Sunday 27 November 2011

Pembuka selera di Tahun Baru...

Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua pengunjung blog ni yg beragama Islam... tingkatkan ibadat dan ikhlaskan niat kerana Allah...

Sesekali layan budu ni best jgk... walaupun lepas tu, jerawat berlumba2... apa salahnya makan makanan tradisi ni kan?

bak kata seseorang, "kalau tak mkn budu pun, jerawat jugak"

Saya suka yang simple ajer... letak ikan bakar tawar, perah limau nipis dan sedikit cili dah cukup. Cicah dgn ulam... tak perlu lauk lain dah.....


Alhamdulillah rezki utk hari ni....

btw... layan dikir barat khas tentang budu ....

Saturday 26 November 2011

Baby puding roti

bila dok terperap kat rumah 24 jam ni, macam2 rasa nak makan... so dok google sana sini tertarik le dgn kecomelan puding ni... cara membuatnya pun simple sangat (sgt sesuai bg org yg malas masak tp nak makan sedap memanjang macam I ni)...





~ My baby tengah menggayakan baby bread pudding ~




Baby Bread Pudding ( sumber : seripayaku.blogspot )

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding
  • mangkuk muffin - disapu majerin
  • (boleh kurangkan gula kalau tak suka manis, gula icing tu pun I tak tabur)

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan (lebih kurang 20 minit - suhu 180).
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an

Tuesday 22 November 2011

... dan cuti skolah pun bermula...

18. 11. 2011 hari terakhir sesi persekolah 2011.... mcm biasalah bila hari terakhir semua gak sibuk menyelesaikan segala urusan kat sekolah sebelum masing2 bercuti.... dan macam biasa jugak kalau hari terakhir skolah mestilah ada makan2 ala-ala potluck gitu...


Esoknya Sabtu 19.11.11 ada majlis anugerah cemerlang kat tadika Anis. seronok tgk kanak2 tadika buat persembahan.... yg tak blh blah tu aku dapat hadiah cabutan bertuah plak... tak pernah2 bertuah .... syukur2....




Nak kat cuti pun blom blh betul2 cuti lagi sbb kena bertugas mengawas SPM plak.... sampai pertengahan Disember.... lepas tu br blh cuti betul2.... hmmmmm.... minggu terakhir Disember dah berderet senarai mesyuarat yang kena hadir.... itu dah rutin setiap tahun selagi bergelar guru....




Hari Ahad 20.11.2011.... bawak ayah dan adik aku (yg dtg bercuti2 malaysia kat sini) jalan2... pegi Puteri Harbour tgk kapal.... dan makan2 kat Gelang Patah.... masakannya mmg sedap... Restoran Yeo... lain kali blh gi sana lagi..............


Monday 7 November 2011

Jelly Oren

Assalamualaikum...

lama dah tak main masak2.... maklumlah dah lama tak menjenguk blog masak-memasak... utk menghilangkan keboringan, saja ler menjelajah blog2 kengkawan... nampak plak jelly oren ni kat blog kak Hajar.... nmpk cam mudah jer.... so.... ini leh hasilnya....

*
*
*
tadaaaa....




Resepinya :

Jelly Oren

6-7 biji buah oren
1 paket (10 gm) serbuk agar2 perisa oren
100 ml jus drpd perahan buah oren
900 ml air
1/2 cawan gula - boleh tambah ikut manis yg disukai & bergantung kepada kemanisan/kemasaman perahan jus oren tadi
sedikit pewarna kuning (boleh omit)


Cara memasak :
1. Cuci bersih buah oren dan belah kpd dua
2. Keluarkan isi oren daripada kulitnya (hati2 supaya kulit oren tidak terpecah)...ketepikan kulit oren tersebut
3. Ambil jus drpd isi oren yg dikeluarkan tadi dan ditapis, jadikan sebanyak 100 ml
4. Didihkan agar2 bersama-sama air hingga agar2 larut
5. Masukkan perahan jus oren dan juga gula, kacau sebati
6. Masukkan sedikit pewarna kuning, rasa kemanisan yang dikehendaki, if ok...angkat
7. Letakkan kulit oren dlm ramekin kecil/cawan/acuan lompang etc. agar kedudukannya stabil
8. Tuangkan agar2 tadi ke dlm kulit oren, sejukkan dlm peti ais dan potong sebelum dinikmati...


nota kaki :
* saya guna 1 paket agar-agar strips kaler kuning, jd tak pyh letak pewarna dah
* sukatan air sama
* isi oren yang dah dikeluarkan tu saya masukkan sedikit ke dalam agar2 supaya nmpk lebih 'real' :)


Selamat mencuba....


Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha....

Buat semua, Muslimin dan Muslimat.... selamat menjalankan ibadat korban... walau di mana anda berada.....




Kuih raya segera



*** Tahun ni mcm tahun2 seblum jgk, Aidiladha tak balik kampung.... sadisnya... tapi lagi bertambah sadis sebab terpaksa beraya bertiga dengan Anis dan Aina jer.... sayunya bila dgr takbir raya..... utk mengubat kedukaanku ini, masak2 sket dan ajak kwn2 terdekat yg sama2 tak balik kampung....


*** Suamiku nan tersayang beraya jauh nun di seberang laut..... pandai-pandailah jaga diri di tempat orang.... anak2 dah mula bertanyakan papa.... kami semua merinduimu...


*** Kakakku nan seorang tu pun beraya kat sini jgk. Tahun2 yang lepas dia beraya kat rumah mertuanya nun di Mersing sana... tahun ni nak ubah selera beraya di rumah sendiri... dapat ler kami tumpang sekaki....


*** Nun di KB sana, adikku yg bongsu buat pertama kali menyediakan juadah raya... tinggal berdua je dgn ayahanda... moga mereka tabah tanpa suara riuh kami.... cucu-cucu yg lain pasti dtg memeriahkan suasana....

Tuesday 1 November 2011

HMF Disease


Dua minggu lepas, Aina diserang virus HMFD ( hand, foot and mouth disease). Tak tau dari mana dia dapat virus ni..... mula2 dia demam, lps tu Aina mengadu ada ulser dlm mulut. Bila belek2 badan Aina, ada bintik2 merah dekat tangan dan sekitar kaki... bawak gi klinik doktor bagitau sakit dia.... risau jugak sbb pernah dgr bbrpa kes yg serius jgk dek penyakit nie....

beberapa hari jugak ler dia tak makan dan minum. Susu pun tak nak minum dek penangan ulser dalam mulut tue.... naik risau jgk kami.... maklumlah dia ni kan pantang nampak makanan , semua dia NGAP. bila tak makan/minum ni takut ler plak ... kang tak pasal2 berkampung kat wad. Berat badannya dah turun... pipi yg kembang tu dah susut sket.

Bila ulser dlm mulut tu dah reda, br Aina nak minum.... tapi nmpk ler dia mcm takut2 nak makan.... tapi sekarang dah kembali sihat............... selera makannya pun dah kembali....... tu yg mkn tak hengat.... kes balas dendam la nih.

Utk info lebih lanjut berkatan HFMD ni blh rujuk sini.....





Aina : Hi u ols... jgn takut nak dekat dgn I, I dah sihat k?!