Saturday 28 February 2009

Bila anak dara pandai melaram

Anak dara aku yang sulung ni dah besar rupanya....


Dah pandai nak melaram... pakai bedak, liptik, perpume... kalau aku bersiap... dia mmg akan ikut sekaki... perhati dan tanya itu ini...





"Mama buat hapa?"

"Mama, mama pakai hapa?"

"Mama, kak Anis nak pakai jugak... boleh?"


Macam2 yang ditanya sampaikan kekadang tak terjawab plak ;)


Balik keje petang semalam... disebabkan penat yang amats... aku lepak2 atas katil dgn Aina... terlelap sekejap. Dalam sedar tak sedar aku nampak le anak dara yang lagi sorang ni tgh spot-check handbag aku. Lepas tu aku trs ting tong. Bila aku jaga lagi skali nampak dia dok berbedak...elok ajer dok pegang compact powder aku , dok tenyeh span tu sambil tgk cermin. Pastu aku ting tong lagi skali.


Skali lagi bila aku sedar, Anis dah ada atas katil. Nampak kat area mulut dia merah... macam darah. Jatuh ke dia??? Cepat2 aku bangun ... belek muka dia dekat2.... masyaAllah... liptik aku...



Tu dia... abih liptik mama satu batang dikejekannya... kene beli baru le huhu

Friday 27 February 2009

Award dan Tag

Dapat award lagi... daripada Yan jugak... tq Yan, next time kalau ada bagi lagi ye ;)




Jadi... award ni diperpanjangkan (ada ke perkataan ni?? Lantak lah, bukan nak masuk exam karangan BM pun) untuk semua rakan dan pengunjung blog ni. Sila...sila... jangan malu-malu.
Dah dapat award, dapat plak tag... Yan jugak yg passed kat aku... tq tq... arahannya :
Copy the questions below. Simply use the first letter of your name/nickname as your answer for each questions. You can't use any answer twice and don't use your own name for questions # 3 & 4. After you're done, tag 10 people.
1. What is your name? Fauziah
2. A four letter word: Fire
3. A boy's name : Fauzee
4. A girl's name : Fifi
5. An occupation : Fireman
6. A color : Fuschia- It is a type of pink- very bright... (baruku tau ada banyak kaler start dgn huruf F)
7. Something you wear : Face mask (boleh terima tak?)
8. A type of food : Fruits
9. Something found in the bathroom : Fragrance
10. A place : Finland
11. A reason for being late : Fulus tertinggal boss! Kene patah balik. ;)
12. Something you shout : Fuyyoo!!!
13. A movie title : Finding Nemo
14. Something you drink : Fanta (dulu2lah, skrg dah tak minum fizzy drink)
15. A musical group : Fun Boy Three
16. A street name : Free Street (belasah ajer)
17. A type of car : Ferrari
18. A song title : Five Little Monkeys (klik utk dengar lagu)
19. A verb : Fishing

Fuh ... agak mencabar jugak nak menjawab tag ni... so ... 10 mangsa seterusnya Farah, Jeff, Izu, Mama 3H, Fateen, Kak Aimi, iu, Diana, Eija & Yong. Kalau takde nama tu tapi rajin nak mencuba dipersilakan. Apa lagi... sila la jawab ;)

Monday 23 February 2009

Tag lagi...

Aloo everybody... cuaca kat sini panas... tapi dah dua hari hujan di tengahari plak...



Aku kene tag lagilah... kali ni oleh Yan... sampai dua Yan tagged aku... aku jawab satu dulu... ada masa aku jawab lagi satu tu... arahannya berbunyi camni :


Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah...(maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)


1. Anak kunci
kegunaan asal - untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
kegunaan sampingan - buat potong tape kotak kalau tak jumpa cari pisau


2.Penutup Pen
kegunaan asal - tutup pen, x nak kasi dakwat kering.
kegunaan sampingan - buat korek lubang


3.Botol Mineral
kegunaan asal - tempat simpan air.
Kegunaan sampingan:- Isi sabun basuh pinggan (nak buat cuci pingganlah...ni aku buat masa kat UK dulu bila gi travel selalu kan bawak sendiri makanan, puyuk pinggan semua )


4.Paper lama
kegunaan asal - leh digunakan utk buat draft paper
Kegunaan sampingan:- buat alas makan, lepas makan gumpal lepas tu masuk tong sampah.


