Thursday 30 April 2009

Tagged ~ 2 in 1

Tagged by Syasmeen

TAG NO 1 ---> TUGASAN HARIAN...????


1) bila terakhir anda cuci toilet?
Petang semalam

2)pencuci apa yg anda guna?
Harpic dan fabuloso

3) dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
Tengok keperluan... kalau aku rajin (dan terpaksa) sampai empat kali... kalau takde sebab2 yang mendesak ckp dua kali seminggu

(
4) apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
Mandikan kekanak yg dua orang tu... kutip semua baju yg nak dibasuh dan sumbat dalam mesin basuh... on mesin basuh

5) apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Nasi+sardin dan telur dadar

6) minuman selalu anda buat waktu pagi?
Milo 3 in 1 atau nestum

7) sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?

Kalau dulu aku suka membaca ... skrg... kalau sempat aku update blog ler



********************************************************


TAG NO 2 ---> BADAN ANDA....

1) berapakah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?
Berat = <50kg>
4) berat yg paling rendah yg pernah anda dapat?usia anda ketika itu?
47-48kg ... beberapa tahun lepas

5) anda pernah sertai program pelansingan?
NEVER... (ikut ayat kak Aimi)

6) apakah diet yg anda ambil untuk memiliki berat anda yg paling rendah?
Kurangkan makanan berlemak

7) apakah yg menyebabkan berat badan anda naik mendadak?
Mengandung...

8) apakah target anda untuk kurus selepas ini?

Kalau boleh, nak lupuskan sket lemak2 kat bahagian pewut nie...

9) miliki gambar anda dulu dan kini?
Mestilah ada...


10) sila upload...

hmmm... sori... aku tak letak gambar aku kat blog
jangan marah... (kalau sapa2 tak kenal aku lagi blh ke fp aku)

Tamat sudah sesi menjawab tag minggu nie...
Aku taknak tag sesapa sempena Hari Pekerja ni semua diberi rehat ;)
Sesiapa berkelapangan dan rasa nak buat tag ni dipersilakan...

Tagged ~ 1st Time I Saw You

Tagged by Diana

Rule #1:Letakkan gambar anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..


(1) Anis


(2) Aina




Rule #2:
Letakkan butir ini :

Nama penuh : Anis Syafiqah
Nama Panggilan : Anis, kakak, acikuling,
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 29 Mei 2006
Tempat Lahir : Walsgrave Hospital, Coventry
Berat Lahir : 3.0 kg
Cara Kelahiran : Normal

Nama penuh : Nur Aina Syahmina
Nama Panggilan : Aina, Nana, Baby
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 18 December 2008
Tempat Lahir : Kota Bharu Medical Centre
Berat Lahir : 2.9 kg
Cara Kelahiran : Normal

Rule #3: Apakah harapan korang pada anak ini..
Semoga deorang berjaya suatu hari nanti dan jadi muslimah yg solehah

dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti...
dan KENAPA..?
Terpulang kepada minat dioranglah, asalkan halal.

Rule terakhir....Mau tag siapaaaa?
Sapa2 yang ada anak dan belum jawab tag ni lagi....

Tagged ~ Lima ... lagi

Hari tu dah jawab satu tag pasal lima benda... sekarang kene tagged lagi dengan Diana plak... aku try jawab ler... hentam ajelah labu....


Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:
1. Notebook
2. Handphone
3. Barang kemas
4. Dapur moden
5. Seorang Khadam

Alasan terhadap pilihan tersebut:
1. Macam2 boleh dibuat dengannya
2. Hp skrg dah umur 5 thn lbh... sesekali buat hal tak nmpk apa2 kat skrin
3. Biasalh org pompuan... suka melaram
4. Barulah bersemangat nak masak macam2
5. Boleh aku perintah buat semua keje... muahaha

5 impresi terhadap orang yang diminati:
1. Loving
2. Caring
3. Daring
4. Pemurah
5. Misteri

