Tuesday 29 July 2008

26 bulan dahh

Anis dah menjangkau 26 bulan hari nie. banyak perkembangan yang dapat tengok berlaku pada dia.

Yang paling tak caya... semalam dia ambik buku 'Number'. Mula2 dia dok baca ...one..two..three... sampai ten dan dok kira setiap gambar yang ada kat dalam buku tue. mama nie layan gitu2 jer lah sambil baca suratkabar. Tiba2 terperasan dia dok mengeja tajuk buku tu 'L-I-F-T-T-H-E-F-L-I-P' satu2 sampai habis... nak kepastian...suh dia eja lagi skali... mmg betollah. cuma tang huruf 'E' tu dia sebut 'M'.

Petang tu dah macam terdengar Anis dok eja 'FLORIDA' kat fridge magnet...tp mama tak ambik pot sgt la sbb dia mmg suka dok sebut huruf alphabet dgn alifbata secara tak tersusun (ikut suke dia nak sebuat ape dulu). Good job my baby... tak sia2 Anis dok tengok tv & dok pasang dvd tu.

Nanti mintak papa beli dvd lain plak yer... hihi... senang le keje mama ....

kenkonon tido ler tu

Sempat menjeling manja

Buat hidung - tanda bucuk

Punyer lah luas nganga nak tunjuk gigi tu

Eczema Anis plak sekejap ok sekejap ko...tapi takler teruk sgt...cuma kaler kulit dah jadi macam2 kaler... tak sekata plak...kesan dok garu lah... dia pun dah pandai bagaitau kalau gatal (tapi dia bilang 'sakit').

Kalau nak keluar rumah dialah orang paling tak senang duduk... orang tak siap lagi dia dah siap tolong angkutkan kasut selipar 9kes takut kene tinggal0. Also... suka melaram n jangok - tak blh tgk mama pakai lipstik, deodorant, bedak, tudung, perfume etc semua dia nak pakai. Anak dara lah katakan....

In the middle of summer

Salam...
Now we feel the heating... last weekend was the hottest for this year... Anis yang tak pernah berpeluh pun tiba2 boleh basah... habis basah kat carseat akibat berpeluh... jadi terpaksa selongkar stor cari kipas...nasib baik ada. Last year mmg kipas simpan buat pekasam jer. Tido malam pun siap pasang kipas.

Dah cuaca panas ni ingatkan nak buat program main pool kat blkg rumah... tp sbb panas melampau plak...baik dok diam2 dalam rumah. dah le anakku nak sorang tu 'Puteri Lilin'/... tak pasal2 cari penyakit plak.

Sabtu tu, kami ke Birmingham menziarah kawan2 kat sana (sambil tu mama ada projek kat sana - kira dua dalam satu le nie). Sempat gi tengok newborn 'Arif Farhan' - baru sebulan... mula2 sampai Anis tak bg mama dgn papa nya dekat dgn baby (kes jeles la nie) dah lama duduk baru boleh. Dia main intai jauh2 jer baby tue. Tu pun mama takde can nak pegang baby... alamatnya habis melayang barang kat rumah orang nanti.

Kakak anis dgn Baby Arif Farhan


Ahad macam biasalah ke carboot... balik rumah basuh baju dan jemur segala benda yang boleh dijemur sementara cuaca tengah panas nie. Also..kemas rumah (tapi yang herannya kemas camner pun tetap tak kemas jugak) huhu...

Tuesday 22 July 2008

Gotong-royong lagi

Pagi2 Anis dah bersiap nak ke rumah 'nenek' nak tolong menyibuk..ada gotong-royong loading barang ke kontena. Bila sampai sana...fuh semangat tengok punye lah banyak barang & perabot. Sekali tengok macam tak muat jer kontena tue... tapi akhirnya muat jugak semua barang2 disumbat ke perut kontena. nak banding dengan brang kami nie...alahai...secoet jer ... nampak gaya nak kene tambah lagi ler ...


Monday 21 July 2008

Monday Blues

Hari Isnin selalu buatkan diri jadi blues... walaupun tak keje, nak buat keje rumah pun agak tak berapa rajin. Hari nie habiskan proses basuh baju (second time basuh baju yg sama) ..last week habis baju2 ku bermandi hujan.

