Monday 27 December 2010

Anis dah nak msk skolah


Assalamualaikum

dah nak ke penghujung 2010... selalunya kalau nak bukak penggal baru persekolahan, aku akan shopping sket2 kelengkapan skolah yg baru (mcm bdk2 skolah plak). Utk tahun dpn pun ada beli skt2... tapi agak excited jgk sbb sesi 2011 nanti Anis akan mula ke sekolah.

Sempat le survey dan walk-in ke bbrp tadika berhampiran rumah... cikgu2 mcm pelik plak Anis tak skolah lg w/pun dah umur 4 tahun. Hmmm...

Baru le merasa mcm mana ibubapa yg terpaksa berbelanja utk anak2 ke sekolah. Nak masuk tadika pun dkt 1k hbs (utk yuran, buku, uniform, kasut etc).

Terfikir jgk... macamanalah agaknya org yg berpendapatan bwh 1 ribu sebulan tu yer? utk blanja hidup, anak2... keluarga... Hmmm...

Sekurang2nya kita masih ada duit utk berbelanja... berSYukurlah...

Saturday 18 December 2010

Bday anak no. 2 yg ke2

Hari ni bday si kecik yg kedua...
takde party besar2an.. just beli kek sebijik... dan makan anak-beranak je.






sampai saat ni, Aina dah bleh buat mcm2... makan byk, cakap byk, suka nyanyi, suka copy apa yg kakak dia buat/ckp. agak nakal... dan lucu... ratu ai mata pun ye jgk. mcm2lah... sama je dgn kanak2 sebaya dia....

Semoga jadi anak yg solehah ye sayang...

Friday 17 December 2010

Aina ~ Sudah tak minum susu ibu


Sejak seminggu lepas, Aina dah berhenti sepenuhnya minum susu mama... skrg dah jd anak angkat Dugro sepenuhnya... lps ni nak ucap selamat tinggal 'alam bayi' plak... esok usianya nak masuk 2 tahun.... my baby dah besar rupanya....

Tuesday 14 December 2010

KB-KT-Kntn-JB

Dah habis cuti2 kat KB... skrg dah ada kat johor...

Day 1 ~ KB - KT
Tapi seblum tu jalan2 cuci mata dan poket dulu... singgah kat T'ganu... tapi tak shopping apa2 pun. Nyesal plak tak sambar batik sepasang dua... lain kali le kalau ada rezeki. Kitorang bermalam kat Batu Rakit... hotelnya mmg tepi laut... malam2 tido ditemani bunyi ombak dan hujan lebat...


Day 2 ~ KT - Kuantan
Bangun pagi2 ... bawak 2A menjejak pasir dulu... dah main pasir lebih kurang, rendam plak diorang dalam swimming pool kat resort tu... lepas tu sambung lg mani air kat bilik... then kitorang teruskan perjalanan ke Kuantan plak...

Sampai Kuantan elok2 je tengahari... terus ke Bukit gambang Resort Ct... lepas drebar dah lelap seminit dua... turun balik ke bandar Kuantan ... ronda2 shopping2, lps tu cari port utk lunch+dinnerlah plak.

Makan2 di New Horizon Garden... masakannya mabeles...
kenyang sampai ke pagi....

Day 3 ~ Kuantan ~JB

lps srapan, msg2 dah ready nak berendam.... jom main air... si kecik Aina mmg enjoy hbs.... taknak stop main air, sampailah air msk hidung, br nak brenti. Si kakak plak... panjang ceritanya.... dah penat main air.... balik bilik angkut kain baju... jom balik rumah.... dah dua minggu tinggalkan rumah tu.... nak kene servis rumah plak.


Thursday 2 December 2010

@ TesCO

Dua hari lepas pegi Tesco KB... nak buat spek baru... yg lama dah terpeleot gara2 Aina berangan nak jadi gergasi (kene pijak daaa)

Buat spek skrg dah tak pyh tunggu dua-tiga hr, 1 jam pun dah bleh siap.

Sambil tunggu spek aku yg baru tu siap, bwk anak2 pekena nasi ayam... dan layan kebosanan deorang main machine2 ni.....



Oleh sebab Anis yg plg senior, so Anis lah jd driver... vooommm




Aina, Anis dan sepupu mereka (Fatah & Fatin)

Monday 29 November 2010

Nasi kerabu

Nasi kerabu memang sedap dimakan... kalau nak ikutkan mcm2 versi nasi kerabu ni... ada yg hitam(biru), kuning atau putih sahaja.