5.Seluar 'D' lama
kegunaan asal - pakai kat dalam bukan di luar.
Kegunaan sampingan:-hand over kat anak2 bleh? dah tentulah..kalau dah tak nak guna tu aku buang ajer... simpan buat semak almari jer....


6.Lesung batu
kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb.
Kegunaan sampingan:- Buat ketuk ais, ketuk pisau masa nak potong ayam, atau buat ketuk penebuk botol/tin ....


7.Langsir
kegunaan asal - kehiasaan umah/keceriaan umah
Kegunaan sampingan:- buat bungkus perabot supaya tak calar ;)


8.Komputer ofis
kegunaan asal - buat keja rasmi
Kegunaan sampingan:- disebabkan aku ni jenis yang tak menyalahgunakan harta opis, maka aku guna utk keje2 resmi jelah... ;)


9.Duit syiling kegunaan asal - nak lengkapkan duit kertas
Kegunaan sampingan:-Buat gores kad top-up, kalau memerlukan boleh jugak buat cungkil tin biskut


10.Laman Blog
kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru. tukar2 pendapat
Kegunaan sampingan:-Buat tepek gambar anak2 aku... baca perkembangan politik, tgk drama , gosip, resepi, etc.



Skema je jawapan aku... hihi... mmg aku ni seorang yg skema, nak wat camno? Ok lah... next, aku nak tag .... semua pembaca blog nie... kalau korang rajin buat la yer... just for fun.

Saturday 21 February 2009

Minggu pertama bersama 'umi'

Seminggu dah anak2 ditinggalkan kat rumah babysitter... menakjubkan jugak sebab diorang well behave... mula2 ingatkan Anis taknak duduk... tapi dia mcm dah faham plak bila mama dgn papa nya nak gi keje diorang kene duduk kat rumah bbsitter. Walaupun pepagi dah nak kene angkut msk kereta (selalunya tak sempat angkut, dgr je enjin kereta dia bgn sendiri)... nanti sambung tido kat rmh 'umi'

Aina pun sama... walaupun seblom ni aku dgn hubby agak risau sbb dia taknak minum bila aku nak bg susu pakai botol (walaupun susu badan yg aku pam)... bila kat rmh 'umi' senang plak ... maklumlah dah lapar... nak tak nak kene minum jugaklah. Tapi bila jumpa mama nya ajer... mmg Aina terus nyonyot tak hengat... kesyian anak mama.

Mula2 dulu aku cadang taknak bg susu formula, nak bg susu badan sepenuhnya... pam ada dua tiga... tapi kan... bila dah msk keje... tak larat sesangat dah.... nak melayan si kakak lagi.... cumanya susu formula tu Aina ambik masa kat rumah umi aje. Lagipun byk lagi stok susu untuk Aina yang aku dapat masa gi check-up every month ms pregnant dulu. Kalau simpan lelama takut rosak plak nanti.

Oklah... macam biasalah... tak sah kalau tak letak gambar kekanak ribena nie...






Sunday 15 February 2009

Weekend kami

Minggu nie kami takde ke mana2... hubby out station jadi ni kira 1st time lah kami duduk bertiga...

Nak jadi cerita.. malam pertama hubby takde... tetiba ajer black-out... bila tgk kat luar... semua gelap-gulita... maknanya satu taman lah takde karen... nsb baik ada lilin dan lampu picit pun dah isi bateri baru... waktu tu anak2 aku dah tido... jadi deorang takde apa2 respon lah bila tetiba gelap... waktu black-out tu pun dah 12 a.m.... lepas pasang lilin apa nak buat lagi.... sambung titon lah....

Hari Sabtu plak... kami menerima kunjungan Fateen, D&D n hubby yang br balik dr hospital tgk mak Fateen yg br lps operation. Rmh mak Fateen ni kat Pontian jer... jd kalau nak ke Hosp. Sultanah Aminah tu mmg nak kene lalu area rmh kitorang. Thanks Fateen sudi singgah... sorrilah ... jamu biskut kering ajer... jangan serik nak singgah plak lenkali yer...

