Thursday 29 May 2008

Hari Ini Dua Tahun Lalu

Salam
Hari nie, puteri kesayangan melangkah ke angka dua hidupnya. Pagi tadi bgn ajer dr tido, mama nyanyikan lagu "Happy B'day 2 U" sukenye dia...siap suh again n again.

Kek ni Mama yang buat , Papa yang deco

Mengimbas peristiwa dua tahun lalu.. tarikh yang sama....

Malamnya dah bermalam kat bilik bersalin..hubby join skali. Nasib baik petangnya nurse kat wad bersalin dah bg masuk bilik bersalin tu, kalau tak mau makSu tido sorang2 kat hospital malam tue. Kalau ikutkan staf kat situ, diorang suh balik rumah dan tunggu sampai btol2 sakit baru dtg hospital. Tapi nak buat camno... makSu nie mana ada pengalaman bersalin, sakit sket pun dah terasa cam nak beranak dah. Lagipun lagi tak senang duduk bila kat rumah.

Dekat bilik bersalin tu segala kemudahan disediakan. Bilik air, tv, telefon... mmg privacy... dan yg penting FREE. Sampai kat hospital, nurse offer TENT Machine.. pakai kat belakang... alat eletronik utk legakan kesakitan setiap kali contraction datang.

Bila makin sakit, masuk plak dalam air suam berendam. Lepas tu pakai Tent-M balik... mintak nak guna gas n air, tp midwife tak kasi, awal sgt lagi katanya. Ntah berapa bijik pil tahan sakit yang makSu telan malam tu. Hubby plak kenyang ..sbb kejap2 deorang offer air, biskut etc.

Pagi 29/5 - dah tukar shif midwife.. bila dia tgk makSu macam dah penat..so dia tanya nak pecahkan air ketuban tak?? kita ikutlah mana yang baik dan cepat... yelah.. sakit. Seblom pecahkan air ketuban tu midwife suh makSu sarapan dulu.

Lepas dah pecah air tu, makin memulas perut nie..tak blh nak ceritalah... tulah sakit yang paling sakit sepanjang hisup makSu...huhu...

"Push when u ready" Midwife cakap.

Bila rasa cam bb menolak2 nak kluar tu try jelah push. Ntah berapa kali push. Tak ingatlah plak. Masa nie barulah midwife bg guna 'gas n air'.

Tepat jam 11.45 am selamat lah dilahirkan bb girl ... beratya 3.0kg dan panjang 48cm. Oklah kan, anak Melayu. Keluar ajer midwife trs letak kat dada makSu. Perasaan yang tak dapat nak diceritakan bila baby yang ditunggu selama empat tahun akhhirnya berada dalam dakapan.

Lepas semua dah dibersihkan.. midwife keluar utk siapkan report sblm blh pindah ward. Penat punya pasal..dua newley mom n dad terlena. Mama of courselah sbb penat dan lalok - kes sedut gas byk sgt ni. Papa plak penat sebab malamnya melayan kerenah ibu nak bersalin nie.

Terjaga bila dgr bb nangis. Cepat2 panggil midwife. Manalah tau ada something wrong kat baby. Midwife tanya, dah bagi susu blom?? Rupanya bb lapar... alahai.... sorrilah bb.. 1st experience... lupa la plak nak kasi minum dulu. Hihi...

Malamnya spent first night dgn baby..berdua ajer dgn bb... katil lagi tiga kosong. Tak sabar nak tunggu besok ... nak balik rumah. Maklumlah katil hospital ... tak selesa..tinggi... dan kita kene buat semuanya sendiri. Papa dah selamat beradu kat rumah.

Monday 26 May 2008

Spring Bank Holiday

Salam
Hari ni cuti... sempena berakhirnya spring dan secara rasminya bermula lah summer.

Setiap kali spring bank hol ni, fikiran akan menerawang ke peristiwa dua tahun lepas. Bila secara rasminya makSu menjadi IBU. Saat yang tak mungkin dilupakan sampai bila2.

Merasa sendiri bagaimana mengandung, melahir dan membesarkan anak di bumi asing ini. Kadang2 menitis air mata. Maklumlah takde pengalaman dan orang tua jauh plak. Tapi makSu tak pernah menyesal memilih utk melahirkan Anis di sini... satu pengalaman yang amat berharga...banyak mengajar diri ini berdikari dan menghargai susah-senang mak dan ayah memjaga dan membesarkan diri ini.

