Sunday 30 October 2011

Cuti2 Malaysia sempena Deepavali

Cuti-cuti sakan sempena cuti Deepavali tahun ni. Tak pernah dapat cuti sampai seminggu.... tahun ni bleh plak cuti panjang ( sila baca : cuti berganti ye kawan2)... jenuh dah mengganti tiga kali sabtu tahun ni.

Sempena cuti panjang ni, en. suami pun kene paksalah cuti sama.... tanyalah mana2 suami yg bininya cikgu... cuti diorang kene ikut time cuti bini msg2 ler... tak masuk bila anak dah skolah... semua jadual kene ikut jadual rasmi anak2 le plak....

Balik ke topik asal.

22 Okt ~ packing & kemas rumah... kemas ler sangat.... ada orang nak dtg br terhegeh2 ngemas....

23 Okt ~ bertolak ke Mersing... member sekelas aku kawin...merangkap ex-roommate masa kat KTF dl... akhirnya berjumpa jgk dia 'roommate' sehidup semati.... tahniah Cik Tun... semoga berbahagia ke akhir hayat kalian. Kat rumah cik Tun ni dpt ler mini re-union dgn kwn2 lama... msg2 sibuk dok kejar anak... ada yg dah anak lima, tiga, dua.... baru enam orang yg berkumpul, kalau satu kelas tu blh runtuh pelamin pengantin.... Dah jumpe pengantin.... gerak ke Kuantan.

24 Okt ~ Lepas breakfast, anak2 nak mandi kolam. Baru je 5 minit msk kolam, guard dtg bgtau tak selamat utk mandi-manda sbb nak hujan. Utk memujuk si anak dara yg dah berendam air mata dek frust x bleh mandi kolam, ajak diorang main pasir plak.... dah penat main pasir lebih kurang... packing dan check-out... ada 6 jam lagi nak sampai KB.... dalam kereta macam biasalah... driver sorang yg layan blues... sampai KB pkl 4 ptg.

25 Okt ~ Sesi shopping ler.... kalau balik KB tak intai tudung2 terkini rasa tak sah....

26 Okt ~ Rehat2kan minda di rumah... bersedia utk pengembaraan berikutnya....

27 Okt ~ Bertolak dr KB pagi2.... sampai kat Genting Highlands pkl 3 ptg. Bwk anak2 naik kereta kabel... pusing2 sekejap... berangkat ke KL plak... nak masuk theme park pun tak berbaloi sbb dah ptg... masa nak turun hujan la plak....

28 Okt ~ KLCC - Aquaria - Bangi....




29 Okt ~ Hubby ada kelas, jd mama dan anak2 gi ronda dgn kwn mama (ex-roommate kat UTm jgk) ... gi Sogo, ada sales la plak... tp dah hujung2 tahun camni mood shopping dah kureng.... cuci mata jelah... bertolak dr KL sampai rumah pkl 10 mlm... sempat le tgk N9 jaring gol utk juarai Piala Malaysia




30 Okt ~ sesi mendobi................................... kasi dera itu mesin basuh yg dah cuti satu minggu hahaha....

Sekian.... ringkasan aktiviti seminggu kami. Isnin esok, balik ke rutin normal.

Sunday 16 October 2011

Memori biskut gula & teh 'o'



Minum petang yang simple... biskut cicah air.... nyum nyum sambil melayan fikiran.


Album kenangan mula terselak... terkenang zaman muda remaja dulu, masa study kat UTM. Petang2 gini ada aje aktiviti makan2 sambil berkumpul geng sekuliah. Dah tu, takde xtvt nak buat... kalau nak tgk tv nak kene berjalan naik bukit pastu tgk ramai2 kat dewan. nak bergayut kat publik phone xde pakwe plak :) (of coz ler p.phone tu penuh & nak kene ambik giliran satu hal - zaman h/phone tgh mahal).


balik smula ke topik, port berkumpul slalunya tak tetap... ikut suke lah nak serang bilik sapa. selalunya bilik2 yg 1st floorlah jd mangsa. kalau yang kene panjat tangga ni tak brpa dikunjungi sgt. Adalah bilik sorang member ni yg kitorang suka serbu sbb stok makanan dia slalu banyak hihi...


Air yg femes & tentunya paling senang nak buat si teh 'o' ni ler. Partner teh 'o' ni biskut cream cracker cap ping pong & biskut gula. sambil makan sambil bergosip (biasalah pompuan kalau berkumpul).


Sebut pasal biskut gula ni teringat plak kat sorang rakan sekuliah tu... kitorang gelarkan dia 'biskut gula' sebab apa? Sebab dia ni kalau orang tgk dia dia akan tersipu2 malu. senyuman dia manis macam gula... bilalah nak mintak maaf dgn bdk ni... sampai skrg rasanya dia tak tau kitorang panggil dia sekut gula hahaha... ops. ada lagi sorang.... 'roti' ... sbb orngnya agak lembut sket...kdg2 seriau jgk bila bercakap dgn si roti ni. lembut lain mcm. syukur tak jd en. pon***. masing2 'sekut gula' n 'si roti' tu dah ada anak....


