Tuesday 3 January 2012

Sekolah dah memanggil-manggil....

Jam skrg menunjukkan pukul 11.48 pm............. baru je siap mop lantai. Mop lantai pun nak cerita kat blog ka? Bukan sbb rajin.... memandangkan esok hari terakhir cuti persekolahan... maka kerja2 yang takde sangkut-paut dgn skolah kene buat hari ni..... itu pun tak setel lagi.....

Esok nak kena sediakan kelengkapan persekolahan... untuk anak2 terutamanya... memandangkan tahun ni Anis dan Aina sama2 bersekolah (walaupun tadika aje), segalanya nak kena siapkan jgk.

Semalam dah siap label semua buku, alatulis, kasut, stokin, baju, beg, botol air dll kelengkapan deorang.  Besar dah rupanya anak2ku ni.... Terutama bila tgk si adik tu, macam tak caya plak Aina nak masuk tadika dah...

Sebenarnya, perancangan awal nak masukkan Aina ke tadika bila dia umur 5 tahun.... tup2 minggu lepas pengasuh bdk2 ni bagitau adik dia masuk wad dan tak tau berapa lama dia nak ulang-alik ke Terengganu utk jaga adik dia tu.... jadi pening kepala jgk le memikirkan ke mana nak letak Aina dan Anis. Jadi kami berdua buat keputusan hantar Aina ke tadika... Anis plak akan masuk pra-sekolah. Petang plak diorang akan ke kelas fardu ain.... jadi untuk tahun ni rutin kami akan beubah ler... pagi2 keluar ............. petang lepas solat asar baru anak2 hbs kelas..... pasti mama akan rindu nak tunggu kalian balik skolah.........


Kanak-kanak dan kasut yang comel................. mama pun kena ada kasut baru jugak sempena naik penggal baru persekolahan..........


Start minggu lepas, 2A dah kena duduk taska memandangkan I dah mula kena hadiri macam2 mesyuarat kat sekolah.... sehari, dua hari ok lagi.... masuk hari ketiga, Aina dah start buat helah taknak bangun pagi.... hari ke4.... Aina cakap taknak gi taska.......... nak gi rumah umi (pengasuh dia).............sambil nangis........ waktu tu I pun rasa nak nangis sama..... I tanya dia Aina rindu umi ye? Dia angguk ............ so touching. Dua-tiga minit jugak le memujuk si kecik ni.... nasib baik tak panjang dramanya.... sampai kat taska ok jer.... kak Anis pandai jaga adik dia ni kat taska... kat rumah jer asyik 'bergomol'.

Hari ni Anis cerita, "Aina sayang sangat kat Anis, sampai Anis nak gi tandas pun dia ikut Anis" hahaha.... nak tergelak dengar cara dia bercerita..........

Oklah... panjang plak entry kali ni... nanti I update cerita hari pertama persekolahan 2A....