Wednesday, 3 December 2008

nak Raya rupenye...

Dalam beberapa hari lagi dah nak Raya Haji plak...
Raya tahun ni aku nak releks... nak makan apa yg org masak ajer...

Kalau raya puasa menu utamanya satey, nasi impit dgn kuah kacang (selalunyalah mcm dah jd menu wajib la plak), tambah juadah tambahan dari jiran2 spt nasi dagang, nasi minyak, roti jala, tapai pulut dan kueh-mueh...penuh la satu meja utk makan di pagi raya.

Raya Haji plak biasanya my mom masak yg simple2 aje mcm roti jala dgn kuah kuzi ayam (roti jala tempah aje), atau kuah kacang dgn nasi impit jugak tp takde sateylah. Lagipun raya haji kan solat rayanya awal, jd takde masa nak lepak lama2 kat meja makan.

Raya Haji di tempat aku

Lps sembahyang raya, my ayah akan gi tmpt korban... kekadang mak ikut, kalau tak dia pegi dgn adik-beradik lelaki yang lain. Kitorang plak melepak ajelah kat rumah tgk tv atau tido (bak kata Farah mama HD). Bila ayah aku balik, bawak balik daging korban... mak aku plak tukang prosesnya... asingkan utk agih kat jiran/sedara dan utk makan sekeluarga abih d. Jadi mulai petang raya pertama tu bermulalah episod makan daging korban.....sampailah daging habis.... (berapa lama mau abih bergantung pd mulut2 yg ada). Walaupun dah 2/3 agih daging tu tetap la banyak ...sbb dah bertambah plak dgn yg org bagi.

Selalunya mak/mertua aku akan buat sup tulang, kerabu perut dan perut muda cicah air asam (dah terbayang2 nie)....masa ni semua ada.... jantung, hati, kaki lembu...pendek kata semua yg berasaskan lembulah....... makan lah sampai puas... jangan sampai tekanan darah naik cukuplah ....

Lepas dah kenyang tu br le bergerak nak gi rumah nenek ke, sedara ke atau kengkawan (jangan lupa bawak skali daging korban utk diagihkan...dah bawak pegi, nnt dapat balasan daging jugak hihihi).

Raya kedua, ketiga dan seterusnya takde xtvt dah , melainkan kalau ada jemputan kenduri atau makan2....

Tu jelah aktiviti rutin raya haji... tak taulah kat mana yang org2 bukan K'tan akan kata Raya Haji kat K'tan meriah tue.... yang meriahnya mungkin tempat yg buat aktiviti korban tulah...lepas lembu dah tumbang, akan ada acara makan2 sket sementara nak tunggu proses lapah dah bahagi2 daging.

Raya Posa yang lepas

Disebabkan raya haji blom lagi berlangsung, jd aku letak pic Raya Puasa lepas la yer... masa ni kitorang buat open house merangkap jamuan perpisahan kat rumah di Coventry. Memandangkan dua hari seblom tu semua barang dah angkut masuk kontena, jadi rumah kitorang tu mmg bukak sebukaknya lah. Menu hari tu simple ajer... meehun sup, satey dgn kuah kacang.

~ Tuan rumah yang ramah tengah entertain tetamu ~


~Tuan Rumah jamu tetamunya makan yogurt ajer~
Masa ni dah sejuk dan berangin,
tapi deorang ni blh lepak2 kat luar rumah pakai camni ajer


~ Open house hari kedua ~
ada lagi tetamu yang datang


~ Tuan Rumah sibuk layan tetamu dari Birmingham ~
Lepas tu dgn tak malunya nak ikut tetamu2nya balik

4 comments:

eija28 said...

kak gee beraya di kelantan erk....eija pun beraya di sana gak...akak blk sana bila?eija blk sana sabtu nie 6hb sampai 10 hb...apply cuti 2 hari nie...kak gee kelate kat area mana?eija umah my MIL dkt kg.nipah dekat pantai irama...bachok...ingat rasa mcm nak jumpe kat gee lor kat sana...nak no hp kak gee boleh x?nanti email kat eija erk...SLMT HARI RAYA AIDIL ADHA dr eija sekeluarga....

Fateen SM said...

hehehe, fateen dengar pun org kata ghaye haji kt kelantan lg meriah ditambah plak ngan my fren masa tu tiap kali nk balik raya haji mesti excited habis.. kalau kat umah fateen pun cenggitu gak aktivitinya..kat umah MIL pun sama gak.. yg penting kami balik so diorang dptlah jumpa cucu2 diorang...

wanie said...

kali ni merasa la anis beraya kat malaysia...raya haji kat kelantan meriah kan..

raya haji ni wanie beraya ngan in laws kat sini je....

aku said...

hhehheheh
rayo dulu
pahtu baru kita pantang yea