5 perkara hebat yang pernah dilakukan:
1. Beranak (dl2 kalau sebut je beranak ni aku ckp takut, tup2 dah dua orang selamat keluar dari perut aku ni)
2. Bawak dua nyawa dalam rahim aku ni (perasaan ms baby bergerak tu tak dpt nak digambarkan... best jer)
3. Berkahwin (rasa pelik je bila muka penuh dgn mekap & malu sgt bila semua mata pandang kat kita jer)
4. Survived kat negara asing (aku rasa bangga sgt dgn diri aku, sbb seumur hidup aku tak pernah bercakap dalam b.i walaupun ms belajar, tp aku boleh plak borak2 dgn org2 putih bila aku tinggal kat UK dl dan diorang faham apa yg aku cakap) hihihi...
5. Drive sendiri pegi keje (bila hubby takde ... terpaksalah drive sendiri... sesudah subuh aku dah kluar rumah - punyalah penakut - nak elak kereta banyak punya pasal)

5 ciptaan yang paling disukai: (tak semestinya teknologi)
1. Kamera
2-5. No idealah nnt le aku tambah lain kali

5 perkara yang dibenci:
1. Orang potong barisan (dan dia buat muka selamba badak ajer)
2. Cakap tak serupa bikin
3. Asap rokok
4. Masuk tandas awam yg busuk, kotor, flush rosak dan tersumbat (yuck!!)
5. Makanan tak sedap setelah menunggu punyalah lama utk order tu sampai kat kita

now nak tag:
1. Yan
2. Farah
3. Mama 4H
4. FadhilahRosley
5. Siti a.k.a mama haris & Aisyah

*** sila abaikan sekiranya dah kene

Wednesday 29 April 2009

Tagged ~ Gambar Profile

Kene tag dengan Syasmeen , senang aje tag ni...

1. Letak kan gambar profile anda


2. Terangkan apa maksud gambar itu?
Takde apa2 maksud.
Gambar ni diambik semasa majlis jamuan raya tahun 2007 kat Coventry



3. Kenapa pilih or letak gambar itu?
Saja jer... sebab masa mula2 create blog ni takde gambar yang dirasakan sesuai
Gambar ni nampak macam simbolik gitu
(ala-ala syok sendiri lah... peduli hapa... blog aku, aku punye suke lah mua haha)


Skrg turn aku plak nak pass tag ni pada:
Azrin, Izu, Yan, Emmy, Fateen


** dah buat tu angkut sekali award kat bwh ni ye sebagai ganjaran**
Kene jawab tag dulu baru bleh angkut award, tak bleh ngelat yer


Tuesday 28 April 2009

Vitamin & LHDN

Ingat lagi tak entry kunjungan kitorang ke MSAM?? Beberapa hari lepas tu skali lagi kitorang ke sana... bukan nak melabur...tp nak borong suplement dgn vitamin. Yang best tu, beli satu beg, dapat free satu beg... senget la jugak bahu tukang bawak beg2 tu... hihi... semua dapat bahagian masing2, kecuali Aina je (blom cukup umur) lepas ni kene rajin2 makan vitamin yer...



Atas : Yang dibeli
Bawah : Yang dapat free...




Macam2 hadiah free yg kitorang dapat, drpd vitamin c, uphamol, vitamin E, ubat sapu, buku nota kecik dan besar, penanda buku, pen dll. Beg pun dapat jugak... tapi takde dalam gambar.... beg2 tu malu plak bila nak ambik gambar.




*******************************************************


Hari ni, aku dengan hubby dengan bersemangatnya ke LHDN nak submit borang cukai (blom ada e-pin) ... lagi pun wesite LHDN punyalah jem skrg ni (petanda ramai sangat yg dok buat taksiran saat akhir) ... nasib baik dah print borang awal2 lagi.

Sampai kat sana dalam pkl 2.30 ptg... mak aiii... ramainya... sib baik tak bawak kekanak... tup2 bila tanya petugas kat kaunter tu kat mana nak submit borang, dia taknak terima. Kalau nak hantar borang kene melalui pos. La.... pulak dah... punyalah lama tak buat taksiran ni sampai tak tau plak sistem borang ni dah tak diterima kat kaunter.... hihi... so, borang tu pos ekspress ajer lah ke pusat. Nasib baik hari ni bertindak, kalau 30hb tu br nak gi submit... teruk jugaklah.

Jadi.... tahun depan kene buat e-filing ler... dan pastikan jangan tunggu saat akhir...

