Monday 30 March 2009

Award & kenapa jin suka merasuk org melayu

Salam... walau pun banyak keje, daku tetap nak update blog kui kui...

Award drpda kengkawan... lupa plak sapa yang meng'anugerah'kan award2 ni (kalau tak silap izu, catlina n mama 3H) kalau ada sesapa yg bg award yg sama ni silalah nyatakan yer...... dah lama aku save kat lappy ni... so terima kasih kepada kengkawan yg passed award yg chumels ni kat aku...






So skrg aku nak pass le award2 kat atas tu kepada rakan2 yg lain... walaupun tak pernah bersua muka, kalian dah jd rakan aku... so jangan malu... sila ambik yer....

****************************************

Skrg aku nak share cerita drpd email yg aku dpt.... kalau yg darah penakut tu kene kuatkan semangat le seblom baca kisah ni... so enjoy reading.....

Kes ini berlaku betul di ruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri di salah sebuat sekolah di Selangor. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India.

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan (jin) semasa insiden tersebut.

Apabila berlaku kejadian tersebut, seorang bomoh telah dijemput untuk menangani kejadian rasukkan ini. Bomoh itu hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang didapati "berlegar-legar" di asrama, dan kenapa mereka selalu merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu, terutamanya pelajar Melayu.

Ketika sampai di lokasi, bomoh itu pun terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan mentera. Selepas itu, bomoh itu pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Dikhabarkan bahawa mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Bomoh tadi tetap kuatkan semangatnya, lalu dia pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" "Kenapa gadis Melayu sahaja yg jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan....Tak Menarik Hati Tiada Memikat" "Kalaulah Memang Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh Tak Mungkin aku MERASUK..." "Aduhaiiiii..........."

So, terpulanglah samada anda semua mahu mempercayai cerita ini atau tidakk....hehehehehe

Jangan marah daaaa....

3 comments:

♥Cik Puan♥ said...

hahaahha lucu betul la....jin pun pndai no...heheheh

Mrs. Ishamizu said...

Wakaka..kuang asam punye jin..lawak sguh.:D

Fauzan Che Harun said...

hahahahaha....tekun tau ct baca...tup tup gitw ending nye...haih...gigit kang!


ct