Sunday 28 December 2008

Salam Maal Hijrah dan iklan sekejap

Dah sampai ke penghujung thn 1429H... esok dah tahun baru plak... beberapa hari lagi thn 2008 pun nak beransur pergi...

Azam aku sempena tahun baru nie :

  • nak jadi lebih baik dari yg lepas2
  • nak jadi wife yg lebih baik (hihi... lps ni nak kene rajin masak n buat keje rumah ` tapi kene ada org yg tolong jugak okey')
  • nak jadi mama yg lebih baik dari sebelumnya (maklumlah...anak dah tatermbah... tanggungjawab dah bertambah... stress pun bertambah jugak lah)
  • byk lagi... termasuk carry azam dr thn yg lepas2

Oklah... azam tu setiap hari nak buat...kekadang tak terbuat jugak.... cm cuba mana yang termampu...


Iklan : Memandangkan network kat tmpt aku ni blm ok, maka aku blom boleh lagi nak tayang wajah puteri Aina... jadi kalau u all nak tgk wajah baby Aina boleh le ke sini .... dengan aksi kak long nya skali ada kat sana ...

Thursday 25 December 2008

Dari malam ini

Malam ni hubby dah mulakan perjalanan kembali ke JB... kalau diikutkan, nak ajer ikut balik skali...tp ada bbrpa pkra yg tak dpt dielakkan, ter'sadai'lah aku dgn anak2 ku kat sini ;)

Maka bermulalah cabaran untuk aku ... menguruskan dua puteri kami... sorang yang tengah melasak... dan sorang lagi yang baru nak mengenal dunia.

Perkembangan baby Aina ~ petang tadi Aina dah tak pyh tido bwh phototeraphy lagi... bacaan jaundicenya dah turun ke 180. Alhamdulillah...syukur sesangat. Kesian tengok dia, pakai pampers ajer...dah le semalam hujan lebat plak...

Tugas aku sekarang maintain breastfeed spya index jaundice Aina tak naik lagi. Payah jugak nak ulang-alik ke klinik buat check-up bila hubby takde... bukan tak boleh mintak tolong adik-beradik, cuma faham2 ajelah... diorang pun ada keluarga dan hal memasing.

Perihal si kakak 'Anis' plak ~ Sayang sangat adik dia... petang ni lps abih je sesi rawatan adik Aina, bukan main happy lagi dia... abih muka adik kene kiss... pantang mama pegang adik, dia pun hulur tangan nak riba adik. Kalau mama dukung adik, dia pun mintak nak dukung jugak.

Okeylah... dua2 beradik ni dah tido lps azan maghrib tadi... cik abang aku yang dalam bus tu pun sure dah lena beradu dah... aku pun nak join diorang jugak. Try nak masukkan gambar, tapi hampeh... Sampai jumpa lagi....

*** tambahan ~ korang tau tak nape aku tak bleh post gambar?? Sbb file besar, network buzy atau adakah perlu aku beli kamera & laptop baru sempena hujung tahun nie??

Wednesday 24 December 2008

Seminggu sudah aku berpantang

Assalamualaikum...

Terima kasih buat rakan2 yang mengirimkan ucapan tahniah buat kami sekeluarga...

Ada masalah talian nak log-in blog dan nak mskkan gambar (di samping hal-hal lain yg perlu diuruskan).

Rabu ~ 17.12.2008

Kalau ikutkan hari ni due yg diberikan oleh doktor panel di UTM... masih takde tanda2 nak bersalin lagi... jadi malam ni hubby 'terpaksa' balik ke JB ...

Jam 7 ptg ... hubby bergerak utk ke stesen bus... dalam hati berat jugak nak bagi pegi... tapi memandangkan ada tugasan nak dibuat kene la jugak lepaskan buah hatiku pergi... dalam perut plak rasa bergelombang jugak...ms ni aku pun tak pasti nak buang air ke, dah mula contraction.