U all dah submit ke blom?


Sunday 26 April 2009

Berita baik....

Cuti bersalin lebih awal

KUALA LUMPUR 25 April - Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.

Bagaimanapun, ia akan ditolak dari jumlah cuti bersalin 60 hari yang diperuntukkan kepada mereka.

Peraturan baru itu berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April.

Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira daripada hari mereka melahirkan anak tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital, klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.

Ketua-ketua jabatan hendaklah memastikan kemudahan cuti bersalin yang diambil lebih awal itu direkod di dalam buku perkhidmatan pegawai berkenaan, menurut pekeliling itu. - BERNAMA

(dipetik drpd Utusan ~ 26 April 2009)




**************************************************************


Alhamdulillah... terima kasih kepada kerajaan yg prihatin dengan kebajikan kakitangan wanita yg bakal melahirkan anak... walaupun cuti awal 14 hari je (dan kene tolak plak yg baki 60 hari lepas bersalin tu), dikira memadailah buat masa ni. Diharapkan kerajaan terus menerus menjaga kebajikan kakitangan wanita yang tak mengira penat lelah menjalankan tanggungjawab terhadap kerjaya.

Sekurang-kurangnya kita boleh pilih nak kerja sampai le saat nak ke bilik bersalin atau nak cuti dan berehat kat rumah. Maklumlah orang mengandung ni macam2 ragam... ada yg bernasib baik sihat ajer sepanjang mengandung tu, ada yg masa ngandung tulah dapat macam2 penyakit... tak masuk lagi bab sakit pinggang, sakit belakang, sakit kaki, mabuk2, darah tinggi etc. tambah plak bila dah di penghujung kehamilan tu... memang memerlukan rehat yang cukup (terutama bg yang dah ada anak... balik keje nak melayan kerenah anak dan memenuhi tanggunjawab kat rumah plak)....

Kalau di negara luar, contohnya UK, kakitangan yang mengandung diberi peluang untuk menikmati cuti bergaji penuh selama 6 bulan (3 bulan sebelum bersalin dan 3 bulan selepas)...dan boleh lagi nak sambung cuti tanpa gaji plak selama 6 bulan lagi untuk menjaga anak.... aku harap satu hari nanti semua wanita bekerja di negara ini akan menikmati 'maternity leave' macam ni tak kiralah sektor awam atau swasta pun.

Kat negara kita pun dah diperkenalkan cuti menjaga anak sejak 2007.... Bagi rakan2 yang tak tau lagi (atau tak sedar), lepas habis cuti 60 hari tu bole h lagi kalau nak sambung duduk kat rumah... tapi kene ambik cuti tanpa gajilah. Sila rujuk kat sini ------>>> Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007

Oklah... marilah kita sama2 bercuti..... jom buat anak kui kui kui (macam nak buat anak patung plak) Just joking!!! jangan marah... nanti kene lelong



Gambar hiasan ; Anak... anugerah yang tak ternilai....

Friday 24 April 2009

Sila pakai 'seatbelt' anda....


Mula-mula.... steady ajer.....






Bila dah lama... dia start nak bangun dah.....




Dan akhirnya.....




Nasib baik ada seatbelt... kalau takde seatbelt memang kompem tertonggeng ke bawah le Aina... duduk kat buai tu sekejap ajer... dah start nak bangun... seingat aku, Anis masuk umur 7 bulan baru start bangun dari seat tu.... dan peringatan jugak .... SAFETY FIRST... sila pakai seatbelt tak kira di mana berada....

Thursday 23 April 2009

Detik Rasulullah SAW dijemput Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi
itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.


Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu..

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi... "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan... "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.



*************************************************************************************************************


Semalam berlaku ribut dan angin yang agak kuat... siap ada bunyi lagi bila angin bergesel dengan pintu.... dan bunyi tu agak kuat dan menegakkan bulu2 roma aku... nasib baik hubby ada kat rumah... kalau waktu tu tinggal aku dengan anak2 ajer... harusku tido dengan bantal melekap kat telinga.... kejadian berlaku dalam pkl 11 lebih... sampaikan pintu bilik air kat dalam rumah aku pun boleh tertutup sendiri hasil tiupan angin daripada luar tu.

