Thursday 24 December 2009

Senaman menonggeng



Kak Anis suka buat aksi pelik2... dan si adik plak suka mengikut.

Kelakar bila dok perati diorang ni main... tapi awas!!! Kalau leka... kejap aje boleh ada aksi tarik2 dan rebut2 menan... dan kesudahannya .... kene tutup telinga sebab tak tahan dengar jeritan dua beradik ni.

Tuesday 22 December 2009

Aktiviti sepanjang minggu

Salam...
Hari ni ada masa sket nak menulis, 2A tak bgn lagi. Weekend lepas, my ayah dan adik datang, jadi Anis dgn Aina sgt teruja. Tak sempat ayah cik ddk, Anis ajak masuk bilik dia, nak tunjuk segala menan dan barang kat bilik tu. Tok ayah sempat menginap kat hotel 4 bintang kami selama 2 malam. Lagi satu malam tok ayah menginap kat rumah my sis (dekat2 sini jgk). Ntah bila la ayah akan sampai rumah kami lagi.


Tok ayah nak balik dah...

Malam ketiga tok ayah kat sini, kami dinner kat Rumah Limas Danga Bay, b.i.l yg belanja... aku tumpang makan ajer ;) Sambil menikmati lauk-pauk yg best... siap ada persembahan angklung. Aku boleh makan dengan aman sbb Aina tido sepanjang kitorang menjamu selera. Terpaksa kejutkan plak nak suruh dia makan.

Persembahan oleh Along the Angklungman

**********************************************************************

Ok... aktiviti kat rumah plak, ngemas rumah ler ( yg tak habis2)... kemas sana, sini plak sepah. Sapu sana, sini plak tumpah. Macam ni lah kalau rumah ada budak kecik. Nak buat camner... kalau diorang pasif , tak buat apa2 lagi kita susah hati. Betul tak??

Sementara aku tgh cuti ni, ada lah byk masa nak bukak kotak2 dr rumah lama (dan yg setahun disimpan sejak balik dr UK) tu... tiap kali bukak kotak aje, dua anak daraku tu mmg tak bleh dok diam. Deorang mesti nak 'tolong' jugak apa2 yang patut. Lagi suka lah deorang kalau kotak yg dibukak tu penuh dengan mainan. Habis bersepah sana sini lagi....

Jadi, salah satu cara nak kurangkan tenaga mengutip menan yang bersepah ialah... aku khaskan menan diorang ni dalam satu bilik. Kat ruang lain (ruang tamu dan bilik tidur) ada gak cuma satu dua menan ajelah utk diorang main. yang lain2 semua letak kat satu bilik (bilik Anis). Jadi segala puzzles, troli, buku, anak patung, blok etc kat situ. Biar le diorang sepah kat situ, kalau tak sempat nak kemas, aku tutup pintu bilik... so kita tak nampak ke'sepah'annya itew. Hihi...


"Yeay yeay... menan lagi!!"
Macam ni lah reaksi 2A bila mama bukak kotak


"Dah puas menyepah kat dlm, kami sepahkan air plak"

Selain mengemas rumah, aktiviti sampingan yg lain ialah... berkebun, menternak, pelihara ikan dan bukak restoran kat fb... rasanya geng2 yg lain pun ramai yg dah ter'jebak' ... hihi... mengisi masa lapang... sambil melapangkan fikiran.


Thursday 17 December 2009

Aina satu tahun pada 1 Muharram tahun ni

Selamat menyambut tahun baru Hijrah...
my wish... nak jadi lebih baik dari sekarang. InsyaAllah...

Dan satu Muharram tahun ni jugak, AINA genap setahun. Fuh... cepatnya masa... seronok tengok perkembangan Aina, ada persamaan dan perbezaan dengan ANIS. Setiap mereka istimewa. Mama sentiasa doakan yang terbaik utk kalian berdua. Amin.

Tuesday 15 December 2009

Kenduri-kendara

Musim cuti sekolah skrg ni byk btl jemputan. Setakat ni sempat le 2A's n co memenuhi beberapa jemputan, coming soon ada lagi.

Si kakak sekadar memeriahkan majlis ajer, makannya tidak. berbeza plak dengan si adik, Aina... mmg makan habis-habisan le dia. Tak kira nasi minyak, nasi beryani, semua dia telan.



Walaupun nak pegi makan, 'bekal' dua botol tu kene bawak.

Weekend hr tu kitorang ikut rombongan pengantin lelaki belah abang ipar aku. Selalunya kat johor ni pengantin lelaki dikenakan 'tol' dl before dapat bersanding. Sian pengantin, dah berpeluh2, kene sekatan tol sampai tiga kali baru lepas. Nasib baik le pengantin sama2 org johor.


Flower girl hilang kasut seblah


Tol ketiga, seblom dapat ddk atas pelamin


Akhirnya ... pengantin selamat bersanding. Aina dgn Aniq



That's all per now.
Blog Ainavsanis jugak dah updated. Silalah ke sana yer....