Lepas Fateen balik, baru terjumpa kamera kat dalam kereta... itu pun aku terjumpa secara tak sengaja ms dok cari kunci kat dlm kereta... huhu... so tunggu gambar ihsan dr Fateen lah yer...

Alkisahnya... secara tak sengaja pintu bilik aku terkunci dr dalam... tak pastilah sapa punya kerja.. maklumlah pintu tu tak pernah plak ditutup... nak buat mcm mana ... kejadian dah nak berlaku... jd segala kamera, nappy anak2 semua kat dalam tu lah. Jadi... nak tak nak kene mintak bantuan macGyver lah utk bukak... kalau tak bleh bukak terpaksa tendang ler pintu tue... macGyver tu bukan org lain, abang ipar aku jugak...

Malamnya... lps magrib Anis dah titon... maklumlah satu hari tak tido... tapi.... baru ajer aku tutup lampu (dlm pkl 11) tetiba ajer dia bangun balik... ingatkan ngigau... rupanya boleh plak segar bugar dia main... aduh... aku dah ngantuk giler nie... kalau dia bangun, Aina jd mangsalah... abih adik nak di ciumnyer... nak marah pun... kang dibuatnya si Anis ni melalak satu taman blh dengar suara dia... nak tak nak kene tunggu dia tido dululer.... sampai dlm pkl 12lebih kot baru le dia tido balik....



Anak2 aku dah tido....




Pandangan sisi sini plak



Ahad pun duduk rumah jugak.... layan anak2 akulah... baru siap gosok baju 4 psg dari pagi... bila aku gosok baju, Anis pun sibuklah bawak baju dia dgn Aina punya suruh gosokkan jugak....


Pantang berpeluh sket , mesti nak letak bedak satu badan....
bukan satu badan jer kene bedak... dengan lantai skali dibedaknya...


Habis sesi berbedak, tgk tv, baca buku dan sepahkan menan.... sesi seterusnya buat konsert la plak.... badan dah penat dan mata pun dah ngantuk, pantang ada benda tak kene, mulalah berkumandang lagu 'Keroncong Berzaman'. Jom tengok exspresi tersendiri anak2 aku buat konsert plak.....


Anis... vokal utama




Penyanyi undangan...Aina...




Selepas kejadian... masing2 kepenatan...






Saturday 14 February 2009

Tag lagi

Kena tagged dgn Puan iu la plak.. memandangkan skrg aku tgh free (baby berdua tu dah tido) maka boleh la aku menjawab tag Puan iu nie...

Arahannya :

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged
Jawapannya :
Nilah gambarnya ; jeng je jeng.......

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Keterangan gambar ;

Komputer den ni ada 5 folder gambar ajer... jadi takdelah gambar yg menepati soalan kuang kuang kuang....

jangan marah .....


Seterusnya aku nak panjangkan tag ni kat enam lagi blogger ... Siti Apau, Mama 3H, Jeff, Dilabangi, Mama 3HZ & kak Hajar .... hah apa lagi... jawab jangan tak jawab...

Friday 13 February 2009

Misi hampir selesai

Macam gempak ajer bunyi title....

Bukan misi ke bintang ... misi aku ialah menyusun semula kotak2 yang amat banyak tu ... maklumlah masa balik dr UK dl aku kan pregnant 7++ bln, jd bukak kotak mana2 yang berkaitan ajelah... terutama keperluan baby n sourvenir utk family. Mana2 yang dirasakan tak perlu tu mmg tak usiklah.

So.. selepas 'percutian' panjang kat kampung selama dua bulan tu... bolehlah sambung balik misi nak clearkan lagi rumah... dan yang penting nak pakai ruang lagi besarlah... maklumlah keluarga pun makin besar. Barang2 Anis dgn Aina ajer dah penuh satu rumah.