Aku risau jugak le bila tengok ke luar tingkap, pokok2 bergoyang dengan kuat... takut jugak kot2 ada pokok tumbang atau sampah sarap dibawa angin ... tambahan plak rumah aku ni kat depan kawasan lapang... selepas angin kencang tu, hujan lebat... alhamdulillah takde kejadian buruk berlaku.

Terdetik di hati, kalau angin yg sekecil itu boleh menimbulkan satu perasaan gerun, bagaimana agaknya akan kita hadapi detik2 kehancuran alam ini nanti (itu pun sekiranya umur masih lagi panjang)??

Oh... amalanku untuk ke sana sudahkah cukup?

Wallahu'alam.

Wednesday 22 April 2009

MSAM 09






Salam...
semalam kami ke Minggu Saham Amanah Malaysia bersebelahan dgn angsaNa ... saja nak meninjau kot2 ada peluang menambah duit ;) Agak besar tempatnya... siap bere-e-kon lagi walaupun dibuat bawah khemah ajer.... agak penat jugak kaki dan telinga mendengar penerangan agen2 berkaitan saham amanah ni... masa dok meronda tu plak 2A tido... syoklah sket bejalan...


Air mineral ni dapat free aje...



Di samping tu ada jugak gerai2 yg menjual barang lain dgn harga murah mcm vitamin, pizza, Brands etc. Air mineral ni dapat free ajer... tiap kali berenti dengar penerangan agen2 kat situ dapat le air free... di samping tu setiap pengunjung akan dapat beg free, dan kalau buat pelaburan akan dapat le hadiah2 free yg lain. Kitorang just jalan2 dan dengar2 je, jadi dapat beg free ajelah.



Jumpa la plak dengan si Chikky dan Pizza ni... Anis tido la plak...


*** woppp... tak nampak la plak muka Aina




Sebelum balik sempat le borong beberapa produk vitamin... dah beli tu dapat lagi free mcm2 vitamin dan ubat.... besh besh... so hari ni anak2 aku terpaksalah jadi model vitamin plak...



**** Sila abaikan air mulut Aina tu yer...
dah terliur sangat nak makan vitamin tu agaknya ;)

Saturday 18 April 2009

Roni...

Beberapa hari ni , Anis asyik mintak aku masakkan roni (singkatan utk makaroni)... selalunya aku buat sup kosong ajelah... dia makan makaroni ajer... Hari ni dia mintak makaroni lagi... memandangkan stok makaroni dah habis, aku masakkan yg spiral le... buat sup sayur sket. Dah siap masak, hidang dalam dua mangkuk, satu untuk dia, satu untuk aku. Lepas tu, aku gi tengok Aina sekejap... Bila datang balik.... aku punya dah jadi taman sayuran plak.....



Atas : Aku punya ~ spiral taman sayuran





Bawah : Anis punya ~ hanya tinggal spriral sahaja...
manyak pandai ini budak....






Tak besh plak kalau entry takde pic kekanak .... hari ni Aina dah genap 4 bulan.... dua2 anak aku tengah selsema skrg, Anis siap muntah la plak kat rumah babysitter... tapi kalau bawak gi mall sihat walafiat la plak ;)








Malam ni ada majlis maulidur Rasul kat taman aku ni... pentas ceramah betul2 depan rumah aku.... aci tak kalau aku dengar ceramah tu kat dalam rumah ajer... time makan baru kuar.... hihi...



Khemah tetamu... kat belakang sana jamuan makan


Bukti... pentas ceramah depan rumah

Anis dengar ceramah dari bilik tidur ajer....

Wednesday 15 April 2009

Someone need my attention too





Gempak tak tajuk??? Kui kui

Ni aku nak story-mory tentang anakanda aku yg nombor 1 ni... sapa lagi kalau tak si Anis.

Semalam, aku balik lambat... jadi badan pun dah penat... tambah plak breast dah rasa bengkak semacam... jadi bila jumpa Aina apa lagi... sama-samalah kami melepaskan rindu-dendam.... Aina plak baru lepas minum susu kat rmh bbsitter, so dia minum skt jelah. Malam plak lps maghrib aku dah sama2 baring dgn Aina sambil nak nyusukan dia lah... sampai le aku sendiri yg terlelap... ntah sapa yg lelap dulu, aku ke Aina??