Jam 8 mlm - gelombang perut rasa makin kerap plak... dua tiga kali gi toilet tp takde benda yang keluar plak. Nak makan pun dah takde selera...

Jam 9 mlm - Rasa mcm dah start contraction... makin kerap...aku tgk jam setiap lima-10 minit skali terasa contraction. Hubby plak bgtau yang bas blom datang. Aku pun dgn takut2nya mintak dia kenselkan ajer rncgn nak blk JB mlm tu. Lps call doktor, dan dpt green light utk ke hospital... trs hubby balik rumah.

11 mlm - Lepas tidurkan Anis, kami bergerak ke hospital. Mesin rekod contraction mmg konpem dah sampai masa nak bersalin. Doktor check 'jalan' dah bukak 4cm. Trs kene masuk labour room.

Khamis ~ 18.12.2008 ~ Speedy Labour

12 tgh mlm - Doktor pecahkan air ketuban, masukkan air... lepas beberapa ketika... contraction makin kuat... tp kepala baby masih tinggi. Hubby tersayang kat seblah kanan, manakala seblah kiri plak doktor tolong usap2 belakang aku utk bantu baby turun ke bawah... Alhamdulillah sakit tak lama...lepas beberapa kali 'push' lahirlah baby 'Nur Aina Syahmina' ... tepat jam 12.54 pagi.

Lepas dah siap semua prosedur kat labour room.. kami berehat di bilik hotel 4* KBMC.

Tengahari , buat pertama kali baby Aina bersua dgn kak long Anis. Mula2 Anis ok ajer... tumpang dua kaki makan kat katil hotel 4*... tup2 bila mama pegang baby dan bagi susu...terus kak long Anis meraung.... barangkali dia ter'kezut' tiba2 mama boleh breastfeed org lain plak. lama jugak Anis nangis...sampai rumah dan tertido... kesyian....

Doktor datang check dan discharge mama... tapi mama nak stay dan rehat satu malam lagi kat hotel 4* ni.

Petangnya ... bila 2nd time jumpa baby Aina...Anis dah ok...tak nangis dah bila mama pegang baby. Anis dah pandai kiss baby. Malam tu kami empat beranak tido kat hotel 4*KBMC.

Hari2 seterusnya

Anis makin sayang dekat adik... tiap saat nak kiss ajer... sampai adik naik rimas.

Aina dah tanggal pusat masa hari ke-4. Lega sket bila tali pusat dah tanggal... kalau tak takut jugak bila masa nak mandikan dan tukar nappy.

Kesihatan mama bertambah baik...cuma baby jaundice... walaupun blom kritikal... skrg baby tido bawah lampu biru. Mama pilih buat sesi rawatan kat rumah utk mudahkan nak jaga Aina dan Anis. Kak Long Anis dah lena kat seblah. Harap2 jaundice Aina akan berkurangan.

Please pray for her. Jumpa lagi.

Friday 19 December 2008

Alhamdulillah... dah selamat

Assalamualaikum

Untuk makluman semua rakan dan pengunjung halaman ni, aku dah selamat bersalin...

baby GIRL ... belum ada nama lagi...
seberat 2.90 kg
tarikh : 18 Desember 2008 jam 12.54 pg

sekarang kami dah balik berehat kat rumah
aku dah try nak masukkan gambar tp tak berjaya...
jadi korang kene bersabarlah nak tgk new baby dgn aksi kak long Anis yer...

Tuesday 16 December 2008

Aktiviti hari ni dan semalam

Anis dah baik dr muntah2 dan demam.
Sekarang dah takde masalah nak bg Anis makan ubat.
Isi aje ubat dlm picagari, hulur kat dia... tau le dia abihkan ubat tu.
Senang keje.