Nama lainnya ialah nasi ulam... sebab ianya kombinasi nasi dgn pelbagai ulam2an spt daun kesum, timun, taugeh atau apa2 aje ulam yg ada... sebagai pelengkap ... kenelah ada sambal tumis, sambal kelapa/ikan, budu, keropok ikan dan diserikan dgn telur masin, ikan celup tepung, daging bakar, solok lada atau ayam goreng.

macam banyak je kan? Jangan pening2kan kepala atau susah2... gi jer kat kedai... beli sebungkus....

The ulams


Sambal kelapa/ikan




p/s : mak aku yang buat, aku tukang makan ajer... Gambar set nasi yg lengkap tak sempat nak snap... :)

Saturday 27 November 2010

Tudung bawal

Aku, Anis dgn Aina masih kat KB. Hubby dah balik Johor... sementara masih kat rumah my parents ni... makan ajelah kejenya.

Salah satu aktiviti wajib setiap kali balik klate adalah shopping tudung. Member2 aku mmg awal2 lagi dok pesan nak kirim tudung bawal (saiz xl)... jd minggu lps sempatlah luangkan masa ke KB utk beli tudung2 yg dipesan tu... dekat dua jam jugaklah ddk memilih kat pasar tu... naik rambang mata aku. Selain tudung bawal, sempat jgk sambar kain batik sepasang... oren kaler gitu. Thanks hubby kerana memahami... hihi


21 helai semuanya... aku punya lom pilih lagi tu.


Hari ni dah start hujan plak... kain baju dah banyak tak kering ... anak2 plak suka btl mandi-manda (makumlah mandi air perigi) dan tukar persalinan.


Thursday 25 November 2010

Cuti... & balik kampung


Akhirnya... tahun ni bleh cuti dan rehat panjang....

Macam2 perancangan ada dalam kepala ni... nak kemas rumah, nak sort baju2, toys, buku , nak tanam pokok dan bla bla bla...

Tapi apa2 hal pun, kene balik kampung dulu... bercuti seminggu kat KB, lps tu balik smula Jhr utk mulakan misi... berjaya atau tidak, kita tunggu lagi sebulan ;)

Thursday 18 November 2010

Aidiladha

Tahun ni beraya di rumah sendiri aje, mamandangkan cuti cuma satu hari... mana sempat nak balik kampung...

Juadah pagi raya ~ ketupat & kuah kacang tanpa satey, untuk menambahkan kemeriahannya aku masak nasi kerabu.

Nota tambahan : sempat merasa daging korban kat kampung pada hari Raya ke-4


Sunday 14 November 2010

cuti deepavali ~ Putrajaya

Salam...
Kalau tak silap perkiraan lah, ini kali ke3 sampai kat PJ ni. Yang 1st masa msh berdua, masa tu PJ ni baru bukak... orang tak ramai... bangunan pun tak byk mcm skrg lg.

Kali kedua jejak PJ ni dua tahun lepas... masa tu aku br balik dr UK... kene lapor diri kat KPM ... masa tu Aina kat dalam perut lagi... lps tu sampai sudah tak ke sana.

Kali ni sampai sana dah ber4 plak... adakah nak kene tunggu ber5 plak br bleh jejak Putrajaya lagi? ;)






Monday 8 November 2010

Tuesday 2 November 2010

It's November!!

Salam...
I like November....
because .....

1. My birth month...
2. Cuti skolah bermula... ;)
3. Balik kampung :D

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Anis : Balik kampung maknanya bleh singgah hotel... nak main swimming pool ;p





Miss Pinky

Friday 22 October 2010

Diam tak diam sudah dua tahun....

Salam...

dalam kesibukan kerja.... dalam keriangan mengejar anak2... dalam ke'buzy'an melayan si suami... sedar tak sedar dah dua tahun bumi Coventry di tinggalkan.

Sesekali bila kelesuan melanda, tika timbunan kerja di atas meja mintak dibereskan... nak aje kembali ke zaman duduk rumah 'goyang kaki' tu... tapi mana mungkin kita mengundurkan masa.

Apa yang perlu dibuat?

hadapi hari2 mendatang... dan segala kenangan silam tetap terpahat kukuh dalam lipatan memori.

* sori ye kalau tatabahasa saya agak tunggang langgang ... means fikiran tengah berserabut... maklumlah nak hujung tahun ni mcm2 nak dibereskan.

** saya memerlukan cuti yang betul2 cuti...

*** buat cuci mata....

Wednesday 1 September 2010

Shopping raya

Salam...

setakat ni dah 90% selesai... baju dah ada, kasut dah ada, beg raya pun ada (kes terbeli plak hihi).... cuma tudung raya yg blm ada... yg tu nak kene cari kat KB lah...