Barang2 dlm kotak tu kekal dalam kotak jugak... cuma aku dah penuhkan dalam satu bilik... jadi bilik yang lagi satu tu ada lah jugak ruang nak bernafas... kalau ada musafir tetiba datang nak tumpang 'hotel' kami ni bolehlah bagi satu bilik untuk tido ;)

Ada sikit2 lagi nak setle tu... kalau aku rajin hujung minggu ni aku bereskanlah. Nak ngemas barang2 yang kecik2 ni yang leceh sket... kalau aku tak rajin, hubby ku yang rajin me'renovate' rumah tu akan uruskan hihi


Cuti Thaipusam


Sementara tu layan la pic anak2 aku masa cuti Thaipusam Isnin lepas. Kenkonon gi Angsana nak tukar boucer yang hubby aku tukar dr UO card dia... dptlah RM40... tapi barang yang aku nak takde plak... aku pun tak terfikir nak beli benda lain... nak beli baju utk Anis, tp boleh plak dia tolak tawaran tu... siap ckp "kakak punya dah ada kat rumah" hihi...

Last2... balik takde beli apa2... hubby aku ckp , kalau dia mmg dia tak lepas peluang dah... mesti rembat baju selai dua....itu kalau dia... Aku nikan mek cerewet bila nak membeli barang aku... kalau aku nak cari barang tu, barang tu jelah yang aku tuju... hihi ... selamat pitih hubbyku.



Aina... dah good bila keluar rumah




Anis... dah tak malu bila gi mall
Siap menari lagi tue


Anis... dari bawah meja...
Tengah tunggu makanan sampai

Sesi suaikenal Babysitter

Rabu hari tu sempatlah Aina buat sesi pengenalan duduk rumah babysitter. Mama dgn Papa risau jugak nak tinggalkan Aina...kot2 dia mengamuk taknak minum susu botol. Alhamdulillah ... ok ajer ddk dgn bbsitternyer...

Anis plak... awal2 lagi aku dah pesan... kene duduk rumah umi (panggilan utk bbsitter dia)... jadi bila sampai kat sana.. dia pun ok jelah sebab dah ready.

Sementara diorang kat sana bolehlah aku selesaikan urusan renew lesen dan pegi bank.


Aina batuk


Aina skrg ni batuk2 ... cute ajer bila dia batuk... dalam cute tu kesian plak bila sekali dia batuk... dah gi klinik semalam. Dapat ubat batuk n selsema. Bila makan ubat, daripada 1.5ml yg patut masuk mulut... rasanya 0.5ml jer yang lepas... yang selebihnya keluar balik... takpelah... 1st time Aina makan ubat. tak biasa lagi dgn rasa lain selain susu yang lemak ber'krim' ni. Masa timbang... berat Aina dah 4.8kg... next week nak kene bwk gi klinik lagi... utk injek 2 bln... yg 5 serangkai tu...
Oklah... selamat berhari minggu... apa plan korang weekend ni??

Thursday 12 February 2009

Award

Dapat award ni dari Catlina & Meen...Tq ... tq...
So... aku nak pass award ni kepada Farah, Yan, Izu, Siti, Dila, mama 3hz, Eija, Lieya, Diana, Fateen, Bro Jeff & semua pengunjung blog ni yang tak disebutkan nama (rasanya ramai yang dah dapat... tapi kalau nak ambik bwk balik rumah lg skali dipersilakan)... ambik...jgn tak ambik....










Tuesday 10 February 2009

Key El Mlaka

Weekend hari tu kitorang mengekor hubby... biasalah kan, pantang ada peluang mesti nak ngekor ajer... destinasinya bukan nak KL sebenarnya... nak cari Keramat... tapi punyalah makan langsat a.k.a sesat maka ter'sampai' jugak ke KL... lebih tiga jam jugaklah dok pusing2 nak cari jalan ke Keramat tu (dah dpt direction yg btol..cm disebabkan kami ni mmg tak biasa jln kat sana makanya tak jumpa carilah tempat tu).

Nak tak nak... terpaksalah rakan kami datang jemput, kalau awal2 dijemput dah jimat ms n minyak kui kui... program pun dah jd lainlah...

Lepas minum teh secawan kat rmh kak Ani & Tn Hj (rakan di Coventry dl), kami ke Bangi. Dah dapat tempat menginap, kitorang ke rumah rakan lama, Rano & Emmy... rupa2nya rmh deorang dekat ajer dr hotel tmpt kitorang ddk tu.

