Saturday 10 March 2012

Cuti sekolah

Salam... cuti dah tiba..... macam biasalah, setiap kali nak cuti , hari terakhir persekolahan merupakan hari yg paling sibuk. Semua benda nak kena bereskan, baru blh bercuti dgn aman.

Apa nak buat masa cuti nnt ye? Hmmmm... planning macam2.... especially nak mengurus dan menyusun atur semula dalam rumah. Tunggu dan lihat je nanti sama ada berjaya atau tidak.

Pertama skali saya nak qadak balik tidur yang tak cukup dan kembalikan tenaga....


 ***************************************************************************************

Saja dok godek2 album lama.... tetiba terjumpa gambar ni..... hati jadi sayu.... arwah mak tgh sediakan 'pais ikan' masa cuti hujung tahun 2010.  Masa ni arwah dah lama tak masuk ke dapur.... bila anak-cucu pakat balik arwah mak gagahkan diri turun padang... menu terakhir yg aku jamah hasil tangannya.... nasi kerabu.



Miss her so much..... walau datang 1000 pengganti... takkan sama dia yang melahirkan kita ke dunia.... Al-Fatihah utk arwah mak.

Sunday 4 March 2012

Aktiviti February

Salam...

update pelbagai aktiviti sekolah sepanjang bulan feb thn ni... tak ikut kronologi ye...

  • Ceramah 'Teknik Jari Sifir' ... 

  • atihan kebakaran - ada taklimat & tunjuk cara teknik menggunakan alat pemadam api 




  • Sambutan Maulidur Rasul 
Makcik2 cleaner tgh merewang
 

Sebelah malam ada tahlil dan makan sop
~ anak2 cikgu yg hadir ~
 

Ceramah Maulidur Rasul
 

  •  Tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran peringkat zon 

  • yang ni bukan aktiviti sekolah, tapi aktiviti hubby... bengkel apa ntah... kami sekeluarga ikut skali... hilangkan kepenatan di Desaru....  si kecik ni pakai lawa2 sbb blk dr desaru nak pegi majlis kawin....

Sepanjang minggu ni berlangsung Minggu Anti-Dadah... ada mcm2 aktiviti termasuk pameran, kuiz & saringan ujian air kencing utk mengesan pljr yg terlibat dgn dadah. Setiap pagi kene nyanyi lagu anti dadah...

Anis dgn Aina plak tgh tak sihat... Anis sihat Aina sakit, Aina dah sihat, Anis plak sakit... dugaan....

Lagi seminggu je sekolah.... dah tak sabar nak cuti.... takde sebarang rancangan lagi, nak rehatkan badan dan fikiran je.... penat sangat dah ni...