Tiga hari lagi b'day Anis... hmmm... not sure what to do. Petang nanti bolehlah ajak hubby pegi cari present utk Anis. Special one utk most important girl.

Sunday 25 May 2008

Tetamu jauh

Salam
Rumah kami dikunjungi rakan2 pakSu. tiga keluarga semuanya yang menyerang.... satu dr Scotland, Nottingham dan Loughborough (baca Labere). Penuh lah rumah yang sekangkang katak nie bila empat famili berjumpa...budak2 aje dah 10 orang. Cukup meriah. rasa macam raya plak.

Anis cukup ceria melayan rakan2nya... cuma bila dah petang tu ... mata pun mula mengantuk dan hal2 yg remeh pun boleh buat si kecik jadi Ratu Air Mata.

Kaum bapa dan anak-anak

Turn ibu2 plak dengan anak2

Bila tetamu dah balik, semua tumbang... kenkonon nak temankan Anis tido..last2 semua tetido kekenyangan :) Entah bila dapat jumpa lagi...mungkin kat M'sia plak

Monday 19 May 2008

Projekku : Hari Keempat & kelima

salam
nampaknya projek stop bf hari keempat dan kelima berjaya. Anis makin berselera makan dan dah nak try makan benda2 yang sebelum nie dia tak nak pandang pun. Lapar lah tu :)

Sebelah malam ajer ada show macam biasa. Tapi show tak lama. Bila dah kene pujuk senyap balik dan sambung tido.

Bila masuk kereta pun Anis dah start nak ddk carseat properly. Kekadang dia nak jugak seat kat belakang dgn mama, tp mama dah stand-by dengan macam2 umpan ~ food n jus. Kalau nak , kene ddk kat carseat .. so berjaya lagi.

Harapnya keadaan nie akan bertambah baik..

Saturday 17 May 2008

Projekku : Hari & Malam Ketiga

Salam
Perkembangan projek, hari ketiga ok ajer.

Sebelah malam plak ada dua sesi. sesi pertama ada mini show sekejap dalam dekat pukul 1 a.m. Mula2 jaga si kecik cari bebe , lepas tu nak si Tubis Lala... then mintak air...dah bawak air, nak milo plak. dah bagi susu suam seboto.. lama2 senyap sendiri.

Dekat pukul 5 a.m skali lagi si kecik ni jaga... bangun ajer dicapainya botol air yg dah siap semalam tu, makSu letak kat bahagian atas kepala dia. Dalam tido2 ayam tu dengarlah jugak si kecik dok mengomel. Lepas tu offer susu. Nak plak. Kene turun lagi skali buatkan susu suam.

Sebelum turun tu siap dapat lambaian miss universe dan flying kiss dari Anis. Sib baik kali nie takde show. Dah dapat susu tue...ingatkan trs sambung tido. Dia galak la plak lompat2 dan membebel sensorang. Kasi bebe nya yg dah dibogelkan semalam seblom tido....mamanya sambung tido. Tapi telinga nie dengar lagilah si kecik dok mengomel dan main2 dengan bebe tue. Ntah pkl brpa sambung tido.

so projek hari ketiga dah berjaya. Ada perkembangan positif sbb Anis dah tak mintak nenen.

Friday 16 May 2008

Projekku : Hari & Malam Kedua

Salam
Nampaknya, projek utk stop bf masuk hari kedua. Dan hasil utk hari kedua amat memberangsangkan. Anis masih bertahan dan mamanya pun masih bertahan. Takde tanda2 breast bengkak. Cuma badan makSu nie rasa mcm nak demam ajer. tak pasti sama ada sbb kilang tak blh keluarkan susu ataupun sbb cuaca yg tiba2 berubah mendung dan hujan mulai semalam.

Sepanjang hari kedua nie Anis main macam biasa. Bila dahaga dia dah mula mintak milo. Jadi buatlah fresh milk dicampur sedikit ovaltine sebagai pemikat selera. Makan plak nampaknya ada perubahan..lebih banyak makan. satu perubahan positif.

Sebelah malam plak, sekali aje jaga. Pukul 12.30 am. Buat show sekejap...turun bawah blh plak tgk tv, sampai lena. habis 3/4 botol susu. Lepas tu tido sampai ke pagi.... alhamdulillah. hari kedua jugak dah success.