Kalau masa kat Cov dl, kitorang selalu buat trip bejalan sesama... ke Wales, picking apple, carboot etc. Sekarang diorang ada tiga boys... yang terbaru sebaya dgn Aina... beza tak sampai 24 jam... (alamak...lupalah plak sapa nama baby... panjang sgt) . Anis plak dgn happy nya main dgn lagi dua boys, Luth Izzazi dan Imran.


Baby girl posing dgn baby boy


Anis dgn abang Luth (4thn+) dan Imran (1 thn setengah)



Posing kat lobby, sementara papa ambik barang2


Anis main sembunyi2 dalam almari ;)


Aina tak bawak cot, jd Aina kene tido atas sofa....



Anis sekitar hotel... jalan2 ambik angin



Lepas bekfas... balik bilik dl... before check-out....
ready untuk perjalanan seterusnya


Nak balik ke Johor dah... tapi plan nak singgah Melaka sekejap jumpa kawan2 kat sana .... plannya nak jumpa dua famili ajer... tup2 jadi macam hari raya plak sambutannya... sambutan orang melaka memang luar biasa...

Muhammad Irfan Rifa'ei (9bln)
~ Imran ni anak Gee & Rizal ... geng sama2 gi jalan2 ms kat Coventry jugak ~
dah tiga tahun tak jumpa... sekarang msg2 kendong anak


Kak Anis main sama adik Irfan


Lepas tu kami ke rumah Fendi & Ayu
anak2 deorang dua lelaki Amaar & Ameer
kawan bermain Anis dulu2




Kami dijemput plak ke rumah abang Nizam & kak Liza
hebatnya hidangan yang disediakan...
mama terpegun tgk rumah kak Liza ni... lamannya pun luas yang amat....

Anis main bubles dgn anak2 kak Liza


Destinasi terakhir, ke rumah abang Fendi & Kak Haz... waktu ni Anis & Aina tido sakan... dah nak balik brlah dua2 bangun. Masuk kereta ajer dua2 sambung tido.
Plan nak ke bandar Melaka nampaknya tak jadi... kene buat trip lain la plak utk jalan2 ajer... lagi pun ada lagi rakan2 yang belum diziarah kat sana. Tunggu Aina besar sketlah... br besh nak melaram.

Saturday 7 February 2009

Jom memancing...

Tetiba tak bleh lelap plak mata ni... hmmmm............... sebabnya petang tadi aku dah ter'tido' dekat dua jam.... mula2 tu mmg tak nak tido... tapi bila tgk semua 'isi rumah' tido... aku pun men'join'kan diri skali lah.... best rupanya tido siang nie.... rasa tak nak bangun plak...

Semua dah bangun... mulalah dok fikir nak keluar ambik angin plak... minggu ni ajer dah dua kali ke Jusco... kene cari tempat lain la plak nak cuci mata.... kitorang pun decide ke Angsana... bolehlah melawat butik BOniA skali. Tangan ni dah gatal nak bimbit handbag baru ;)

Memandangkan aku ni agak cerewet nak membeli handbag maka lawatan ke BOniA hanya menjadi kunjungan cuci mata ajer... dan memandangkan masa yang terhad, aku pun dengan baik hati mengurangkan kadar ke'cerewet'an aku tu dgn membeli bag kat CR aje (malas nak servey tempat lain dah). Alang2 dah beli bag tu beli skalilah kasut. Dalam dok tunggu aku memilih tu, hubby aku pun ter'shopping' wallet plak. So tak bleh jeles lah... semua dapat bahagian masing2.

Hasil tangkapan.....

Posing dulu sebelum lunyai




Thanks sayang ... next time belanja lagi ;)

Thursday 5 February 2009

Politik

Politik tanahair bergegar lagi dgn situasi kat Perak skrg... ntah la , tak tau nak komen apa... cuma buat mereka yang dipilih tu pasti ada sebab musabab tersendiri... jangan kebajikan rakyat diabaikan dan diletak kat kaki untuk mencapai kepentingan sendiri...

Bukan orang tua aje yang tau berpolitik... kekanak ribena pun pandai jugak... cuma mungkin kita tak sedar cara deorang berpolitik...