Friday 18 July 2008

What is she doing??

While mama buzy ...

Santai nampak??

Lentok rupanya....

Peace n cute

Thursday 17 July 2008

Sesi 'Loading' Barang Lagi

Hari ni satu lagi famili loading barang masuk kontena.... banyaknya barangggg..mula2 tengok tu macam tak muat je kontena tue... tapi berkat kesabaran dan kebijaksanaan tukang susun akhirnya semua muat2 ajer masuk dalam kontena tue.

Rakan yang ni merupakan rakan satu tempat kerja dgn pakSu... diorang duduk sini lagi lama... sebelum kami datang diorang dah ada. Lepas si hubby abih bljr, wife dia plak buat phD. Berkat usaha dan keyakinan alhamdulillah... penghijrahan mereka akan berakhir tak lama lagi.

Sayu je hati bila tengok satu demi satu rakan seperjuangan balik ke tanahair. Takpelah... giliran kami pun akan tiba satu hari nanti.

Si Dia yang dah awal2 ready nak gi tolong angkat barang

Wednesday 16 July 2008

Eczema lagi

Salam
Hari ni bawak Anis jumpa GP.. masalah kulit dia nmpk mcm takde perubahan. nak kene kerap sapu lotion dan kesian tgk dia asyik menggaru jer. masalah ni timbul bila cuaca panas je, kalau sejuk / winter ok aje kulit dia.

Kalau panas terik lagilah...bila badan dan nak start berpeluh tu...ruam lagi... habis calar balas kulit anakku nan sorang nie...sekali tengok macam kene dera plak :)

GP cakap eczema... jd dpt le satu mandian (Oilatum) dan cream doublebase.

Lepas jumpa GP hubby drop kat town. Gi ambik ubat kat farmasi dan tengok2 belek2 apa yang patut. Ingat nak beli kasut, masuk je kedai kasut ada la plak cek mek yang sibuk nak gi belek kasut dia. Sudahnya pusing ajer kat kedai kasut tu dan keluar balik. Hihi...sori lah Anis... mama dah beli banyak kasut utk Anis minggu lps, kene bg can dekat mama plak.

Lps tu singgah Primark...tak sah kalau tak sambar selai dua...tu pun ambik line yg £1 jer... boleh la bg kat sapa2 yang patut. Nak makan Nando's...bf plak takde so tak best la makan berdua jer dgn Anis... singgah Sainsbury beli brg dapur sket. Lps tu bawak Anis main kan playground kejap. Suka sangat dia dapat main sepuasnya... maklumlah pagi2 sapa nak gi playground.

Balik rumah jalan kaki jer...nak ambik bas mcm tak berbaloi lah plak sebab dah half way. Samapi rumah cek mek ni dah lena kepenatan dalam pushchair dia...jd biar je dia tido kat situ (dekat dua jam jugak).



Ada gaya jadi model ubat???

Monday 14 July 2008

Aktiviti minggu nie

Hari sabtu sempat ke Majlis Penyerahan Jawatan dan perlantikan ajk baru utk komuniti kecil Malaysian Coventry Society... di samping tu diadakan sekali majlis penghargaan untuk pelajar dan tenaga pelajar Sekolah al-Hidayah. Kami pegi saja nak meramaikan majlis jer... Waktu camni lah dapat jumpa kwn senegara... ada yg dah nak balik dan ada yg baru sampai. Nak harap jumpa kat rumah setahun sekali jelah time raya atau kalau ada kenduri.

Kakak-kakak ni dah nak balik

Suka gambar nie - kekanak riang

Anis makan nasi ayam

Lepas dah abih pogram macam biasalah aktiviti shopping2 plak...cari barang keperluan dan abihkan duit utk barang2 tak perlu :)

Terjun Tiruk

Salam
Ada sorang budak kecik nie sangat la happy, main lompat2 atas sofa. Sekali... gedebush... ter'terjun tiruk... jatuh tergolek. Lepas jatuh tu nangis tak hengatlah... lps tu ok balik. Cek kepala semua takde bengkak plak. Darah pun takde. Esok pagi baru le nampak kesan jatuh tue... melecet sket bawah hidung n ada kesan tergigit dekat bibir belah kiri. Alahai...model kecik nie...