Jadi sebagai upahnya...
Hari ni bawak Anis ke KB Mall...
Mula2 nmpk mcD, Anis mintak fries.
Sambil tunggu papa selesaikan urusan dia, kitorang dua beranak lepak le kat mcD situ
sambil Anis makan fries...mama layan mcFlurry ( bila lg nak makan...nnt dah dlm pantang tak blh mkn plak)

Lepas makan fries...si kecik ni mintak nasi ayam la plak...
So...utk melayan selera si anak yg jarang2 nak makan ni, kitorang pun berpindah dr mcD ke Chicken Rice Shop kat seblah tu. Order kid meal ajer...




Jangan kacau saya nak makan ni


Aktiviti semalam


Jom melukis
Lukis apa??
Tuan2 dan puan2 teka sendiri lah







Dah puas melukis
Jom excercise plaks




Monday 15 December 2008

Update

Salam ...
Tak tau nak mula dr mana... update buat masa ni :

1 - kami sekeluarga msh kat KB
2- Aku blom bersalin lagi...hari ni aku punye due...
3- Anis tgh demam... br recover dr sindrom muntah2...
4 - hari ni aku dgn hubby plak tak brpa sihat....
5 - cermin kereta kami kene lastik semalam, pecah berderai bhgn driver...alhamdulillah takde apa2 yg hilang, cm duit aje yg melayang ..ganti cermin br...




So... itu jelah ringkasan update aku buat masa nie... doakan semuanya selamat yer...
Maaf buat kengkawan yg aku sempat jenguk je blog kalian tp tak sempat nak leave comment.

Sampai jumpa lagi.

Saturday 13 December 2008

Model Cilik Kelawar Batik

Model2 cilik utk baju kelawar batik....





*** pengenalan model ;
Izzati (baju kuning)
Wawa ( baju hijau)
Aisyah (baju Oren)
Anis (baju merah)

*** Model baju merah tak dapat beraksi sbb tengah sakit

Wednesday 10 December 2008

Selamat Hari Raya Eberybadi

Salam Aidiladha
Tak terlambat lagi rasanya nak wish selamat Hari Raya utk rakan2 dan pengunjung blog ni... tahun nie puas kami makan daging free ;)

Perjalanan balik kampung tempoh hari berjalan lancar... kami bertolak dr Skudai pkl 11 pg... singgah di Yong Peng utk solat , dan terus ke Cherating... tido kat sana satu malam.

Besoknya lps bekfas sambung perjalanan ke Kota Bharu... perjalanan hari kedua agak perlahan skt sbb sepanjang perjalanan hujan lebat dan ada kawasan yang dinaiki air. Risau jugak kat dalam hati kot2 terkandas dek banjir... alhamdulillah... kami selamat tiba di Kota Bharu petangnya. Sempat jugak berhenti beberapa kali..


Penumpang belakang


Kadang2 jadi co-pilot kat depan


Sempat main kat playground
~ masa ni tunggu papa solat Jumaat~
"ngantuk la plak"


Day 2 ; lepas check-out
Sambung perjalanan balik kampung


Kat kampung Anis suke btol sbb ramai geng nak main dan ramai tukang layan... gambar masa raya takde la plak...

Sampai jumpa lagi....

Friday 5 December 2008

Balik kampung... ooo balik kampung

Salam...
Hari nie kami akan bertolak ke Kelantan...
Lama nya tak merasa 'mengembara' dari Skudai - Kota Bharu...
Perjalanan ambik masa dekat 12 jam (dgn bus xpress) - dah mcm dr KL-London plak

Doakan perjalanan kami selamat yer
Lebih2 lagi musim hujan nie.....

'From Coventry to Kota Bharu'

*** Layan pic perjalanan kami dari Coventry ~ 4 Oktober 2008 yang lalu


Dari Coventry ambik train ke London Euston



Train dah datang....



Anis @ Heathrow Airport, London


Saat perpisahan dah tiba....
bubbye England.... huhu
Satu hari Anis akan datang lagi
InsyaAllah


Dalam flight ke KL
dekat nak sampai dah


@ KLIA ... tunggu flight ke Kota Bharu plak


Lentok ... dlm flight KL-KB
ops... ada air liur basi laaaa

Jumpa lagi...