Thursday 15 May 2008

Rambutan

Masa kat pasar semalam, singgah kedai siam nak cari kicap... sambil tu cari stok lain jugak. Selalunya kat situ ada jugak jual dau pegaga, bila bukak peti air tu nampak rambutan la plak. Satu peket £5.

Sekali fikir mahal la plak... kalau convert ke RM nie dah RM35 ~ ada lah dalam 18 biji. kat pasar borong ni dah boleh dapat satu bakul besar agaknya.

Huhu..fikir punya fikir...beli jelah... bukan selalu pun nak ada kat sini. kalau kat kampung boleh makan free ajer... makan sampai kembung perut.

Projekku : Malam Pertama

salam
Update ... malam pertama projek nak stop bf nampkanya berjaya. Sebelum tido dah kasi Anis makan banyak2 dan minum sebotol fresh milk dicampur sedikit ovaltine. Tido lah sang puteri dgn btl susu kat mulut.

pukul 4 pagi, jaga cari nenen. Kesian pun ada.. jadi dah nak bagi .... bila dia tgk tt tu trs stop dan tak ajdi 9maybe teringat kaler merah tu). Senyap ajer...tapi tak tido. Mama pun offer milo (ovaltine). So..utk pertama kali dalam hidupku bangun tengah malam buat susu utk anak.

Minum dekat 3/4 botol lepas tu sambung tido bila dah kene tepuk2 sket. Sampailah ke pagi.

Alhamdulillah.... satu hari dah berjaya.... so... NEXT.

Projekku : Hari Pertama

salam
Hari nie ... hari pertama mulakan projek baru... projek nak stop breast-feed Anis. Perasaan bercampur-baur... ragu2 dan agak sedih. Maklumlah dari hari pertama Anis lahir sampailah sekarang... kalau lapasr kilang susu nilah yang dicarinya. Tapi keputusan harus dibuat. Anis pun dah nak masuk dua tahun tak lama lagi... Lambat laun nak kene berenti jugak.

Apa yang jadi keraguan mamanya ni bukan apa... Anis ni kurang makan. Kadang2 makan biskut aje. Yang lain larat dgn susu ni lah. Jadi keputusan nak berenti bf ni agak berat walaupun dah lama nak mulakan.

Mula2 pagi tadi letak nescafe kat tt.. tak jalan plak...selamba ajer dia nyonyot. So tengah hari ubah strategi... ikut nasihat my mom... letak food coluring kaler merah. Bila dia tgk ajer trs dia cakap "eeeeee" dan berkali2 bila nak hisap trs tak jd bila tgk kaler merah tu masih ada.

Jadi tghari td , tidolah sang puteri buat pertama kalinya tanpa menyonyot tt. Kesian bila tenung muka dia. I'm sorry dear....



Bila bangun tido lps tue.. Anis mintak nenen lagi... tp trs tak jd bila tgk kaler merah tue. So mamanya bg makan benda lain... banyak jugak makannya. Separuh hari nie dah dikira berjaya... sesi malam hari tak tau lah camner... just wait n see.

Makan2

Salam
Berkunjung ke London baru2 nie... sempat singgah dan merasa masakan yg disediakan di Cafe Bonda. Sebelum ni dengar cerita aje, jadi kalau tak try sendiri tak tau betul ke tak cerita2 yg disampaikan. Selalunya kalau ke kota London nie mesti nak singgah Restoran Mawar... rupanya dekat2 ajer dua-dua restoran nie.



Salah satu menu pilihan... sup ekor... yum2.... mmg sedap. Tapi sikit sangatlah supnya... tak cukupsatu mangkuk. Terpaksa tambah tom yam plak. Takde yang istimewa tomyam nya... bak kata pakSu "macam yang mama masak kat rumah ajer" huhu

Panas terik plak hari tu jadi penekalah plak teh ais... mmg rasa mcm minum kat warung di m'sia. Oklah Cafe Bonda.. next time blh try nasi campur atau menu lain plak. Ntah bila lagi nak ke sana.

Thursday 8 May 2008

Hot hot day

salam
minggu nie dah terasa macam summer plak ... over 24 c everyday... basuh baju pun sekejap ajer kering, sampai dah tak tau apa nak dibasuh.

Anis macam biasalah ..asyik ajak main kat luar ajer... panas2 nie tak elok plak main kat luar... sbb panas kat sini tak macam panas kat m'sia. very heating...sampaikan terasa macam terbakar kulit tue.