Kalau yang kat rumah ni, si Anis pandai jugak cara berpolitiknya... bila terasa macam kita lebih bg perhatian pada si adik, mulalah dia pun buat sesuatu utk tarik perhatian. Nak susu, nak biskut, nak tgk cdlah... nak mandilah... nak tidolah... nak mandilah... yang paling tak tahan... nak po-po... huhu... yang tu mmg tak blh nak lengah2 punyer ;) Takpelah...budak2 lagi, yelah selama ni dia sorang aje kan yg dapat layanan 'diraja'... sekarang nak kene kongsi dgn adik plak. Bak kata or tua... pelan2 belaja ...

Susah jugak nak snap pic dua beradik ni... sorang tengok kamera, sorang pandang tempat lain...

Anis sayang adik Aina... tak larat nak lap airlir kak Anis yg lekat kat pipi Aina... kekadang kak Anis geram jugak dgn pipi Aina yg akin montel tu... abih merah pipi Aina kene cubit... kesian Aina ;(







Blog 2A dah diupdate oleh tukang jaga blog tak bertauliah... More pics Anis & Aina kat sini ...

Wednesday 4 February 2009

Jom masak ...


Pic atas tu bukan nak tunjuk masak megi...resepi terbaru pun bukan... tapi cara lama nak masak air.
Sebabnya cerek kat rmh ni rosak... jadi terpaksalah fikirkan alternatif macam mana nak dapatkan air panas... terutamanya utk buat susu Anis.... hmmm... disebabkan periuk yang ada kat dapur tu tersadai ajer... boleh la dijadikan 'cerek sementara'...
Yang penting kene kreatif beb!!
*** dah dapat cerek baru... yang besar gedabak (dua hari lepas masa hubby offer nak beli termos tu punyelah aku jual mahal... tup2 beli yang tu jugak kui kui)...
**** moral of the story ~ kalau orang offer nak beli apa2 ... jangan buat2 tak nak... padahal dalam hati memang nak... tup2 kene gi beli jugak benda tue...

Tuesday 3 February 2009

Dari Kelantan ke Johor

Alhamdulillah ... kami sekeluarga dah selamat tiba ke rumah kami... perjalanan yang jauh dari Kota Bharu... both girls baik ajer sepanjang perjalanan... Kak Anis dah naik pangkat jadi co-pilot...

Aina dah ready nak mulakan perjalanan jauh

Jangan lupa pasang tali keledar
Asyik tengok pemandangan luar
Kak Anis pun dah ready dengan bantal pink

Pantang Aina bangun ajer dr carseat tu, kak Anis cepat2 ambik turn

Kami singgah bermalam kat Kuantan... rumah uncle AnisAina... Anis seronok sangat nak jumpa cousin dia, Husna... kak Husna tahun ni masuk darjah 1. Masa kat rumah Husna, Anis sempat blajar kayuh basikal... dah pandai sket2 kayuh... skrg Anis sibuk mintak papa belikan basikal plak
'
Nanti papa beli beskal utk kak anis, boleh??'

Ni lah kak Husna , tuan rumah a.k.a tuan beskal


Malamnya, kami menjamu selera kat New Horizon... agak esclusive tempatnya... banyak meja yang dah penuh, nasib baik ada satu meja kosong ... dapat jugak merasa masakan kat situ... memang best.... dengarnya kat KB ada satu cawangan Horizon ni... nanti balik lagi skali boleh lah cuba yang kat sana plak


Sementara makanan sampai,apa kata pose dulu....



Aina maintain... good girl... bolehlah mama menikmati
kesedapan masakan kat sini

Esoknya ... pepagi lagi bertolak... sambung balik perjalanan ke Johor. Dua2 anak mama ni bagus ajer.... Menjelang tengahari dah sampai kat rumah. Masuk aje kat rumah... Anis tak tunggu lama... mulakan aktivitinya... apa lagi kalau tak pasang dvd & sepahkan toys.


Melepas rindu pada menan2 nya

Aina tengok ajer gelagat kakak
besar skt lagi Aina boleh join kak Anis me'nyelerakkan' rumah


Sambil main, kita dancing... ewah.....


Boring lah tak bleh join... Aina tido jelah lagi bagus


The End....