Wednesday 3 December 2008

nak Raya rupenye...

Dalam beberapa hari lagi dah nak Raya Haji plak...
Raya tahun ni aku nak releks... nak makan apa yg org masak ajer...

Kalau raya puasa menu utamanya satey, nasi impit dgn kuah kacang (selalunyalah mcm dah jd menu wajib la plak), tambah juadah tambahan dari jiran2 spt nasi dagang, nasi minyak, roti jala, tapai pulut dan kueh-mueh...penuh la satu meja utk makan di pagi raya.

Raya Haji plak biasanya my mom masak yg simple2 aje mcm roti jala dgn kuah kuzi ayam (roti jala tempah aje), atau kuah kacang dgn nasi impit jugak tp takde sateylah. Lagipun raya haji kan solat rayanya awal, jd takde masa nak lepak lama2 kat meja makan.

Raya Haji di tempat aku

Lps sembahyang raya, my ayah akan gi tmpt korban... kekadang mak ikut, kalau tak dia pegi dgn adik-beradik lelaki yang lain. Kitorang plak melepak ajelah kat rumah tgk tv atau tido (bak kata Farah mama HD). Bila ayah aku balik, bawak balik daging korban... mak aku plak tukang prosesnya... asingkan utk agih kat jiran/sedara dan utk makan sekeluarga abih d. Jadi mulai petang raya pertama tu bermulalah episod makan daging korban.....sampailah daging habis.... (berapa lama mau abih bergantung pd mulut2 yg ada). Walaupun dah 2/3 agih daging tu tetap la banyak ...sbb dah bertambah plak dgn yg org bagi.

Selalunya mak/mertua aku akan buat sup tulang, kerabu perut dan perut muda cicah air asam (dah terbayang2 nie)....masa ni semua ada.... jantung, hati, kaki lembu...pendek kata semua yg berasaskan lembulah....... makan lah sampai puas... jangan sampai tekanan darah naik cukuplah ....

Lepas dah kenyang tu br le bergerak nak gi rumah nenek ke, sedara ke atau kengkawan (jangan lupa bawak skali daging korban utk diagihkan...dah bawak pegi, nnt dapat balasan daging jugak hihihi).

Raya kedua, ketiga dan seterusnya takde xtvt dah , melainkan kalau ada jemputan kenduri atau makan2....

Tu jelah aktiviti rutin raya haji... tak taulah kat mana yang org2 bukan K'tan akan kata Raya Haji kat K'tan meriah tue.... yang meriahnya mungkin tempat yg buat aktiviti korban tulah...lepas lembu dah tumbang, akan ada acara makan2 sket sementara nak tunggu proses lapah dah bahagi2 daging.

Raya Posa yang lepas

Disebabkan raya haji blom lagi berlangsung, jd aku letak pic Raya Puasa lepas la yer... masa ni kitorang buat open house merangkap jamuan perpisahan kat rumah di Coventry. Memandangkan dua hari seblom tu semua barang dah angkut masuk kontena, jadi rumah kitorang tu mmg bukak sebukaknya lah. Menu hari tu simple ajer... meehun sup, satey dgn kuah kacang.

~ Tuan rumah yang ramah tengah entertain tetamu ~


~Tuan Rumah jamu tetamunya makan yogurt ajer~
Masa ni dah sejuk dan berangin,
tapi deorang ni blh lepak2 kat luar rumah pakai camni ajer


~ Open house hari kedua ~
ada lagi tetamu yang datang


~ Tuan Rumah sibuk layan tetamu dari Birmingham ~
Lepas tu dgn tak malunya nak ikut tetamu2nya balik

Tuesday 2 December 2008

Lauk Pasar Malam

Kalau pegi pasar malam, duit keluar sesedap rasa ajer... tengok makanan kiri-kanan kalau boleh semua nak borong...cuma ada ke ruang nak masuk???

