Tuesday 31 March 2009

Baby Aina dan kak Anis

Saja nak letak pic Aina... berat Aina skrg 6kg... kalau masa awal2 dulu Aina selalu jadi mangsa cubitan 'sayang' Anis... sekarang tak lagi.... kak Anis tak cubit Aina dah lepas mama cubit pipi dia plak tiap kali dia cubit dan tarik pipi Aina. Kalau Anis pukul Aina, mama pukul tangan kak Anis balik... bukan pukul bebetul... pukul nak mengajar!! Lelama dia tak buat lah...



Kat mana ada Aina, kat situlah ada kak Anisnya... mengekor aja kejenya.... kalau mama bawak Aina masuk bilik, Anis pun akan ikut masuk bilik. Kalau mama pegang Aina dan duduk atas kerusi, Anis pun akan duduk atas kerusi yang sama. Kekadang penuhlah atas riba mama dengan dua anak dara ni.

Kalau mood Anis baik, dia akan nyanyikan lagu 'tepuk amai-amai' sambil pegang dua2 tangan Aina dan buat2 tepuk... atau kak Anis akan alunkan subhanallah & zikir syifa' (dia panggil zikir anak betung) sambil tepuk2 badan Aina. How sweet!!




Malam-malam pun senang nak jaga Aina... paling kerap pun dua kali Aina akan jaga mintak susu. Sekarang Aina hanya minum susu formula bila kat rumah pengasuh. Kalau mama sempat, mama akan bekalkan breast milk.




Kak Anis plak ... tiap2 hari akan tanya.... 'esok nak pegi mana?'

Sehari tak tau berapa kali dia ulang soalan sama sampaikan mama dgn papa dah penat nak menjawabnya.

Semalam, kak Anis borak dengan adik Ainanya... tergelak sensorang mama mendengarkan dialog dia tu ...

'Adik, ni kakak (sambil tunjuk tangan ke arah diri sendiri)... esok kak Anis nak gi skolah.... adik duduk rumah ummi kiah dengan mama.... papa pegi keje'

Panjang lagi ler dialog dia tu... mama pun tak ingat dah ayat2 seterusnya...

Salah sorang kawan mama mempunyai anak yg nama Anis jugak... dia bgtau yang bdk nama Anis ni banyak tanya dan cakap. Memang terbuktilah banyak cakap... cm sekarang kami tertanya2... adakah Aina pun akan ikut jejak langkah kakaknya yg potpet tu?? Tengoklah lagi setahun baru dapat jawapannya...

Tagged ~ Five

kene tagged dgn Izu ... lama dah... dah byk kali try jwb tp tiap kali post mesti failed... huhu

What were you doing 5 years ago?
  • 2004 ~ tryed to conceived ... bulan 10 terbang ke UK ikut cik abang...

What were the 5 things on your to do list today?
  • macam biasa basuh kain baju, lipat n iron
  • sapu lantai
  • shopping
  • update blog ;)
  • tidur tanpa gangguan (mungkinkah terjadi?)

What are the snacks that you enjoy?
  • burger special
  • kek coklat dgn cream
  • kopok lekor
  • megi
  • murtabak hajah halimah (kat kb je ada k)

What are 5 things that you do if you were bilionaire?
  • Beli rumah yang selesa
  • melancong
  • shopping (duit bykkan, time ni le nak membeli barang2 idaman)
  • Bukak bisnes n melabur
  • Simpan le sket... kalau dah abih nak makan apa plak nanti??
What 5 jobs you’ve had
  • Research assistant
  • Cikgu
  • Cleaning assistant
  • MLM
  • housewife

Who are 5 person you want to tag?
  • Nobody.... memandangkan tag ni dah lama dan rasanya ramai yg dah jwb... jd anda semua terselamat....

Monday 30 March 2009

Award & kenapa jin suka merasuk org melayu

Salam... walau pun banyak keje, daku tetap nak update blog kui kui...

Award drpda kengkawan... lupa plak sapa yang meng'anugerah'kan award2 ni (kalau tak silap izu, catlina n mama 3H) kalau ada sesapa yg bg award yg sama ni silalah nyatakan yer...... dah lama aku save kat lappy ni... so terima kasih kepada kengkawan yg passed award yg chumels ni kat aku...






So skrg aku nak pass le award2 kat atas tu kepada rakan2 yg lain... walaupun tak pernah bersua muka, kalian dah jd rakan aku... so jangan malu... sila ambik yer....

****************************************

Skrg aku nak share cerita drpd email yg aku dpt.... kalau yg darah penakut tu kene kuatkan semangat le seblom baca kisah ni... so enjoy reading.....

Kes ini berlaku betul di ruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri di salah sebuat sekolah di Selangor. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India.

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan (jin) semasa insiden tersebut.

Apabila berlaku kejadian tersebut, seorang bomoh telah dijemput untuk menangani kejadian rasukkan ini. Bomoh itu hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang didapati "berlegar-legar" di asrama, dan kenapa mereka selalu merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu, terutamanya pelajar Melayu.

