Friday 25 September 2009

Kembali ke bandar

Salam...

Salam aidilfitri untuk semua... seminggu kat kampung... tiba masa kembali ke bandar plak. Gambar raya akan menyusul di entry berikutnya. Cuma tak banyak gambar yg diambik. Selalunya beratus2 gambar sampai tak larat nak edit, kali ni dua puluh keping pun tak sampai. Penyakit apa ntah menyerang, malas plak nak ambik gambar.

Ingatkan bila balik kat kampung, bleh le rehat sket... rupa2nya dak kecik Aina taknak dgn orang la plak. huhu... mama hilang sket mulalah memanggil.... selain tu, nak kene bg perhatian penuh, kalau tak... semua benda nak kutip masuk mulut.

Anis plak dengan kerenahnya ... tak nak pakai baju raya, taknak ambik gambar, taknak salam, taknak raya bla bla bla.

Raya kedua, Anis dgn Aina start selsema. Raya ketiga, hubby start sakit perut, raya keempat, aku plak sakit perut. Raya kelima... kami sekeluarga selsema, batuk, demam. Tambah lagi satu penyakit baru utk Anis... kene asma. Kesian menengoknya... lembik, tak nak makan, taknak minum susu.

Raya keenam (Jumaat), berangkat semula ke Johor.

Tuesday 15 September 2009

Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri untuk semua rakan pengunjung blog ini... sama ada yang dah lama kenal atau baru kenal walau tak pernah bersua muka. Bagi yang nak pulang beraya kat kampung tu pandu dengan cermat... semoga selamat sampai ke destinasi.

Raya tahun ni agak excited sebab dah lama tak merasa suasana raya bersama keluarga. dah lebih excited sebab kali ni beraya berempat plak. Mana lah tau, kot2 tahun depan dapat beraya berlima plak.

Tak boleh lama2... banyak lagi nak dibereskan. Selamat menyambut kehadiran Aidilfitri. Maaf zahir & batin.

Saturday 5 September 2009

8 September datang lagi

Salam.

September datang lagi, dan pastinya tarikh 8 september sentiasa dinantikan. Pada tarikh tersebut aku dgn hubby disatukan. Pada tarikh tersebut genaplah tujuh tahun kami bersama mengharungi suka duka, pahit manis. Tujuh tahun yang penuh dengan memori dan pengorbanan... tujuh tahun bersama ... dikurniakan dua puteri yg comel.

Tahun ini kami dapat hadiah yg amat bermakna ... segugus kunci rumah. Akhirnya setelah berbulan menanti, akhirnya rumah idaman dah menjadi milik kami yg sah. Rabu lepas dah ambik kunci. Bila nak masuk rumah, belum tau lagi... harap2 tak ambik masa yg lama. Maklumlah, rumah tu nak kene bayar, rumah sewa pun nak bayar jugak. Boleh sengkek kalau berbulan2 nak bayar dua rumah dalam satu masa.

Pasal persiapan raya plak... takdelah shopping sakan. Biskut raya aku tempah dgn kawan2 ajer, dan beli yang dah siap. Takdelah beria-ia nak buat sendiri. Lagipun sejarah lepas2 dah terbukti, yang aku ni takde 'patak siput'.

Setakat ni anak2 dah ada baju kurung dua pasang sorang. Nak beli byk2 pun, kot2 nanti deorang dapat baju sponsor dr mak2 sedara plak. Lagipun, kat mall skrg ni ramai btol ler orang menyoping. nak selit kaki pun tak selesa. Tak tau le kalau pegi pepagi buta... mungkin puas hati nak membeli. Masalahnya, pagi2 anak2ku belum bangun lagi.Kalau tak sempat shopping jugak, terpaksalah guna 'Plan Emergency'. Camne tu?? biarlah rahsia hihi...

ok lah. Selamat meneruskan ibadat puasa.