Sunday 26 July 2009

Minggu ini

Salam...
dah masuk bulan syaaban ni... u all dah abih ganti posa???
Jangan tunggu saat akhir mcm thn2 lepas ... takut tak sempat... hihi


Dua-dua tengah makan biskut 'marie'
Aina dah habis dua keping, Anis plak satu pun tak abih lagi



Aina skrg makin lasak...





Kalau u all perasan, rambut Anis dah kontot. Aku le tukang guntingnya... kejadian secara tak sengaja berlaku hari ni...

Citernya camni... semalam beli baju baru utk Aina, so aku pun ambik le gunting utk potong tag kat baju tu, lps tu letak atas drawer dlm bilik. Tengahari tadi masa semua org dok berehat kat ruang tamu, aku prasan Anis takde. Selalu kalau dia senyap aje tu mesti ada le yg dia tgh selongkar kat dalam bilik. Cam biasalah aku panggil nama dia... tanya dia tgh buat apa.

Lps tu dia jawab, "Anis gunting rambut ni"

Terus terlompat aku!!

Masuk bilik tgk rambut2 dia berselerak kat lantai. Bila aku lurut kat kepala tu, jatuh lagi rambut dia. Ya Allah... takut jugak kot2 tergunting telinga atas dia buat fesyen G.I.Jane... hihi

Bila aku check kiri kanan blkg depan ok ler... masih boleh diselamatkan. Cuma , Anis ni tak bleh marah, nnt dia taknak serah diri lagi haru... tak sanggup nak bawak anak daraku dgn fesyen saloon nak tutup. Aku cakap kat dia, biar mama potong bg cantik yer...dia pun ok ajer... nak la plak, siap demand nak pendek macam Aina.

Lepas pusing kiri-kanan akhhirnya selesailah. Walaupun takdelah cntk macam potong kat saloon tp oklah... skrg tak pyh susah2 nak ikat rambut si Anis ni. Sebenarnya dah lama aku dgn hubby dok kecek Anis utk potong rmbt, tp dia taknak. Aku pun taknak paksa, sbb pernah skali masa aku berkeras nak gunting rmbt dia, dia punya tepis tu sampai luka jari terkena gunting. So ... dah setel lah satu masalah.

Itu ajelah yang nak aku cerita hari ni.

Thursday 23 July 2009

Award lagi...

Salam...
sekarang ni agak tak berkesempatan nak update blog... ada2 aje halangannya

kepada kengkawan yg ada bg tag tu mintak maaf bebanyak ler.. aku ada try jwb, tp bila nak update je failed... so simpan-punya-simpan sampaikan aku pun tak jumpa dah nak cari balik sumbernya...

Anak2 aku plak tengah batuk skrg... Aina siap selsema lagi... dah tu susah plak nak makan ubat... tu yg lambat nak hilang batuk. dalam dok batuk, selsema tu... makan tetap berselera... satu hari tiga meals ok. bila dukung memang terasa beratnya...



Gambar kat atas tu aku ambik semalam atas permintaan Anis, dia jumpa tudung aku tu ntah mana2... pakai lepas tu mintak pakaikan tudung kat Aina plak. Dan dengan relahati bagi kebenaran utk ambik gambar dia... tu yg senyum sampai ke pipi... Aina plak masam sebab kene paksa pakai tudung dan tak kasi bukak tudung tu. Dua kekanak dengan ragam masing2... yg mengisi hari2 aku... award yg tak ternilai dariNya.

Ok... aku nak pass award2 kat bawah ni pada semua yg ada dalam list aku... aku ambik merata2 amjlis anugerah ni (hihi... femes ke aku ni?)... dr blog meen, kak Aimi, mama 3H, Fateen dan aku pun dah tak ingat (s0ri ye tuan punya award, saya lupa nak save nama )...







Apa tunggu lagi... angkut ler bwk balik...

Thursday 16 July 2009

Aku masih di sini

Takde gambar terbaru... yang lama pun bleh la... sekadar menunjukkan bahawa tuan empunya blog ni masih wujud hihi...


Kalau jumpa coklat, dia tak pandang kiri-kanan...




Siapa yang sepatutnya duduk kat 'walker' tu??
Selalunya beginilah keadaannya....



Baby Aina yang kesedihan...
Takut kene tinggal sebenarnya...
Lebih2 lagi kalau tengok mama dah siap pakai tudung...



Sorang kkontrol ayu... sorang lagi tak segan silu nangis...



Deorang ni pakai baju kurung sebab nak memenuhi jemputan
ke kenduri akikah rakan mama

Tuesday 7 July 2009

Aku dan hidupku...

Salam...

alooo everybody... rindunya nak update blog. Kali ni lama plak blog ni dibiarkan bersawang. Kesuntukan masa, maklumlah dah masuk setengah tahun ni macam2 keje yg datang. Maklumlah jadi kuli, apa yg boss arah suruh buat, kita buat ajelah... janji cukup bulan gaji masyuk.

kadang2 bila ada masa nak update, idea plak hilang... ni pun dah takde idea nak citer apa... layan gambar anak2 ajelah yer...


2A... nampak tak gigi Aina 2 btg kat bawah??
Deorang ni kalau kene timing boleh pening pala mama nak melayan
karenah deorang berdua serentak




Anis tengah kemaruk main stroller ...
siang malam dok tolak benda alah nie




Aina ~ makin manja dan pantang ditinggalkan sorang2
mulalah nangis ~ tu penat sangat main , lps dia nangis dan mama
buat tak layan.... last2 lentok sendiri