Tetiba... datang le sorang budak kecik ni... mintak nak tgk movie ... so aku srh dia cr sendirilah movie apa yg dia nak tgk (memandangkan masa tu aku btol2 dah lena...jwb dalam mamai ajer). Lepas Anis gi cari cd movie yg dia nak tgk... dia datang lagi dekat aku... siap bawak cd tu dan ambik tangan aku ... letak disc tu kat tangan aku mintak aku pasangkan (padahal dia memang pakar lah setakat nak pasang cd kat player tu).

Mama : Ala... Anis pasang sendirilah... Aniskan pandai.....
Anis : Mama pasanglah... Anis tak pandai... mama pandai....


Lahai.... dalam mamai tu bangunlah jugak, pasangkan disc tu ... movie 'Bee' , lepas tu aku siapkan skali tempat lepak dia... sambung tido.

Tak lama lepas tu Anis datang lagi... sayup2 dengar dia mintak susu plak.

Mula2 aku buat dek ajer... nak tengok apa riaksi dia... tiba2 aku rasa muka dia btol2 rapat kat muka aku, sambil mulut kecik dia tak henti2 dok ngomel 'nak susu, nak susu'.

Bila aku celik mata, dia siap salam lagi tu... aduh.... rasa bersalahnya....

Lagi skali bangun, dan kali ni Anis dgn happynya ikut skali ke dapur. Lepas buatkan susu utk Anis, aku pun banch skali susu utk hubby n diri sendiri. Lps tu, kononnya nak tido.

Anis yg tak tido lagi tu datang lagi... nak baca buku la plak... layan le kejap dia baca buku... lepas tu tutup lampu dan paksa dia tido..



**********************************************

Semasa aku dok buat entry ni, Anis dgn Aina ada kat seblah nie... Anis minum susu, Aina baring seblah dia... skali aku pusing... laaaa.... dah lentok la plak... patutlah sunyi ajer...



Kakak dah tidolah.... Aina takde geng nak borak ....
Mamalah mangsanya




Panjang la plak ceritanya... apa yang aku nak sampaikan... kanak2 pun pandai macam2 cara nak tarik perhatian kita... sayangi anak anda, nanti dah tua besok, anak2lah tempat kita menumpang kasih.

Ops... jangan lupa, bapa si kanak-kanak pun perlukan perhatian jugak.... ;)

Monday 13 April 2009

Aktiviti weekend

Salam... hari ni balik keje membawa ke malam black-out... huhu... tensen... kesian Anis dgn Aina ... tido dalam kepanasan...hujan lebat la plak petang td (mcm nak banjir depan rmh aku), siap kilat dan petir... bahang panas tu kuranglah sket... jadi sebab dah boring dok rumah, kitorang keluar le jenjalan kat luar, siap dinner skali. Balik rumah dekat pkl 9pm br ada karen. Oklah drpd kene bergelap dan berpanas sepanjang malam...

Ok... hbs cerita psl hari ni, ni nak cerita psl weekend kami... minggu lps kan aku sakit mata... lama la plak mc... hari sabtu tu berjalan la sampai ke Tebrau City... saja nak meninjau 2cO... TesCo & JusCo... dua pasaraya ni letak seblah menyebelah ajer... memandankan kitorang pun bukan nak shopping sakan... cuma nak cuci mata aje, jd dua2 tempat ni boleh singgah.

Kat tesco, Anis layan makan nasi ayam ... aku try western food... hubby layan nasi la... overall, blh dikatakan food kat sini tak menepati piawaian kitoran... semua tawar jer... Lepas dah kenyang, kitorang gerak ke Jusco plak... kat sini agak pening skt nak cari parking, anak panah kat bawah tunjuk arah lain, sinboard atas tunjuk arah berbeza... pandai2 driverlah... asal tak sondol kereta orang dah kira selamat lah tu... Window shopping je... Anis seronok sgt bila dapat msk toys 'r' us... sampai tak nak balik plak...