Apakah kita nie tergolong dalam golongan manusia yang tak tau bersyukur?? Bila sejuk... mengeluh sejuk sampai ke tulang. Bila panas... mengeluh jugak... entahlah.

Wednesday 7 May 2008

Shopping, Windsor & makan2

Weekend yg baru lepas nie cuaca berubah2....sabtu tue panas ajer... ahad plak sejukkkk dan Isnin pagi semalam hujan...bawak ke tengah hari.... lepas tue panas sampai ke petang. Oh ya...semalam cuti. Selalunya kalau cuti bank holiday... aktiviti jalan2 ronda kedai, maklumlah selalunya banyak sale. Tapi malas plak nak ronda kedai..sebab balik2 beli baju Anis jugak.

Sabtu ~ ke Windsor ... lama dah nak tengok Windsor Castle, kediaman Queen Elizabeth. Plan nak keluar pukul 9, tp mcm biasalah... tersasar sampai 9.30 pg. Tu pun blh keluar awal sbb pakSu yang buat breakfast, jd makSu siapkan sang puteri. Sampai kat sana dah tengahari... kene beratur panjang plak... dekat setengah jam (rasanya lebey) baru dpt beli tiket. Next time kalau nak ke mana2 attraction yg famous nie kene beli tiket online lah.

Pusing2 istana, mood sang puteri nak bergambar pun baik. Sebahagian kawasan tak boleh masuk, maklumlah kediaman queen kan... polis pun dok kawal kawasan tue. Ingat nak naik boat menyusur River Thame..tapi tak sempatlah bila tgk jam dah pkl 4 pm.. nnt lewat plak sampai rumah.

Tempat tinggal Queen of England

Aiskrim DiRaja ~ £2 satu

Ahad ~ Aktiviti pagi macam biasalah ke carboot sale. Dah jadi aktiviti tetap sejak tiga tahun lepas... kalau takde carboot dalam satu minggu rasa macam tak lengkap hari minggu hihhi... Lps tue balik rumah prepare something utk petang nanti...ada tetamu jauh nak bertandang...kawan2 sekerja pakSu yang sedang berjuang di medan perang hahaha...

Tiga keluarga semuanya yang muncul...nsb baik masak lebih. Bila lama tak jumpa tu macam2 lah yg diborakkan. Kanak2 ribena pun riang-ria main. Bayangkan lima kanak-kanak ribena jumpa... riuh rendahlah rumah jadinya. Anis seronok sangat, maklumlah dah lama tak jumpa Fatih, Fawwaz dan Kak Anis. Tambah lagi sorang geng, Kakak Sofea. Paling seronok Baby main dukung2 dengan Fatih. Bila semua dah balik...sedeylah plak dia.

Anis & Kawan-kawan

Isnin ~ Hari ni ada jemputan majlis bbq bufday party geng Anis yang kedua. Anis enjoy sangat jumpa kengkawan. Bestnya makanan... makan sampai penuh perut. Tu pun rasa nak makan lagi..tp dah takde space nak sumbat.

Leka main dengan Haris & Syifa

Friday 2 May 2008

Selamat Hari Pekerja

Salam
Kalau kat mesia , hari nie cuti umum... khas untuk semua pekerja... kat UK nie , tetap bekerja... cutinya di posphone ke hari Isnin. Memang dah jadi kebiasaan kalau public holiday jatuh pada tengah minggu maka ianya akan ditunda ke hari Isnin. Sebab tu di panggil 'Bank Holiday Monday'. Cuma untuk Krismas dan New Year aje cutinya ikut tarikh.

Kat UK nie tak banyak bank holiday... berapa kali ajer setahun. Yang ada cuma :
~ Easter dan Spring Bank Holiday (hujung Mac)
~ May B.H (awal Mei)
~ Spring B.H (hujung Mei)
~ Summer B.H (hujung Ogos)
~ Christmas & New Year B.H (hujung thn lah)

Selain yang tersenarai kat atas, takde dah public holiday tak kiralah birthday Queen ker, National Day etc. Malaysia jugak yang bagus... banyak betul cuti. Asal cuti aje mesti nak balik kampung.

Kepada semua pekerja... selamat menyambut hari pekerja... lepas dah cuti nie masuk opis wat keje dengan lebih semangat lagi k. Bagi yang bekerja tak bergaji macam makSu nie pun kene lebih produktif lagi lah nampaknya sebab askar sorang kat rumah nie semakin aktif.