Nasi kerabu dgn daging bakar plus solok lada for me
Nasi dagang plus gulai daging for him (gamba kelabu plak)


Menu tambahan
~ apam balik, pulut kaya, laksam & kopok



Makan..makan sampai kenyang ye....


Ni plak tiga pose dari my model tetap....



Nape nangis???
"kene marah huhuhuuuuu"

Monday 1 December 2008

Jakel, Bonus dan XTVT weekend

Jakel tgh buat sales skrg... sempena harga minyak turun katanya...
Aku pun gi la serbu ... nak beli tikar buluh (walaupun kedai kain) maklumlah rumah kosong nie banyak la plak debu kat lantai... penat nak sapu tiga-pat kali sehari (alasan org yg berpenyakit 'M') hihi...

Bila dah borong tikar bergulung2 tu dapat le 'bonus' kain pasang dgn harga murah - separuh harga (kalau kene tipun aku tak tau le, maklumlah dah lama tak shopping kain). Dua kali pegi dapat le dua psg ... tambah sepasang yg aku 'terbeli' ms dok cuci mata kat situ. So dalam tiga hari aku dah dpt tiga psg kain... kain2 nie semua aku nak hntr tailor kat kampung nanti... buat pakai gi keje nanti... bila tgk mcm tak ckp jer... so aku up lg sepasang kain sari yg aku bl kat UK dl (blk KB nnt nak kene cr batik la plak sepasang-dua) ;)




Sabtu, kitorang jalan2 kat Danga Bay.. zaman berdua dl selalu la jugak gi joging kat situ... lps joging, kitorang akan makan kat Restoran Singgah Selalu kat depan tu... mkn tak hengat...maklumlah lps joging mesti dahaga n lapar... tp gi kali ni tak berjoging ler...saja nak meninjau perkembangan Danga Bay sejak ditinggalkan empat thn lepas. Banyak la jugak perubahan... dah pusing2 situ... 'terbeli' la plak blouse...bkn satu plak tu... tapi takde gmbr la plak...si model kecik tak nak berposing... dia tensen sebab kene paksa duduk kat stroller.

Malamnya, kami dinner kat KFC Jusco... lps makan nak terus balik ajer... nak shopping pun br je shopping hr seblomnya... sekali ada pengumuman 'Happy Hour' la plak... drpd nak balik trs naik atas serbu (kami nie kat pantang dengar ada sales) ... dapat la tangkap 2 set cadar yg diskaun 70% dan 2 helai blouse lagi ('ter'ambik la plak ;) ) Untuk Anis...takde beli apa2 sbb br semalam dia dpt sepasang bj br dr papanya... ;)

*** posing kat rumah ajer....




Ahad plak.. lps bekfast roti canai dgn nasik lemak kat kedai kitorang gi Angsana... mula2 nak tgk pameran kat situ...bila dah sampai rs cam malas la plak nak pusing2 kat luar tu... ms tu plak panas terik... so pusing2 dalam tu ajelah... nak makan pun kenyang lagi... nak shopping pun tak tau nak shopping apa dah... (simpan utk shopping kat KB plak nanti) on the way balik tu tetiba hjn lebat la plak... hbs la basah kain yg aku sidai pg tadi... huhu ... malamnya dah tak kluar... dengan rajinnya aku masak ko-teaw goreng ajer... lagi pun nak hbskan lauk kat ais box tu ... Anis plak awal2 dah tido... penat berjalan sakan + tak tido petang... bila se kecik dah tido awal ...sunyi la plak rumah nie...

***to Farah - sori blom jwb tag... time nak jwb ajer, hlg idea ploks

Sunday 30 November 2008

Friday 28 November 2008

Tengok fish aje

*** tetiba hilang idea plak nak tulis apa...
*** Anis tgk fishes ni kat rmh cousin dia... dua hr lepas...



Tengoklah gaya anak daraku berposing tue