Friday 29 February 2008

Raya... yg terlompat

Semalam puasa ganti yg terakhir utk ramadan lepas...alhamdulillah.... berjaya jugak habiskan...bkn byk pun... nak melaksanakan tu yg lambat... mcm2 alasanlah. So... hari ni raya lah... yeeha

baru prasan plak ari nie 29hb... maknanya thn nie thn lompatlah... sesapa yg bertuah lahir 29hb nie blh la sambut besday besar2an... lebih baik buat majlis kesyukuran...sbb masih berpeluang sambut besday...

Dua hari lagi 'Mothering Day' ... dah ada wish nie... manalah tau kot2 dpt yg dihajat di hati.

Thursday 28 February 2008

Gegar katilku bergegar

Elok je tengah tido semalam, tiba-tiba rasa katil macam bergoyang... rumah pun rasa bergegar , sekejap aje dalam 10 saat gitu. Mula-mula tu makSu ingatkan mimpi... maklumlah tengah syok tido.

Lepas tu pakSu tanya, "Bunyi ape tue?? Ada orang nak pecah masuk rumah kita ke?"

MakSu yang tengah mamai nie bleh plak jawab , "Gempa bumi tak?"

Bila intai kat luar takde apa2 plak... suasana senyap dan sunyi ajer. Dalam hati dup-dap-dup-dap... berdebar jugak... yelah... mana pernah ada pengalaman kene gempa bumi nie. Sambung tido balik.

Bila bangun tadi pagi... kami masih tertanya2 pasal kejadian semalam. kalau gempa bumi mesti ada berita kat tv. Bila bukak tv... mmg sah lah .... gempa bumi. boleh dikatakan satu UK terasa gegaran tersebut. 5.2 skala ricter. Lebih kuat dr yg berlaku masa thn 1984 (kalau tak silap).

Syukur alhamdulillah takde yang terkorban. Sorang aje cedera dan adalah sikit2 kerosakan harta.

Friday 22 February 2008

Nak marah ke tak???

Astaghfirullah-al-'aziiiiim

Istighfar banyak2 .... dan nabi sarankan supaya baca 'A'uzubillahi minassyaitanirrajim' banyak2 supaya syaitan2 lari dan tak memarakkan api marah dari terus merebak

Kalau nak marah adalah lebih baik berdiam diri sahaja.....

Untuk lebih lanjut lagi , boleh rujuk kat sini (Hadis ke-16)

Tuesday 19 February 2008

Ragam Si Tikus

Tikus bukan sebarangan tikus nih, tikus kat sini ada kaki dua hihi

Sebenarnya bukan tikus betol2... kat rumah ni susah nak jumpa si ti ni... seathun sekali adalah muncul, tapi tak lama lepas tu dah kene tangkap :) banyak2 binatang, si ti nielah yg makSu paling geli.... tunjuklah ular, ulat, lintah, pacat atau lipas... ok ajer... tapi kalau si ti nie....

Pagi ni bagi Anis makan roti. Tak payah letak butter atau sapu jem, cukup sori kosong ajer... dah dapat roti tu terus hilang si kecik nie.... tak lama lepas tu muncul balik dengan roti td... dah abih digigit keliling roti tu... mintak plak roti lain lagi satu. Lepas tu muncul lagi....

Kali nie nasib roti tu sama jugak. Abih keliling roti dimakannya. Tinggal isi tengah tak terusik. Memang lagak si tikus btol :)

Saturday 16 February 2008

Keretapiku 'slow'

Tadi tengahari call rmh, dah lama tak borak2 dgn mak n ayah. Bagi Anis borak, diam aje dia...tapi kusyuk dok dengar suara tok n tok ayahnya ...

macam2 yg diborakkan... cerita panas mestilah pasal election. Kat jln depan rumah dah naik kubu 'osama' siap dgn meriam n ada bendera gergasi.

Dalam dok borak2 tu, terkeluarlah cerita ttg kak ipar maksu yg nak tengah pegnent anak kedua. Pertengahan tahun nie jangka bersalin. Anak yg 1st tu dah dua tahun lebey... diorang kawin lewat dari maksu, tapi dah rezkinya nak dapat dulu nak camno. Jadi my father pun tanyalah soalan cepu emas 'Orang UK dah ada jugak ker?' Maksu jawab dengan selambanya 'Keretapi kitorang slow sket...' hihihi

Thursday 14 February 2008

Blh ngundi ke tak??

baca utusan online hari nie parlimen m'sia dah dibubarkan... kalau ikutkan nie kali kedualah maksu layan mengundi...tapi persoalannya camno nak ngundi??

