Legoland



22 Mac 2007 - Ikuti rombongan satu bas ke Legoland. Persatuan yang anjur , jadi dpt diskaun iket dan tambangnya pun jadi murah. Jimat duit minyak dan tak payah susah2 nak drive.

Seronok jugak melayan kerenah si kecik bermain2. Ma & Pa nya tumpang sekaki. Maklumlah zaman kecik dulu mana lah ada peluang nak merasa main benda macam nie. Kalau ada funfair pun setakat gi tengok ajer. Dah ada anak nie bolehlah guna alasan anak nak main.

Cuma yang kurang best tue cuaca hari nie tak berapa elok. Sekejap cerah, lps tue hujan dan turun salji plak. Bergilir2. Anis plak taknak duduk dlm stroller. Asyik nak jalan... penat nak mengejarnya. Bila dia letih nak berdukung plak. Rasa nak patah lengan nie dok dokong dia satu hari. Cuba korang try bawak beras satu guni yg beratnya 10kg tue dan pegang satu hari cenggitu. Taulah camner rasanya.

At the end of the day, semua happy ... jd lengoh2 badan tu kusimpan sendiri ajer.

Pilihanraya tahun nie

8 Mac - Walaupun tak ngundi, tapi seronok plak mengikuti perkembangan pilihanraya kat tanahair. Nie kali pertama MakSu dok mengikuti perkembangan politik semasa. Sebelum nie just ambik tau gitu2 ajer... tak minat pun.

Sanggup plak tak keluar rumah semata2 nak update keputusan terkini, sib baik skrg zaman dah canggih... blh ikuti melalui internet ajer.

Zaman dah berubah... jadi tak perlu lg nak tunggu suratkhabar besok.

Friday 7 March 2008

Hari-hari Hari Ibu


Salams

2hb Mac aritu (Ahad) adalah Mothering Day kat seluruh UK. Takde sambutan di rumah nie... anak pun kecik lagi , tak ngerti lagi apa itu Hari Ibu.

Petang luangkan masa kat park...teruja dengan bunga-bungaan yang baru keluar... all of us happy. balik rumah dah penat, mana taknya...satu Memorial Park tu kitorang pusing.

Takpelah... setiap hari adalah hari ibu...hari kekasih..hari bapa... dapat merasai jadi seorang ibu dah tak terhingga syukur.