Thursday 29 October 2009

27 oktober ~ bermula fasa baru

Salam...
Lama btol tak mengadap blog ni, lebih dua minggu takde internet kat rumah. Di samping tu, agak sibuk dgn kerja2 rasmi sebagai kuli, dan kerja2 rasmi di rumah. Dalam sebulan ni dok ulang-alik melihat perkembangan kerja2 men' touch-up' rumah.

Akhirnya 27 Oktober kami nekad angkut barang2 naik lori dan bawak ke rumah baru. Memandangkan barang2 kebanyakan msh dalam kotak, jd tak byk yg nak dikotakkan. Ringan sket le keje.

Jadi bermulalah fasa baru hidup kami sekeluarga di rumah sendiri... lega sebab lepas ni tak pyh bayar sewa dah.





Buat masa ni itu ajer laporan terkini daripada Anis Aina & famili. Barang2 masih bersepah ntah bila boleh unpack semua. Rumah sewa pun blom pegi bersihkan. Jumpa lagi.

Tuesday 13 October 2009

Cerita sengal ~ versi pecah perut

Kisah dua hari lepas ; dialog antara Anis dengan papa

Anis : Esok Anis nak pegi skolah, taknak pegi rumah umi
Papa : Tahun depan lah papa hantar Anis skolah
Anis : kenapa kene depan, tak boleh skolah blakang?

Papa & Mama ~ serentak gelak...







*************************************************

Kisah terjadi pada hari Isnin... lebih kurang jam 9.30 mlm...

Kitorang sekeluarga pegi le ke satu kedai barang eletrik utk survey harga barang.

Kejadian pertama ; bahagian aircond

Aku : Yang mana satu aircond yang bagus??
salesman : Yang ni kak, ada ironizer skali.... bla bla bla...
Hubby : Nak tanyalah, kalau kita dah siap pasang powerpoint dan wirering, kos pemasangan sama ke ada diskaun?
Salesman : Stakat ni tak bleh redeem point lagi bang, blom promotion.
Aku dgn hubby : (sama2 tercengang & sambil blah dari kawasan tu ~ sah budak ni tak faham soalan)

Kejadian kedua ; kat bahagian kipas plak. Untuk peringatan, kami masih kat kedai yang sama, dan salesman tu masih setia melayan kami. Lepas belek2 dan compare harga, so kitorang decide le nak beli satu kipas tu...

Hubby : Kalau saya nak beli kipas ni, berapa besar dia punya kotak? Saya bawak kereta kecik ajer.
Salesman : Berapa besar ye? kejap ye...

(sambil berlalu seketika, ingatkan dia pegi ambik kotak, rupanya dia datang dengan pita pengukur)...

Salesman : berapa lubang ye ?
Hubby : Lubang apa?
Salesman : Bla bla bla (dengan semangatnya dia bercerita...) abang kene bincang dgn kontraktor lah...

Hubby aku pun layan le dia punya penerangan, waktu tu aku dah tak bleh tahan nak gelak, terus pusing dan jalan ke bahagian lain. keluar ajer dari kedai tu ktitorang bantai gelak tak hengat...



Apa punya salesman le, lain ditanya lain yang dijawab. Dush!!

Sunday 4 October 2009

4 Okt ~ Setahun sudah berlalu

Anis ~ Coventry Train Station... a moment before we left Coventry


salam...
dalam tak sedar hari ni tarikh 4 oktober menjelma ... bermakna sudah setahun kami meninggalkan bumi coventry. dalam setahun macam2 yang berlaku... bila kepenatan melanda... ingin rasanya kembali ke coventry... melalui hari2 sebagai surirumah sepenuh masa.

Kadang2 rindu untuk melalui hari2 riang melancong ke negara orang. Kesuntukan masa di tanahair sendiri membataskan langkah untuk meneruskan aktiviti jalan2. Bila ada masa terluang, sibuk nak balik kampung plak.

Ok, berbalik pd cerita 4 Okt tahun lepas, antara rentetan peristiwa hari terakhir kami di UK :
  • berperang dengan tuan rumah yang main sembunyi2 (sbb taknak pulangkan wang deposit). Sampaikan terpaksa ke balai polis mengadu kena main dgn tuan rumah. Akhirnya dapat jugak duit deposit tu walaupun tak sepenuhnya. (pengajarannya : kepada sesiapa yg tuan rumah org pakistan tu kene hati2 le, diorang ni time nak bg sewa semuanya baik ajer... ramai dah yang terkena).
  • ke London naik train, kononnya nak pusing2 utk kali terakhir. Tapi disebabkan kes main sembunyi2 dgn tuan rumah aje habis dekat tengahari... sampai london dah pkl 1. tak terfikir plak seblom tu ttg luggage yg besar gedabak, dan aku yg tgh pregnant 7 bln lebih. Penyudahnya tak jadi ronda2.
  • Nak makan kat Cafe Bonda, tapi boleh plak salah naik bas sesat... jumpa sorang makcik yang baik hati tolong tunjukkan jalan ke train station. masa tu dah pkl 4 ptg. Mkn cepat2 trs berkejar ke Victoria Station ambik luggage. Masa tu dah risau trafik dah start jam.
  • Ambik taxi ke Heathrow Airport. Jalan jam giler... dup-dab-dup-dab kat dalam dada tak bleh nak cakap ler... takut tak sempat nak check-in. lagi satu berdebar tengok meter taxi tu... takut tak ckp duit nak bayar tambang. Alhamdullillah selamat sampai kat airport dengan pemanduan hebat brader negro tu. Boleh masuk F1 tu.
  • Sampai airport, terus check-in. Takde apa2 masalah, petugas pun tak tanya pasal perut aku (dah stand-by surat doktor skali).
  • Dah ddk dalam flight baru boleh bernafas lega.....
  • Sampai di KLIA terus ambik flight ke KB ... sampai kat KB jam 12 tengahmalam...famili sedia menunggu. termasuk mak, ayah, mIL dan adik-beradik ... tak semena-mena air mata mengalir keluar plak. Sampai skrg aku tak tau knpa.
Itu ler rentetan kenangan hari terakhir di UK. Panjang umur moga dapat jejak kaki ke sana sekali lagi. Amin.