Tu dia kesan terjun tiruk - macam kene dera plaks

Lepas dua malam makin jelas plak merah tue


Friday 11 July 2008

Salam
Seminggu menyepi ni sebab takde cerita sensasi nak diutarakan kat sini. Perkara yang sama diulang setiap hari.


Ahad hr tu hujan plak dr malamnya, jd secara otomatik acara carboot pun kensellah. Lps dah kenyang kitorang gerak gi ASDA ambik gambar yg cuci minggu lps, pastu gi Tesco shopping brg dapur sket. Seblom balik singgah Toys 'r' us bawak Anis tengok menan (Anis mmg suke kalau dibawak ke sana). Kat Tesco sempat sambar beberapa helai baju Fifi (50% offer).

Macam display kat kedai plak

Isnin, sempat berkunjung ke beberapa kedai kat city center... tu pun hubby offer nak hntr n ambik, jd cpt ajer angguk kepala n bersiap. Tak pyh nak mekap2 atau gosok bj dah... yg penting bwk fulus n bekal utk budak tecit tu jer spy dia dok diam.

Byk gilos sales... memang rambang mata terutama brg utk si keciklah. Sempat masuk Next - takde sale - sj je msk survey koleksi terbaru, cantik2 tp tak beli pun. Sasaran seterusnya - Clark. Mmg byk offer... tp yg leceh nak beli kasut kat sini seblom try, nak kene pastikan dua perkara ~ harga & kulitnya bukit dr kulit cik ba*i. Ada yg berkenan...tp bila dok campur tolak kali bahagi, bila masa nak pakai ni??? tak jadi belilah (kalau hubby ikut ni silap2 dia dulu yg beli). Penyudahnya... si kecik jugak dpt sepasang... ada lg yg makSu berkenan... tp kontrol nafsu sket.

Nape gmbr jd senget nie?? Lyn jelah

Bulan ni je Anis dpt empat psg kasut baru (tak termasuk yg beli kat carboot yea)... sorry papa...mama janji tak beli dah buat masa terdekat nie hihi

Lps tu sasaran seterusnya nak gi Primark ... tp bila lalu kat ADAMs store kaki secara otomatik teermasuk ke situ plak. Kat sini lg byk diskaun... tp tak selesa nak menilik brg2 kat situ sbb si kecik ni pun sibuk nak pilih sama. Penyudahnya penat kejar dia jer... tak beli ape2 (walau dlm hati nak sgt beli huhu) angkut si kecik kluar kedai. Tak jd gi Primark, singgah farmasi n gi jumpa hubby kat meeting point.

Hari2 seterusnya , layan si kecik ni kat rumah je. lagipun kat luar tu kejap gelap-kejap cerah...drpd cari penyakit baik dok dlm rumah layan Anis baca buku Shrek.

Thursday 10 July 2008

Fesyen rambut Anis

Anis nie suka kalau rambut dia ditocang atau letak klip. Kalau nampak mamanya pakai apa2 aksesori kat kepala dia pun sibuk nak pakai. Tapi dia tak suka kalau kita nak lap rambut dia lepas mandi, dan jugak tak suka bab sikat rambut. Apa laaaa.....

Hari tu ntah cam mana rasa nak try buat ikat halus2 kat kepala si kecik nie. Selalu tengok org black buat cenggitu kat rambut anak dara deorang (lg banyak diorang ikat). Dah tu dia plak layan ajer mamanya nie (maklumlah mek jangoklah katakan). So... ni lah hasilnya...

Pandangan depan

Pandangan belakang

Pandangan sisi

Pakai bedak n sikat rambut sendiri

Tada...dah siap... esok boleh melaram lagi

Monday 7 July 2008

Utk kaum lelaki bernama SUAMI

Salam
Dapat dari email seorang rakan... Tajuk asal : UNTUK KAUM LELAKI BERNAMA SUAMI & RUJUKAN UNTUK KAUM ISTERI - DR FADHILAH KAMSAH

Amat molek sebagai panduan & pedoman menjalani hidup berumahtangga.

~ Dr. Fadhilah Kamsah :

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu ,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? ; )

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda . Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengoto r. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan .

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat . Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati . Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Renung-renungkan...dan selamat beramal..