Friday 4 December 2009

Raya Haji & accidents

Mula2 nak cerita pasal raya lah... mula2 tu agak was-was jugak nak balik ke tidak sbb masa tu sebelah terengganu dan kelantan kan banjir gelombang kedua... dan boleh dikatakan semua laluan yang kami nak lalu tu dinaiki air... bila dgr laporan kat tv banjir dah makin reda, kami nekad nk balik kampung jjgak, kalau tersekat kat mana2, kita kira cuti2 malaysia jelah.

So, rabu tu kami bertolak dr rumah seawal jam 8.45 pg... alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan amat baik... cadangan awal nak bermalam di mana (selalunya kuantan/ kuala trgganu) tak jadi... trip satu hari. Sampai kat rumah mak aku jam 8.45 mlm.

Bila tengok blog orang, br ler daku sedar bahawa masa raya hari tu tak ambik gambar... penat ajer usung kamera ke hulu ke hilir. Tapi nak tunjuk jugak ler sekeping dua yg di snap.


Aina yang tak bleh nampak makanan... dlm kereta masa nak balik jhr


Minum susu berjemaah


Anis dgn sepupu2 ~ kak Izzati & Wawa

Aktiviti masa raya... makan...makan...makan.... apa lagi kalau tak makan daging korban.... nasib baik tak kene darah tinggi. Balik semula jb hari Isnin tapi Selasa baru sampai rumah. Malam tu bermalam kat Kuantan. Cadangan asal nak terus trip satu hari ajer... tp sepanjang jalan hujan plak... ditambah plak keadaan jalan yang berlubang2 meny'elow'kan perjalanan.



*****************************************************

Cerita kedua nak cerita pasal accident plak. Ada dua accidents sepanjang minggu ni.

Yang 1st, kereta kami disondol motor. Patah sidemirror seblah kanan dan kemek ler jugak pintu penumpang bahagian depan. Ceritanya gini, raya kedua kitorang gi beraya kat rumah my brother... masa balik nak masuk lorong rumah mak aku, mcm biasa ler hubby bg signal dan slowkan kereta ( nak masuk lorong takkan nak pecut plak?!). Elok ajer kereta belok nak masuk lorong tu tiba2... bump!!!! Motor tu plak nak gi straight. Kita dah elok slow dan ketepi, bleh lagi dia nak mencelah padahal dia nak gi terus.

Terkezut badak aku yg ddk bahagian depan. Kuat betul bunyi... dan mamat yang bawak motor tu aku nampak kalut nak imbangkan motor dia dr terbalik (dia bawak budak dalam raga motor dan budak tu tak pakai helmet). Budak kecik tu aku agak umur dua tahun lebih...nangis... tp dia elok ajer kat raga motor tu. Yg mamat motor tu gosok2 lutut dia dan ada ler berdarah sket. Katanya tak nampak signal.

Musim raya, kedai/ bengkel semua tutup lagi... so masuk bengkel kat johor ler. Terpaksa bawak kereta yang berbalut dgn tape sampai sini. Sayangnya lupa la plak nak ambik gambar kereta yang cedera tu. Lepas keluar bengkel, dah macam kereta baru la plak.


Accident kedua plak, pasal Aina. terjatuh kat bilik air... terbelah kat dahi kanan la plak. sian anak daraku nan sorang tu... budak kecik ni tgh melasak, tambah plak baru dapat bejalan ni... asyik nak jalan ajer. Kalau tgk kak Anis mandi, dia pun sibuk nak mandi jugak. Suka btol main air. Hari ni hari ketiga... luka dah tertutup...


Tengok ler auntie, dahi saya yang cedera ini.


Ok, sampai ketemu lagi... saya akan jenguk blog anda nanti.

Thursday 3 December 2009

Lamanya... kubiarkan blog ni bersawang


Assalamualaikum semua...

Lama betul tak update blog dan menjenguk blog rakan2... selalunya bila mood nak meng'update' ada, ada2 aje halangannya... contohnya - bila aku nak log in ajer... si kecik Aina pun bangkit dr tido... uwaaa... so tak bleh nak concentrate ler....

Apa yang paling best sepanjang November lepas ek??

Antaranya ~ birthday aku ... huhu..... tua dah aku. Dan nak tau hadiah apa aku dapat?? Aina dapat berjalan pada hari tu... tak sangka plak dapat hadiah yg best gitu.... Skrg asyik nak berjalan ajelah... dah laju walaupun 'balancing' tak berapa betul lagi. Kira cpt jugak ler Aina dapat kaki... 10 bulan lebih. Alhamdulillah.

Lps tu, dapat lappy baru... yg lama terus padam hihi....


Jgn marah yer... saya dah dpt kaki
Nak jalan ajer tanpa henti.


Stakat ni ajer laporan kali ni... to be continue utk cerita raya plak