Masa kali pertama dulu (thn 2003/2004) maksu jadi petugas peti undi... tak sempat nak ngundi pos, bila dpt surat srh gi ngundi tu, maksu ada kat kg lagi(maklumlah cuti skolah).

Pilihanraya kali nie nampak gayanya tak tertunai lagilah tanggujawab nak pilih pemimpin. Napok gayonyo, maksu keno tunggu next electionlah (harapnya jgn lagi jaga peti undi ).

Monday 11 February 2008

Seharian di Leicester


Back dated entry

Bila hari cerah, mulalah merancang nak ke sini dan ke sana. Mmg rugilah kalau asyik dok berkurung dlm rumah aje. Plan minggu ni - Nasional Space Center.

Letaknya 40 minit ajer dari rumah. Bertolak pun dah pukul 11 lebih. Sampai sana 12.15 - terus masuk. Bayaran masuknya 12 pound, tapi blh dpt student rate jdlah 10pound shja. Dan lebih jimat lagi bila kami ada kopun '2 for 1'. Kira bayar utk sorang ajelah.

Lama jugak pusing2 dlm tue, bagus utk bdk skolah. dan yg tak skolah pun bgs jugak... blh tambah pengetahuan ttg sains especially yg berkaitan dgn planet2 dan angkasa. maksu tak sempat nak study satu2 sebab sibuk dok kejar Anis yg agak excited ke sana sini. Suka rupanya dia dpt sesekali pegi tempat macam ni.

Lepas dah habis meneroka alam angkasa, kitorang gi rmh kawan2 paksu yg study kat Loughboro (ntahlah nak eja camner, hentam sajelah). lagipun alang2 dah sampai situ... blh la jumpa sekejap sambil isi perut hihihi.

Malam baru sampai rumah. A very nice day out and we really enjoyed it. Looking forward for another trip next time. Apa kata kita ke aquarium plak?? Jom Anis, bodek papa!!

Hari yang cerah

Cuaca sekarang makin ok, siangnya cantik sgt dengan matahari memancar ... terasa indahnya dunia. Tapi sebelah malamnya plak, udaranya dingin yg amat. Bawah paras beku. tak kisahlah sbb mlm2 bukannya nak kluar dah. Duduk berkabung bawah duvet lg sedap.

Ada sorang kawan pernah ckp, "bila hari cerah , hati terasa gembira"

Yes!! Maksu setuju. Bila berada di bumi yg jarang nak tgk langit cerah mcm kat UK nie, kita akan menghargai apa yg ada di sekeliling kita. Tapi haruis diingat, ada matahari bukan bererti boleh bebas pakai baju dan keluar rumah tanpa jaket!! Belum masanya lagi. Masih lagi dalam musim winter.

Last week bila matahari bersinar ceria, maksu bawak Anis main kat belakang rumah sambil maksu jemur kain. Seronoknya dia... summer yg lepas, maksu selalulah bawak Anis mandi-manda kat kolam kecik blkg rumah. Tunggu summer nnt ye sayang.

Thursday 7 February 2008

It takes two to talk

Alhamdulillah perabot yg paksu beli dah sampai, dah selamat berada di tempat masing2...puas hati w/pon ada sedikit 'perang dingin' masa nak menguruskannya. Biasalah... masing2 ada pendapat hihi..lega bila dah beres.

Anak maksu pun dah lebih setahun setengah usianya... mulutnya makin becok. Setiap hari ada aje perkataan baru yg boleh dituturkannya. Kalau sebelum nie dia agak tak nak ikut bila maksu sebut sesuatu perkataan. Tp sekarang dah nampak perubahan positif. Walaupun tak semua perkataan boleh disebut dgn betul...tp kita tak blh nak harapkan si kecil terus dpt buat dgn perfect kan?? Slow n steadylah.

Tadi bila maksu pasang cd lagu kanak2 dia bukan setakat menari, malah maksu dapat dengar dia ikut skali menyanyi. Satu lagi perubahan positif. Thumb up to u Anis!! Lps ni blh la ikut mama zikir plak ye.

Ada satu buku maksu tengah baca... antara isinya...utk nak galakkan anak kita bercakap, kita as parent kene banyak borak dgn dia. Dan utk setiap aktiviti tu kita sebut dgn jelas perkataan yg nak diajar tu. Berulang-ulang. Tak abis lagi baca buku tu...nnt maksu citer lagi apa isi buku tu. Yg pastinya...Ittake two to talk.