Barang2 Aina takde mslah... maklumlah kecik lagi. Beli apa aje... dia pakai ajer.

Cuma si kakak tulah... dah pandai memilih. Kalau yang dia kata taknak... dia takkan pakai. So... kalau nak beli barang dia kene tanya pendapat dia dululah... kalau OK baru beli.

Kuih raya plak satu pun aku tak buat... semuanya kuih tunjuk2 aje... beli beberapa jenis je... semua yg kawan2 jual... bleh tolong kwn2 skali.

zakat fitrah plak... alhamdulillah dah setel...

rumah ... dalam proses mengemas dan menyapu habuk... yg ni progress slow sket.

Balik kampung... tinggal beberapa hari lagi... yehaa.... chow.


Sunday 22 August 2010

Mandi atau main air?


Si kecik ni mmg suka sangat kalau ajak mandi... tengah nangis blh otomatik berhenti. Nak mandi sama2 dgn kakak ajer...

kalau dia dah mandi dulu, time kakak mandi mesti nak join jgk.

Adakah faktor cuaca yg panas, atau mmg tabiat kanak2 yang sukakan air?

Saturday 21 August 2010

Lelong...lelong....

dalam proses nak clearkan almari pakaian kekanak nie....
bila dikumpulkan semuanya..... mak ai.... boleh buat tilam alas tido... empuk jer.

masalahnya, ke mana nak pass baju2 diorang yg dah taknak pakai tu? kalau masa kat UK dl, mana2 baju, kasut yang taknak pakai byk saluran kita boleh kasi... ada tempat recycle, bank cloth, atau ada pihak yg akan datang angkut diagihkan kpd pihak yg memerlukan (cthnya Islamic Relief).

Si kakak dah risau bila aku ckp nak jual kat pasar malam baju2 tu.
"mama janganlah jual baju Anis, Anis nak pakai" ...sambil nangis tu....




Info foto : Tuan baju berposing dgn baju-bajunya

Tuesday 17 August 2010

Ke mana menghilang?


salam semua....
saya tak ke mana2... masih ada kat sini. sekarang jrg update blog.... sbb....

1) asyik berebut dgn anis jer bila nak pakai laptop. kita bukak jer... tinggal kejap... tup2 dia dah ada tercongok ambik alih. huhu...
2) melayan kerenah budak kecik dua org ni lah... br je dpt idea... waaa.... kakak buat. sambung balik.... uwaaaa lagi... berebut barang plak. hilang segala idea.
3) dan seribu satu alasan lagi.....

Nak cuba kembali aktif berblogging... rindu pd kawan2 maya ni.... rindu nak tukar2 resepi... berkongsi cerita dan baca kerenah anak msg2.

K... saya kene undur diri dl... lmbt plak gi keje nnt. (sori, tersopan plak pg2 ni)

Salam ceria.

Saturday 14 August 2010

Salam Ramadan 2010

agak terlewat sket... tp belum terlambat, hari ni br msk hr ke-4 puasa, jd bg muslimin muslimat sekalian.... selamat menjalani ibadat puasa tahun ni.

Wednesday 16 June 2010

Cerita 3 dalam 1

Banyak sangat halangan nak meng'update' blog ni, so... sekali up tiga cerita skali lah yer.

First... my 1st doter dah melangkah ke angka 4 pd 29 Mei lps... takde buat bday parti pun. mcm biasalah... ada kek sebijik. Kek ni special request dari Anis sendiri... tiap kali lalu kedai kek dia sibuk dok minta kek yg ada cartoon caracter.





7 Jun, kami ke Melaka... kebetulan cuti sekolah dan ada jemputan kat sana.... boleh la cuti2 sket. Kebetulan melaka tengah bersiap-sedia nak menganjurkan SUKMA, bandarnya agak cerialah... cuma yg tak best... jalannya sesak lah plak. Maklumlah musim cuti...


Tunjukkan Anis kereta lembu ni, dah tu aku tanyalah sama ada dia nak naik tak. Nak tau apa jawabnya ?

"Taknaklah... nanti lembu tu tendang Anis"




Last skali... balik kampunglah. Cuti panjang katakan. Balik sekejap ajer... jenguk org tua kat kg... dan mcm biasalah shopping kat KB.


Sunday 16 May 2010

Selamat Hari Guru

Buat semua guru dan bekas guru,
Selamat Menyambut Hari Guru
Guru Pembina Negara Bangsa
Terima Kasih Cikgu


Infofoto : Dua anak murid sedang minum milo
Membesar bagai JOHAN.

