Hi everybody... I'm back!! Buntu rasa bila tak bleh jenguk blog n menziarah rakan2... tenet problem... sesetengah blog aku tak bleh view. boring jugak dok melepak ajer... minggu ni bru lah bising sket rumah... maklumlah pakat2 balik mentang2 cuti agak panjang (macam raya la plak).
My boyfriend dah balik dr UK.... yippy... aku suka... Anis lagi lah happy bila tau papa dia balik...siap tunggu depan pintu... jumpa ajer papa trs ajak papa gi Tesco... nak makan nasi ayam.....
Kalau korang ingat lagi entry lepas (yg aku pos pukul 3 am tu)... masa tu hubby kat UK. Dia ke sana untuk menghabiskan sisa perjuangan terakhir study dia. Okeylah aku cerita sket bg yg msh tertanya2....
Musim luruh Oktober 2004 aku dgn hubby terbang ke UK (dgn tepat lagi Coventry) ... sebab hubby aku dapat offer sambung blaja kat Warwick U. Jadi tinggallah kami berdua terkontang-kanting kat sana... musim berganti musim... sampailah nak masuk musim luruh 2008 kami terbang balik ke tanahair terchenta ni.
Rezki Tuhan nak bagi takde sapa boleh jangka. Kalau masa pergi berdua ajer... balik plak bertiga campur setengah (masa tu aku pregnant 7 bln). Alhamdulillah ............
Jadi, untuk melengkapkan perjuangannya, hubby aku pun terbang semula ke UK seminggu slps thn br 2009, tiga minggu slps Aina selamat lahir. Kalau boleh mmg aku nak ikut sama... sama2 berada di sisi yang tersayang.... tapi apa nak di kata...
Dan pada tanggal tarikh 13 January (14 waktu M'sia) maka semuanya berakhir... selepas lima jam kene 'grill' masa sesi viva... maka tamatlah perjuangan hubby ku itu.... usaha beliau selama lebih empat tahun akhirnya ber'baloi'. segala kepayahan onak duri, sakit dah berakhir (sori la aku plak yang lebih2). Bak kat hubby aku, 'Rasa cam luruh jantung' bila exeminer ucap tahniah dan bagitau dia lulus. Seronoknya kau dengar... rasa cam nak study jugak lah...
Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan
terima kasih banyak2 pada kalian yang mengucapkan 'TAHNIAH' utk hubby aku (walaupun korang tak tau hujung pangkal ceritanya lagi masa tu).
Buat anak2 mama... jadikan perjuangan papa sebagai pendorong untuk kalian menggapai cita-cita pada masa depan. Selagi ada usaha... InsyaAllah akan ada kejayaan yang manis di penghujungnya.