Atas : Gaya ddk kat troli

Bawah : Anis tetap peminat setia nasi ayam




Hari Ahad...

kami jenjalan kat Angsana, aku nak cari purse baru... yang lama dah mula koyak la plak... maklumlah dah empat thn lebeh pakai... kalau nak diikutkan, dah tiga minggu aku dok survey purse nni, sampailah baru jumpa yg btol2 berkenan... yan paling tak sangka tu dr y harga 200, jadi 100, last skali sambar yg 20++ jer... ops... di sampins tu sempat sambar dua pasang baju kurung siap.. tak pyh susah2 nak beli kain dan hantar ke tailor...

Lps abih shopping kene la jamu perut plak... singgah makan kat Imano's... milik bumiputera... menyajikan western food... best.




Bagi Aina minum kenyang2 seblom mama plak mengenyangkan perut sendiri



Anis paw air papa ... ice lemon tea



For him ~ Lasagne, spagetti bolognes & coleslow


For me ~ Bubur ayam ~ besar gedabak mangkuk dia,
bandingkan aje dgn tangan Anis kat seblah tu


Seblum terlupa, kami jugak menerima tetamu dari Batu Pahat. Lama dah tak jumpa Syifa n co. Baik aje main si Anis dgn Syifa...maklumlah dah lama tak jumpa... ada masa nanti kami ke BP plak.



Susahnya nak tangkap ambar tiga anak dara ni...
semua tak pandang kamera serentak.

Untuk melihat aksi2 kekanak ni sila ke blog mereka kat sini ye...

Sekian.

Friday 10 April 2009

Award dan tag


Gumbiranya hati dapat award yg cute ni drpd kak Aimi. Aku kenal kak Aimi ni sejak zaman fp, membawa ke blog plak... suka tengok kak Aimi punya editing semua cun... skrg dah jadi bisnesswoman plak... kalau nak tempah kek boleh tempah dengan dia kat ---->>sini.... ok sambung cerita award td... nak angkut award ni ada la plak syaratnya... iaitu....

5 perkara yg lawak + poyo + sengal + mengong + xbleh nk blah & sewaktunye dgnnya yg pernah berlaku dlm hidup anda..

Aku cuba jawab lah yer... ntah senal ntahkan tidak...

1. Aku pakai tudung terbalik pegi skolah.. punyalah berangan sampaikan tak sedar la plak dah terpakai tudung tu terbalik. Sedar2 je dah sampai skolah... dah le nak sampai ke skolah tu siap naik bas skolah bagai... tu pun geng aku yang tegur... cepat2 lari gi toilet betulkan tudung huhu... saham dah merudum 70% hari tu aje

2. Pakai stokin tak sama kaler... satu pink satu purple... masa tu ada tetamu nak datan rumah... aku pun relaks jelah bersiap... skali diorang bleh sampai awal plak... kelam-kabutlah .... dalam nak cepat tu main capai ajelah stokin yg ada depan mata... lepas tu elok je gi layan tetamu... sambil borak terpandang kat kaki... alamak... daku dah tersalah partnerkan stokinku... dah tu buat slamber dek jelah....

3. Korang pernah tak tersalah topik bila nak join org borak??? Ada skali... ada tiga kawan aku tengah borak... aku yang baru datang ni kenkonon nak menjampuklah... lepas tu diorang macam terdiam sekejap... lepas tu sambung borak balik... barulah daku sedar yg daku ter off-topic... huhu... mana nak cover malu nnih... blah aje lah...

4. Ini kisah ms aku study dl... time tu nak balik kampung ms cuti semester,... slalu aku naik bas Transnasional dr JB-KB... bas akan stop kat hentian Machap... sampai kat sana aku nak kene call member aku... tak sedar la plak terborak lama... ingatkan baru lima minit... bila aku letak gagang tipun (masa tu sengkek lagi blom mampu pakai hp) drebar bas dah tunggu kat blakang... rupa2nya semua penumpang dah naik kecuali aku sorang jer... bila aku naik semua tengok semacam ajer... sib baik dalam bas tu suram jer... kalau terang benderang sure boleh nampak muka aku yang dah bertukar kaler 'pink'. Sejak peristiwa malam tu aku mesti pastikan aku dah ready dalam bas 10 minit seblom bas gerak.