Ketika sampai di lokasi, bomoh itu pun terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan mentera. Selepas itu, bomoh itu pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Dikhabarkan bahawa mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Bomoh tadi tetap kuatkan semangatnya, lalu dia pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" "Kenapa gadis Melayu sahaja yg jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan....Tak Menarik Hati Tiada Memikat" "Kalaulah Memang Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh Tak Mungkin aku MERASUK..." "Aduhaiiiii..........."

So, terpulanglah samada anda semua mahu mempercayai cerita ini atau tidakk....hehehehehe

Jangan marah daaaa....

Friday 27 March 2009

Haloo everybody... I'm still alive!! Anybody missed me?? Cewah!! Macam ramai peminat plaks.

Oklah nak cerita sket... lepas habis je exam PTK 19/3 hari tu, kitorang terus bertolak ke KB... konon nak terus non-stop... tapi tak berjaya jugak perancangan awal... waktu maghrib malam tu kitorang baru jejak Trengganu... jadi kalau nak teruskan perjalanan mau 5-6 jam lagi... mau tengah malam baru sampai KB. Jadi, kitorang stop dan bermalam kat Kijal jer... jadual kat KB macam biasalah... bergilir2 tido rumah hubby dgn rmh aku... sib baik dekat jer... hari Isnin kitorang dah bertolak semula ke JB... dan sampai dengan selamatnya... abbis ler kisah percutian di Kota Bharu.

Co-pilot main baring2 kat seat depan sambil minum susu
dah bosan dok kat depan... last skali dia datang memenuhkan ruang kat blakang plak



Anis bukan main seronok lagi dapat jumpa nenek2 dan sepupunya.... Aina pun ada geng jugak. Sapa lagi kalau bukan Fatah... diorang ni beza 3 minggu jer... kalau nak tgk gambar Fatah dgn Aina masa diorang dalam pantang sila ke ---->> sini . Masa baru lahir Fatah ni beratnya 2kg++ jer... sekarang.... tu dia..... punyalah semangat. Lagi skali Aina balik Klantan... sure Aina kalah dah...

Aina & Fatah ... baby in da house



Aina skarang dah masuk 3 bulan 1 minggu... dah 100 hari ... alhamdulillah setakat ni Aina sihat walafiat... takde sakit2 lagi. Berat dia... 6kg... dah pandai borak dengan kak Anis... kak Anis makin seronok, pantang Aina bangun aje dari tido, mesti nak mintak main dengan Aina. Dia suka sangat bila Aina tegur2 dia... walaupun pakai bahasa urdu... Ni aku nak tunjuk pic terbaru Aina... tadaaa...


Dah boleh meniarap... dengan bantuan mama (hihi)



Akhir skali... saja nak bagi uoals cuci mata... tudung2 hasil borongan aku kat KB. Enam daripadanya aku beli kat satu kedai... budak yang jual tudung tu siap tanya aku, 'akak beli utk jual ke , atau pakai sendiri'. Sindir ke pertanyaan ikhlas tu?? Mestilah aku beli untuk pakai sendiri... kecuali yg kaler krim tu je aku belikan utk kawan aku.


Daku tetap setia dengan tudung bawal....



Tadi baru balik dari ronda2 kat Pesta Konvo UTM... sempat sambar t-shirt Upin&Ipin utk Anis. Dalam banyak2 gerai... ada plak gerai CElcom ... memang aku tunggu sangat le kot2 ada promoter yang datang sekat kitorang... skali ada sorang mamat tu, datang, promote Broadband... aku dgn hubby apa lagi... komplen le psl servis yg slow n mcm2... dia plak siap cakap, abang upgrade le ke servis yg lagi laju... nak laju apa... kitorang bayar RM98 sebulan tau. Kalau ikutkan yg tu paling laju ler... Budak tu ckp lagi, maybe area rumah kitorang ni coverage kurang... apa plak kurang, tahun lepas ok jer... adik aku yg kat KB pun komplen benda sama. Dia pun diam. Kekadang tgh syok aku dok chatting boleh plak dc... sakit jiwa tau!! Kesian plak budak tu, tak pasal2 kene sembur dgn kitorang.

Ok lah... selamat berhari minggu utk kalian. Terima kasih bebanyak bagi geng yg tag dan bg award... akan ku tampal kat sini kendian yer... berantung pada kelajuan tenet di kawasan aku ni.

Wassalam.







Tuesday 17 March 2009

Dua hari lagi....

Salam...

Adui... sakit jiwa memikirkan blog yg tak bleh nak log in ni... hari ni apa mimpi ntah dapat le plak... Pernah skali penat je aku taip pepanjang jwb tag, skali fail le plok.... huhu.... ok lah aku tak nak le membebel bebanyak...

Dua hari lagi aku nak duduki PTK... wish me luck guys ... aku tak study maut... beli set soalan dan je... kalau sempat bukak buku blh le aku study sket... tapi tiap kali aku bukak buku je, ada aje panggilan dari peminat2 kecil aku ni... harap2 aku lulus le kali ni, jd tak pyh repeat lagi next time ...