Sampai sini dulu....


Friday 14 October 2011

kakak dan adik




Anak-anak main mama dgn baby.

kak anis jadi mama, aina jd adik, mama (me) di panggilnye kakak, papa plak jd abang.

hari ni dah bertukar status plak : Aina jd mama, Anis jd adik.

Laaaaayan ajelah.... selamat berhujung minggu....

Saturday 8 October 2011

setelah 2 minggu

"Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan...."

Kita sering mengulang ungkapan di atas.... setiap kali terjadinya sesuatu.

Benarlah.... sesungguhnya perancangan Allah itu cantik, teratur dan tertulis sejak awal. Siapa kita utk mengatasi perancangan Dia. Siapa kita utk mempertikaikan qada & qadar-Nya.

Sepatutnya tghari 24 sept tersebut aku kena ke Ulu Tiram, jadi urusetia utk Kem Ibnu Sina, tapi disebabkan ada bbrpa halangan (kat skolah ada kursus seblah pagi, tghari plak suami ke attend majli konvo), maka pemergian ke sana aku lewatkan ke malam. Malam tu plak ada sambutan raya kawasan taman aku ddk ni. Nak dijadikan cerita, suami tak jadi masuk dewan konvo sbb seat dah penuh. Dia balik awal. kalau nak diikutkan, patut terus jelah hantar aku ke Ulu Tiram. tapi cik abang cakap dia nak hantar malam.

Lepas solat maghrib, aku duduk berteleku di sejadah... tak macam kebiasaan lepas doa trs bgn siapkan itu-ini. lagipun beg utk bermlm di Ulu Tiram aku dah siap2 msk kereta, anak2 semua dah mandi... tunggu nak siapkan diri je utk majlis raya dn ke U.trm. Tiba2 kakak aku called, ckp mak tenat... aku jd x keruan... cuba hubungi keluarga di kampung utk mengetahui status sbnr....

Suara orang di sana diselangi esak-tangis.... "kaki tangan mak dah sejuk, kalau blh balik, baliklah..." Saat itu, aku dah sebak. Tak mampu nak bercakap dah.... tapi kugagahkan jgk bagitau suami. "Jom balik". Ringkas aje katanya. Antara percaya dgn tdk, aku trs kemaskan pakaian... beberapa helai aje mana yg nmpk dpn mata. Lepas Isyak... kami berlepas ke KB. Kakakku ikut kami.

Sepanjang perjalanan, kami cuma diam. Masing2 melayan fikiran. macam2 yg timbul difikiran ini. Namun aku cuba buang semuanya. dan berdoa kami sempat menyentuh tangan panas mak. Cuma suara anak2 yang agak 'excited' nak balik kampung, walaupun mrka agak pelik sepatutnya gi hntr mama ke ulu tiram tapi tiba2 nak balik kampung plak. Tak sampai dua jam perjalanan, abang long call, "mak dah takde". Aku tak mampu berkata apa2 lagi.

Terima kasih suamiku sudi memandu tanpa henti sepanjang malam (inilah kali pertama kami balik malam). Tanpa kerelaanmu, kami tak mampu sampai jam 8 pagi di KB.



************************************


Kami merancang utk menjenguk mak cuti Deepavali nnt... tapi mak lebih dahulu dijemput oleh Penciptanya. Aku merancang utk jaga mak cuti hujung tahun nnt... tapi mak lebih dahulu pergi meninggalkan kami. Aku merancang.... banyak lagi yang aku rancang utk mak, tapi semuanya sudah tak mampu aku tunaikan.... hanya doa yang mampu kuhadiahkan utkmu IBU.


Ubat-ubatan arwah mak... bekalan utk beberapa bulan.



Cinta mereka hingga ke hujung nafas....
catatan : gambar ni masa konvo anak ke-5 di UTM tahun 2003



catatan hari terakhir arwah mak diblog adik bongsuku << klik sini >> dan jugak << sini >> terima kasih dik kerana pengorbananmu menjaga mak.... hanya Allah yang membalas setiap tenaga yang kaucurahkan.


Sesungguhnya, pemergian mak secara tiba-tiba seakan meragut semangat... kini kami semua merinduimu.... Masih terbayang wajah mak yang jernih, tenang dan tersenyum di pembaringannya. Al-fatihah utk mak.


Saturday 1 October 2011

Syawal nan lalu

Raya tahun ni semua jemputan open house terpaksa ditolak, orang nak dtg beraya di rumah pun dah diberi amaran awal... dua kanak2 diserang chicken pox... sapa nak virus sila lah dtg...

Minta maaf buat kawan-kawan yang nak sgt datang rumah @ yang jemput kami tahun ni tak beraya rumah kalian... lain kali bleh lagi..... kalau umur panjang.


Aina gigit kuku... duit raya tahun ni kurang :)