5. Yang ni aku paling tak dapat nak lupa... hari pertama kat rumah MIL aku dah buat rekod buruk bangun pukul 7pg... sikit punya tak sedar.... bila jaga aje org lain dah riuh duk basuh periuk gulai... nak buat camnor... badan dah penat giler dengan preparation kenduri belah keluarga aku dan utk majlis menyambut menantu... huhu...

Ok... skrg turn aku nak pass award ni pada 5 orang yang bertuah... dan jangan lupa jawab tag ni skali...


Selamat berhari minggu...

emm cee

Hari ni hari kedua aku mc... esok kene msk kejelah... Anis dengan Aina aku tak hantar rumah pengasuh deorang...

Ingatkan bila mc ni blh la kemas rumah... penyudahnya... nan adooo... semalam merupakan hari tido bagi aku... mana taknya... lepas makan ubat ... mata ni mengantuk yang amats....

Hari ni aku ambik kesempatan bermalas-malasan lagi skli dengan me-make-up blog aku ni dari pagi td (sebab tulah ianya ditutup kepada penunjung buat seketika) ... buat sementara inilah hasilnya... blog aku berwajah baru... nak tunggu masuk rumah baru ntah bila baru dapat, memadailah cat blog dulu... ;)





*** gambar tiada kaitan dengan cerita di atas....

Wednesday 8 April 2009

Sakit mata

Start petang Isnin mata rasa lain macam... gatal-gatal plak. Lepas letak eye-mo pun still gatal. Kalau teruk nak ambik mc pd selasa... tapi ok plak mata tu... cuma rasa tak selesa ajer. Lagipun hari ni cuti, jd kalau aku mc semalam macam sesaja la plak nak cuti panjang... nnt boss pandang serong plak.

Memandangkan hari ni cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, makanya boleh la bangun lelambat skt. Tapi disebabkan dah biasa bgn awal pagi, pkl 5.45 pg dah sedar secara otomatik. Bila tengok mata belah kiri ni, masih lagi merah... huhu... nak kene gi klinik jgk le ptg ni... lagi lama tangguh takut la plak makin teruk... yang paling aku taknak, sakit aku nni berjangkit kat anak2 plak... nanti sapa yang susah?? Akuuuuu jugak.

Sunday 5 April 2009

Makan free & makan bayar

Salam

Dah masuk April... bulan ni agak sibuk... walaubagaimanapun, masa untuk famili kene diperuntukkan jugak...

Antara aktiviti minggu ni, ke kenduri kawin rakan setugas suami... kami pun dah lama tak makan lauk kenduri dan makan free gini. Tapi suasana nya tak samalah macam makan kat kenduri kat kampung...

Tak sempat pun nak bergambar dengan pengantin, masa kitorang sampai pengantin blom sampai lagi, bila pengantin dah sampai... of coz lah mempelai bz melayan sanak sedara dan bersanding etc. Jadi sblm tetamu makin ramai, kitorang cabut dulu... balik rumah... titon.



Ini bukan pengapit... tetamu yang tak nak dipotretkan


Hari Ahad, dua2 kekanak ni bangun lambat... maklumlah hari2 biasa awal pagi dah kene angkut pegi rumah pengasuh... diorang pun ambik canlah bergolek2 atas katil tu sampai pkl 10.30... bila semua dah ready kitorang gerak ke Jusco Bukit Indah... sesaja nak ubah angin... aku teruja jugak nak ke sini lps tgk entry kak Aimi ms dia dtg JB cuti skolah hari tu... memang bestlah jenjalan kat sini... ruang nak jalan pun luas... takdelah asyik langgar vontot org jer bila jalan. hihihi...

Dah penat jenjalan, kenelah cari port nak makan plak... pusing2 jumpa Nando's la plak... apa lagi...dah lama benar tak pekene nando's ni... jom serang.....


Aina turut enterprem walaupun tak bleh makan lagi...
Sabar ye dik...


Ini untuk aku...kongsi dengan Anis


Anis rasmi dulu....abih fries tu dikorek isinya


Itu ajelah cerita cuti hujung minggu kami... Walaupun tak gi jauh, senang hati tengok anak2 happy. Sekurang2nya kami dah dapat satu lagi port utk shopping...