Friday 14 May 2010

Makanangin dan makan2 kat Tanjung Piai

ni cerita dah dua minggu, tp nak jgk buat entry ...

kononnya bawak anak2 kat Taman Negara Tanjung Piai ni, anis nak naik keretapi, Malangnya nasib keretapi tak beroperasi plak. So kami jenjalan sambil menghirup udara segar

Dah penat bejalan, tak sah kalau tak pekena fresh seafood kat Tanjung Piai ni. Tangki dah penuh, baru kitorang berangkat balik...








Sunday 11 April 2010

Hai all...

Assalamualaikum ...

lamanya nak curik masa update blog... kekadang ada cerita nak disampaikan, tp masa tak sesuai. Ada gmbr nak letak, tp lupa mana kamera diletak. Lama2 gambar pun dah basi, cerita pun dah basi...

Perkembangan terbaru.... takde yg kembang... semuanya kuncup, kecuali perut dan pipi jelah yg makin mengembang... makan sedap.... hari2 makan kat kedai ...



Anis dgn Aina.... makin ligat.... dan makin manja. gaduh pun bleh tahan jgk dua bradek ni.

Dua-dua boleh jadi Ratu Airmata... Si kakak, pantang kita tinggikan suara.... dah menangis. Si Adik, kita angkat kaki jer... nangis.... senjata utama deorang ..... kekadang kalau dah penat sgt, aku ambik bantal pekap kat telinga jer... tau plak deorang senyap sendiri (tp buat time hubby takde kat rumah ler) hihi....


Dah masuk April ni, keje pun makin bertambah. Nak mengeluh byk2 pun tak elok, kita dah diberi tanggungjawab, dan dibayar gaji... buat ajer lah selagi terdaya.

I think I need a trip to somewhere..... nak bagi fresh blk otak ni.... barulah idea2 kreatif dtg.

Monday 15 March 2010

construction in progress....






Bukan buat renovation rumah yer... cuma naikkan tembok kiri kanan dan tambah bumbung kat porch je. Nak tunggu jiran seblah ntah bila diorang nak masuk, jd kitorang on je lah projek ni. Lagipun , jiran kami kiri kanan bangsa 'I'...

Kalau ruang depan ni dah siap, barulah aku bleh mulakan projek tanam bunga plak. ;)

Friday 5 March 2010

Selepas Puting-beliung

Cam ganas je tajuk....

tengok ler gambar bawah ni :


Haaa... mcm ni lah keadaan bilik nursery Anis & Aina... memandangkan dua kanak2 kecik tu masih tido bersama mama dan papa, bilik tido deorang dikahskan utk letak menan jelah... dengan harapan deorang tak sepahkan kat tempat lain... tp... nan adoo... lepas main bukannya tau nak kemas balik... yg menyebabkan bilik ni nampak huru-hara sgt sbb mamanya yang tak kemas ;)) dah seminggu dibiarkan, tak sempat nak kemaslah. Nak2 kalau letak Aina kat bilik tu, sekejap ajer ditariknya menan2 yang dah disusun.


Friday 26 February 2010

Tidy...tidy... tired



Hari2 kemas... lepas tu bersepah balik. Nak2 plak si kecik Aina skrg ni mmg suka tarik segala buku kat rak, selongkar almari dapur bawak keluar segala bekas, periuk pinggan mangkuk... huhu... pening2. Itu tak termasuk segala isi drawer nak dikeluarkannya. mmg kena perhati setiap masa. Maklumlah si kecik ni bergerak secara senyap... kaki jalan tp mulut tak bunyi.

Lagi satu, dua badek ni Aina & Anis kalau berebut barang masing2 taknak lepas. Kenelah kita jd pengadil. Pantang adik pegang mainan tu, yang tu jugaklah si kakak nak... acara tari menarik pun bermula... berakhir dgn pekik- memekik. Bingit telinga.

Tapi... kalau dua2 tido sunyilah plak rumah ni.

More update ... sila ke blog ainavs anis. tq

Cuti, cuti dan cuti lagi

Assalamualaikum
Hari ni cuti lagi sempena maulid Rasul... hari tu dah seminggu sakan bercuti, baru empat hari masuk keje... enjin br nak suam2, dah cuti balik. esok masuk opis, lusa cuti weekend plak. huhu...

Cuti thn baru cina ritu kami balik KB... seminggu kat KB tp terasa cpt aje masa berlalu (maklum le relax je tak buat apa2... duti plak kluar mcm air paip!!


2A yg kebosanan dalam kereta... dah nak balik Johor


Ada lagi nak stori, tp got to go now... nak buat sarapan dan si kecik dah bangun.
Bye. Have a nice weekend guys.