Monday 24 August 2009

Puasa, dapur dan semut

Hari ni masuk hari ketiga puasa, dah dua hari jugak melepas gian di pasar ramadan. kitorang pegi kejap ajer... tengok, beli dan blah. Tak berani nak lama2 kat tempat sesak cenggitu. Kesian kat kanak2 ribena yg dua orang tu lah. Siap beli lauk utk sahur skali (kes malas nak masak le ni).

Ingatkan nak merasa berpuasa kat kampung, tp ada halangan le plak ... nak balik pun kampung halamanku tu bukannya dekat. Kalau drive nak 12 jam jugak. Sama lama dengan naik flight KL-London. Nak naik flight pun tak berbaloi jugak, sebab nak kene transit kat KL dl. Harap2 sempat le merasa berpuasa kat kampung sebelum raya nanti.


**************************************

Tiap-tiap pagi Aina akan bangun waktu sahur... elok aje aku hidangkan nasi, dia bangun nak join sama. Sambil mama dgn papa bersahur, Aina pun makan sama. nasib baik Anis tak bangun sama, haru jadinya kalau dua-dua bangun.

**************************************

Rumah kami ni plak, memang banyak semut. Kalau ada makanan tumpah, mesti kene bersihkan segera, kalau tak... boleh tengok le barisan askar semut. Yg kecik2 tu... sekarang dah ada semut besar plak. Kalau tak 'sembur' cepat2 ada aja tanda merah kat badan anak2 daraku itu.

Hari ni aku dah tak tahan tengok barisan askar semut yg banyak kat dapur, angkut semua brg yg kat dapur dan basuh lantai. mop yer, basuh.


Lantai dapur dah bersih...
Anis dengan Aina siap boleh posing lagi kat dapur...

Saturday 22 August 2009

Ramadan datang lagi


Selamat berpuasa untuk semua rakan2 cyber dan seluruh umat Islam.
Moga Ramadan tahun ini membawa lebih keberkatan dan ketenangan untuk kita semua.

Friday 14 August 2009

New Photographer in Da House

Anis dah naik 'taraf' daripada model tetapku menjadi jurufoto amatur plak. Skrg kalau nak ambik gambar dia, agak susah nak dapat gambar yg cantik, ada-ada ajer ... sengetlah, masa kita nak klik tetiba dia bleh pusing blakang pun ada... so skrg turn Aina la plak yg jadi supermodel.



Jurugambar tengah bagi arahan pada cik modelnya




Dan hasilnya....



Not bad huh..


*** Itu ajelah dari saya utk minggu ini, wabak m@7@5 sedang melanda... saya tetap mengunjungi blog rakan2 walaupun tak tinggalkan komen. Bila penyakit saya ni dah ok saya akan aktif seperti biasa ya... keep in touch

Tuesday 4 August 2009

Antara J-Card Day & Home Decor

Salam... dah nak khamis, baru ada peluang nak update xtvt weekend hari tu.

Takdelah istimewa sangat... sabtu tu balik keje, kami sefamili ke Jusco Bukit Indah, ada J-Card day... takde keperluan nak beli apa pun. Dalam takde benda nak beli, terbeli le jugak handbag, sandal dan baju utk anak2. Orang pompuan... biasalah... hihi



Anak-anakku berposing dengan hasil tangkapan


*********************************************************

Ahad plak, pagi2 dah kluar ke pameran decoration yg dah start Jumaat. Memandangkan hari tu merupakan hari terakhir, kitorang budget mesti ramai yg serbunya. Sbb tu awal pagi dah kluar. Punyalah lama tak masuk bandaraya JB... terasa macam masuk Birmingham la plak. Eceh... berangan le plak. Masa kat HomeDec tu macam2 le booth yg kitorang singgah, maklumlah dr pagi sampai lepas lunch duk pusing kat situ. Itu pun tak hbs pusing. Anak2 bergilir2 tido. Bwk pushchair satu, lepas Aina bgn Anis plak ambik turn.

Macam yg dijangka... org punyalah ramai. Byk brand yg bagi diskaun... kitorang lebih tertunpu pd produk dapur dan decoration lah. Yang lain2 tunggu lain tahun beru bleh dipertimbangkan.

Masalahnya sekarang... bilalah nak dapat kunci rumah....




Baby besar tengah cas bateri

Saturday 1 August 2009

Aktiviti menyepah rumah

Mula-mula... Aina main sorang2


Lepas tu, Anis pun join...



Aina dan Anis berbonceng basikal...