Dua hari lagi aku nak balik kampung... yippi.... abih je PTK nnt kitorang trs bertolak ke Klantan... pasti nenek2 dan tok ayah dah rindu banget kat cucu2 dia yg chumels ni... aku dah beli empat pasang kain utk bg kat makcik aku jahit... dan ambik yg tiga pasang aku tinggalkan hr tu... boleh la aku shoping tudung skali :)

Okeylah...wish me luck key, dan selamat dalam perjalanan nanti. Jumpa lagi....

Friday 13 March 2009

Tagged ~ my 1st pregnancy

Here you go moms - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!Let's see how much you remember!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
No, tapi lama jugak le tunggu baru nak pregnant.

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
Of coz....

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Tergamam.

4. HOW OLD WERE YOU?
27

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
masa gi jumpa nurse sbb demam, nurse tu srh buat pregnancy test... so resultnya positif.

6.WHO DID YOU TELL FIRST?
Hubby ler... boleh plak dia tak caya bila aku bgtau.

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
masa anis tak nak tau, nak seprise le konon, masa aina siap tanya lg misi masa scan.

8. DUE DATE?
25 Mei 2006

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
29 Mei 2006

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.0 kg

11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Alhamdulillah takde...

12. WHAT DID YOU CRAVE?
Takde...

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Takde jugak....

14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
A girl

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?Never...terima setiap anugerah itu seadanya

16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
lebih kurang 14kg...

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
No...

18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
No bby shower...so nor lar for above questions

19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Alhamdulillah dari awal sampai akhir semunya ok...

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Walsgrave Hospital, Coventry (skrg dah tukar nama...pnjg sgt tak ingatlah)

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
4 jam...

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My hubbylah... takde sesapa lg nak bwk...maklumlah jauh dr famili

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Hubby dgn dua midwives.

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Natural

25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Pain killer (apa nama ntah dah lupa), selain tu sedut gas jer....

.26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER/
Anis Syafiqah

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
2 thn 9 bln

Monday 9 March 2009

Cuti Maulidur Rasul kami

Sekejapnya cuti... esok dah nak kene bangun pagi balik... huhu... nak buat camno... nak duit kenelah gi keje... takde sapa nak bagi kita duit kalau tak berusaha... Kami tak sempat nak bercuti-cuti m'sia... cuma merewang kat shopping kompleks menghabiskan duit adalah :) Lagipun tak best jugak nak bejalan, maklumlah Aina kecik lagi... tunggu dua-tiga bulan lagi baru sedap sket nak berlibur...

Pic kat bawah ni ambik masa kat mama chop papa grill... saja nak try steak kat situ... best la jugak... tapi tak boleh diamalkan selalu... banyak kolestrol!!! Harga pun boleh tahan jugak... sesekali bole la nak ubah selera...kalau tiap2 hari, mau kempis beg duit. Aku ada snap pic steak tu, tapi memandangkan blog ni sekejap ok sekejap ko, aku pun naik nyampah le plak nak masukkan gambar... so layan gambar Anis jelah yer ;)


Posing sambil gigit fries....

Ahad plak... kami ke La Stella Water Theme Park, untuk memenuhi hajat si anak yang teringin nak swimming. Bayaran masuknya RM 15 bg dewasa sebab weekend. Kalau pegi hari biasa kene RM10 je. Gambar kat bawah tu, kak Anis tengah bersedih... nak tau kenapa?? Sila ke sini -->> klik


Huhu... daku didera....


Friday 6 March 2009

Mana nak pegi ye?



Cuti panjang hujung ni nak pegi mana ye?? Maklumlah bukan senang nak cuti berderet gini...

Macam nak cuti2 M'sia tapi blom buat keputusan lagi destinasinya. Anis asyik dok ajak nak pegi hotel... nak swimming. Amboi... macam le hotel tu blh duduk free.

U all plak apa plan? Selamat berhujung minggu.... n bercuti....

Sunday 1 March 2009

Apa perasaan anda bila....

  • punyalah susah nak dapatkan parking ... sampai je kat atm machine tertera... OUT OF SERVICE (kene plak time tu kat beg korang ada dua hengget ajer)
  • punyelah semangat nak tgk tv... tetiba tertera... SERVICE CURRENTLY NOT AVAILABLE (Astrok lah )
  • bila nak surf tenet jer keluar display OPS!! THE PAGE APPEAR BROKEN!

Dua contoh terakhir tu membuatkan aku rasa nak gi 'bom' kompeni tu... kita bukan ambik service free... bulan2 bayar (walaupun pitih laki aku)... kalau tak buat bayar bil korang...pitih tu boleh buat beli benda lain tau! Jadi buat kompeni yg sediakan servis tp amat le tak memuaskan hati ni...silalah pertingkatkan servis anda!!!

Akhir kata ; sabar itu separuh daripada Iman...