Thursday 29 September 2011

Al-Fatihah Buat Bonda...

Assalamualaikum....

Tanggal 24 September 2011, kira-kira jam 9.50 malam... ibundaku nan tercinta, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir... dijemput menemui Penciptanya..... di usia 66 tahun.

Sebagaimana sukar untuk aku menerima hakikat ibuku disahkan mengidap 'Multiple Myeloma' (cancer of the plasma cells in bone marrow) dua bulan lalu... begitu juga dengan hati yang pedih aku menerima kehilangannya pada malam itu.

Jam 10 pagi, jenazah dimandikan... dengan bantuan semua anak perempuan, menantu dan adik2 ibuku.... sejam kemudian arwah sedia untuk dikafankan. Kali ini hanya anak2 perempuan arwah yang membantu.

Selesai dikafankan, saat2 terakhir sebelum di bawa ke masjid.... kami mengucup arwah sepuasnya... bergilir-gilir.....kali ini air mata dah tak tertahan... kulihat airmata ayah, abang, adik dan semua yang hadir... sampai saat ini... wajah terakhir bonda masih melekat kemas difikiran ini ....dalam balutan kain kafannya....

Menjelang tengahari... segala urusan solat jenazah dan pengkebumian telah selesai....

Bersemadilah bonda di sana dengan aman....... Kami akan merinduimu....

Al-Fatihah....


Pusara bonda

*** to be continue***


Thursday 15 September 2011

Anis ~ Chicken pox plak

Assalamualaikum....
Belum sempat buat entry raya.... balik je dr KB minggu lps, Anis kene chicken pox. Hari Isnin masih sempat gi sekolah, petangnya bila Anis ngadu sakit, mama tgk kat badan dia dah penuh bintik2 berair... terus bwk gi klinik.

Sekarang ni dah masuk dua minggu Anis 'cuti' sekolah... cuti yang formal, tapi kat rumah masih rajin menulis, mewarna, membaca etc. Hujung bulan depan nak exam, harap dia blh cover pljrn yang tertinggal kat kelas....


Get well soon dear.

Thursday 8 September 2011

9

tarikh 8 September genap 9 tahun bersama... 4 thn berdua.... 2 tahun bertiga.... 3 tahun berempat.... berlima? belum lagi.... bukan kami yg menolak, cuma rezeki yg blm ada... Sesungguhnya Dia yg lebih
mengetahui...





*** dek kesibukan msg2... tahun ni x sempat nak beli hadiah, kad @ celebrate... cukup sekadar ingatan.... (kalau PM nak bagi bonus lagi bg jgk, bleh gi oversea ;)