Saturday 29 September 2012

Legoland

Sebulan dua ni mmg kat mana2 cerita psl legoland ajelah....

Anak2 setiap hari dok mengajak ke sana.... kalaulah tiket masuk tu murah, awal2 lg kami dah masuk...







kenapa gambar kat luar aje?
Masa kami pergi ni, legoland belum dibuka secara rasmi kepada umum, hanya 'invited visitors' saja yg blh masuk....

Nak kena menabung dulu untuk dapatkan tiket masuk.... tak gitu Anis?

Sunday 10 June 2012

Ada apa dengan cuti skolah?

Dua minggu bercuti... seminggu kat KB, seminggu kat rumah aje. 

Ada apa ye cuti kali ni? hmmmm....  awal cuti macam biasa, ada kelas tambahan. Awal2 dah booked nak slot awal, sllau dpt yg hujung2 jer.

kali ni birthday Anis jth dalam cuti, so beli kek dan makan2 dgn sepupu-sepapatnyalah... mcm biasa, bday girl tak mkn kek, org lain tukang perabihnya.







Seminggu dok KB... puas lah Anis Aina bermain dgn sepupu2nya... balik johor aktiviti biasalah, mama kemas deorang sepah. Last2 dah tak terkemas, lantak koranglah nak..



Sunday 6 May 2012

A visit to..... uss S'pore






seminggu lps blk dr uss ni... kak Anis ajak pi lagi.... hamboi hamboi hamboi.....

Saturday 10 March 2012

Cuti sekolah

Salam... cuti dah tiba..... macam biasalah, setiap kali nak cuti , hari terakhir persekolahan merupakan hari yg paling sibuk. Semua benda nak kena bereskan, baru blh bercuti dgn aman.

Apa nak buat masa cuti nnt ye? Hmmmm... planning macam2.... especially nak mengurus dan menyusun atur semula dalam rumah. Tunggu dan lihat je nanti sama ada berjaya atau tidak.

Pertama skali saya nak qadak balik tidur yang tak cukup dan kembalikan tenaga....


 ***************************************************************************************

Saja dok godek2 album lama.... tetiba terjumpa gambar ni..... hati jadi sayu.... arwah mak tgh sediakan 'pais ikan' masa cuti hujung tahun 2010.  Masa ni arwah dah lama tak masuk ke dapur.... bila anak-cucu pakat balik arwah mak gagahkan diri turun padang... menu terakhir yg aku jamah hasil tangannya.... nasi kerabu.



Miss her so much..... walau datang 1000 pengganti... takkan sama dia yang melahirkan kita ke dunia.... Al-Fatihah utk arwah mak.

Sunday 4 March 2012

Aktiviti February

Salam...

update pelbagai aktiviti sekolah sepanjang bulan feb thn ni... tak ikut kronologi ye...

  • Ceramah 'Teknik Jari Sifir' ... 

  • atihan kebakaran - ada taklimat & tunjuk cara teknik menggunakan alat pemadam api 




  • Sambutan Maulidur Rasul 
Makcik2 cleaner tgh merewang
 

Sebelah malam ada tahlil dan makan sop
~ anak2 cikgu yg hadir ~
 

Ceramah Maulidur Rasul
 

  •  Tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran peringkat zon 

  • yang ni bukan aktiviti sekolah, tapi aktiviti hubby... bengkel apa ntah... kami sekeluarga ikut skali... hilangkan kepenatan di Desaru....  si kecik ni pakai lawa2 sbb blk dr desaru nak pegi majlis kawin....

Sepanjang minggu ni berlangsung Minggu Anti-Dadah... ada mcm2 aktiviti termasuk pameran, kuiz & saringan ujian air kencing utk mengesan pljr yg terlibat dgn dadah. Setiap pagi kene nyanyi lagu anti dadah...

Anis dgn Aina plak tgh tak sihat... Anis sihat Aina sakit, Aina dah sihat, Anis plak sakit... dugaan....

Lagi seminggu je sekolah.... dah tak sabar nak cuti.... takde sebarang rancangan lagi, nak rehatkan badan dan fikiran je.... penat sangat dah ni...



Friday 10 February 2012

hibernate


ber'hibernate' utk seketika.....

Tuesday 3 January 2012

Sekolah dah memanggil-manggil....

Jam skrg menunjukkan pukul 11.48 pm............. baru je siap mop lantai. Mop lantai pun nak cerita kat blog ka? Bukan sbb rajin.... memandangkan esok hari terakhir cuti persekolahan... maka kerja2 yang takde sangkut-paut dgn skolah kene buat hari ni..... itu pun tak setel lagi.....

Esok nak kena sediakan kelengkapan persekolahan... untuk anak2 terutamanya... memandangkan tahun ni Anis dan Aina sama2 bersekolah (walaupun tadika aje), segalanya nak kena siapkan jgk.

Semalam dah siap label semua buku, alatulis, kasut, stokin, baju, beg, botol air dll kelengkapan deorang.  Besar dah rupanya anak2ku ni.... Terutama bila tgk si adik tu, macam tak caya plak Aina nak masuk tadika dah...

Sebenarnya, perancangan awal nak masukkan Aina ke tadika bila dia umur 5 tahun.... tup2 minggu lepas pengasuh bdk2 ni bagitau adik dia masuk wad dan tak tau berapa lama dia nak ulang-alik ke Terengganu utk jaga adik dia tu.... jadi pening kepala jgk le memikirkan ke mana nak letak Aina dan Anis. Jadi kami berdua buat keputusan hantar Aina ke tadika... Anis plak akan masuk pra-sekolah. Petang plak diorang akan ke kelas fardu ain.... jadi untuk tahun ni rutin kami akan beubah ler... pagi2 keluar ............. petang lepas solat asar baru anak2 hbs kelas..... pasti mama akan rindu nak tunggu kalian balik skolah.........


Kanak-kanak dan kasut yang comel................. mama pun kena ada kasut baru jugak sempena naik penggal baru persekolahan..........


Start minggu lepas, 2A dah kena duduk taska memandangkan I dah mula kena hadiri macam2 mesyuarat kat sekolah.... sehari, dua hari ok lagi.... masuk hari ketiga, Aina dah start buat helah taknak bangun pagi.... hari ke4.... Aina cakap taknak gi taska.......... nak gi rumah umi (pengasuh dia).............sambil nangis........ waktu tu I pun rasa nak nangis sama..... I tanya dia Aina rindu umi ye? Dia angguk ............ so touching. Dua-tiga minit jugak le memujuk si kecik ni.... nasib baik tak panjang dramanya.... sampai kat taska ok jer.... kak Anis pandai jaga adik dia ni kat taska... kat rumah jer asyik 'bergomol'.

Hari ni Anis cerita, "Aina sayang sangat kat Anis, sampai Anis nak gi tandas pun dia ikut Anis" hahaha.... nak tergelak dengar cara dia bercerita..........

Oklah... panjang plak entry kali ni... nanti I update cerita hari pertama persekolahan 2A....