Monday 23 February 2009

Tag lagi...

Aloo everybody... cuaca kat sini panas... tapi dah dua hari hujan di tengahari plak...



Aku kene tag lagilah... kali ni oleh Yan... sampai dua Yan tagged aku... aku jawab satu dulu... ada masa aku jawab lagi satu tu... arahannya berbunyi camni :


Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah...(maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)


1. Anak kunci
kegunaan asal - untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
kegunaan sampingan - buat potong tape kotak kalau tak jumpa cari pisau


2.Penutup Pen
kegunaan asal - tutup pen, x nak kasi dakwat kering.
kegunaan sampingan - buat korek lubang


3.Botol Mineral
kegunaan asal - tempat simpan air.
Kegunaan sampingan:- Isi sabun basuh pinggan (nak buat cuci pingganlah...ni aku buat masa kat UK dulu bila gi travel selalu kan bawak sendiri makanan, puyuk pinggan semua )


4.Paper lama
kegunaan asal - leh digunakan utk buat draft paper
Kegunaan sampingan:- buat alas makan, lepas makan gumpal lepas tu masuk tong sampah.


5.Seluar 'D' lama
kegunaan asal - pakai kat dalam bukan di luar.
Kegunaan sampingan:-hand over kat anak2 bleh? dah tentulah..kalau dah tak nak guna tu aku buang ajer... simpan buat semak almari jer....


6.Lesung batu
kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb.
Kegunaan sampingan:- Buat ketuk ais, ketuk pisau masa nak potong ayam, atau buat ketuk penebuk botol/tin ....


7.Langsir
kegunaan asal - kehiasaan umah/keceriaan umah
Kegunaan sampingan:- buat bungkus perabot supaya tak calar ;)


8.Komputer ofis
kegunaan asal - buat keja rasmi
Kegunaan sampingan:- disebabkan aku ni jenis yang tak menyalahgunakan harta opis, maka aku guna utk keje2 resmi jelah... ;)


9.Duit syiling kegunaan asal - nak lengkapkan duit kertas
Kegunaan sampingan:-Buat gores kad top-up, kalau memerlukan boleh jugak buat cungkil tin biskut


10.Laman Blog
kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru. tukar2 pendapat
Kegunaan sampingan:-Buat tepek gambar anak2 aku... baca perkembangan politik, tgk drama , gosip, resepi, etc.



Skema je jawapan aku... hihi... mmg aku ni seorang yg skema, nak wat camno? Ok lah... next, aku nak tag .... semua pembaca blog nie... kalau korang rajin buat la yer... just for fun.

5 comments:

ryani said...

ala xdela skema sgt gee..hehe okla tu =P

AHAR said...

yo kak gee! Kenal i tak?? ehehehehe...

Anonymous said...

>> boleh bantai gelak wo kalau jawab tagging yang ini...
>> mesti macam macam yang orang tulis...:D

aku said...

NAK BUAT!
nak buat !

wanie said...

hehehe..menarik tag ni