Saturday 31 December 2011

Penutup 2011

Entry terakhir sebagai penutup 2011... segala kenangan pahit manis suka dan duka akan tersimpan di lipatan memori....

Yang paling terkesan di hati pastinya di saat arwah mak disahkan mengidap kanser ... dan pemergian allahyarhamah secara mengejut pada 24 Oktober 2011... dan hari ni genap 100 hari pemergian mak... semoga arwah mak di tempatkan di kalangan hamba2 Allah yang solehah.

Gaya "Cik Bedah" pegi kenduri



Awal 2011 jgk... anakanda sulung masuk tadika ... thn depan Anis masuk pra-sekolah plak...

Tahun 2011 jgk rezeki melimpahruah... dapat bonus, hubby naik pangkat (so kami semua dpt menumpang sekali nikmatnya) ... cuma rezki utk I naik pangkat blom ada nmpaknya... InsyaAllah bakal menyusul...

Tahun ni jgk anak2 kene serang chicken-pox secara berturut2... lps tu Aina kene asma.... demam + selsema+batuk tu tak pyh ckp ler... blh dikatakan setiap bulan.... diharap tahun mendatang kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang lebih baik...



Azam baru.... meneruskan azam2 sedia ada... dan menjadi lebih baik dari hari ini.... amin...
Anda plak macamana?

Tuesday 27 December 2011

Cuti2 hujung minggu









Meninjau JPO ( Johor Premium Outlet)

Nampaknya sana-sini dok update psl JPO ni... jd sempena cuti umum baru2 ni sempat ler jgk menjenguk ke sana... dekat aje rupanya... tak smpai stengah jam pun ... masuk tol byr RM0.80 jer... kedai2 kat sana semuanya berjenama antarabangsa..... ada yang barangnya sampai ribu-ribu RM... tp ada jgk yg standard biasa ajer... so kalau nak membeli tu ikut kemampuan masing2....










Pusing-pusing MyDin Nusajaya plak

Yang ni comfirm semua mampu bayar... barang2 kat mydin dah terbukti murah dan berpatutan.... orang pun tak ramai sgt jadi selesa nak memilih brg... sempena nak bukak sekolah Anis dgn Aina shopping skt2 peralatan skolah kat sini... MyDin Nusajaya ni baru jgk di buka... lokasinya pun dekat dgn LEGOland Malaysia yang bakal dibuka nanti....





Makan2 di Restoran YeoSekeluarga


dah penat menyoping makan le plak... restoran ni merupakan restoran terapung... terletak nun di Gelang Patah... sambil makan2 tu blh nampak kapal2 yang nak ke Pelabuhan Tanjung Pelepas... dekat aje dgn S'pore. Masakannya berasaskan seafood yang segar........... sangatlah seeeedap. Tapi minta maaf... lupa nak snap makanan sbb dah lapar sangat.......

Tuesday 20 December 2011

happy 3rd B'day Aina

Backdated entry :
Masa bday Aina kami masih di KB... ada bbrpa urusan perlu diselesaikan jd takde potong kek, celebrate bagai...

Bila kami nyanyikan lagu 'happy birtday', Aina buat muka seposen... malu konon.


Monday 19 December 2011

Cuti2 di Kota Bharu

10.12.2011 ~ Perjalanan bermula jam 8 pg dr rumah kami bertolak ke LCCT utk penerbangan ke Kota Bharu... hubby ada tugasan di KL jd aku dan anak2 je balik... minggu depan dia akan balik menjemput kami...

Sampai awal di LCCT... makan tengahari dan berlegar2 aje kat situ... kemudahan tempat duduk tak begitu banyak... agak menyerabutkan pandangan... para penumpang+keluarga yang dtg ke sini terpaksa berdiri atau 'membuat' tempat ddk alternatif... di harap pihak pengurusan lap. terbng blh lebih 'user friendly'... kesian dgn warga tua, kanak2 dan wanita2 mengandung...

Flight kami berlepas 'on time'... alhamdulillah dua puteri yang agak excited naik flight ni berjaya dikawal dgn baik...



Kalau blk KB tak menjenguk Tesco macam tak sah bg diorang ni


Antara aktiviti harian 2A~ ronda2 dengan Su


4 sekawan ~ inilah kawan2 merangkap sepupu 2A... dah jd bestfriend



18.12.2011 ~ dah nak balik JB ... kali ni naik bas express plak... berdebar2 jgk, macamanalah reaksi 2A dalam perjalanan nanti... semuanya ok ... dan kami dah pun selamat sampai di rumah ....the end...

Friday 16 December 2011

Malam ini kurindu dia...

assalamualaikum...

kala catatan ini dibuat, di luar sana hujan masih turun... sepanjang hari sang awan tak berhenti menangis... maklumlah musim tengkujuh.... kalau hari panas tu, memang tak lepas peluang untuk cuci baju.

Dah hampir seminggu, aku dan anak2 berada di kampung... melalui hari2 tanpa kehadiran arwah mak... merindui kasihnya, masakannya, nasihatnya... terasa janggalnya...

Seseorang bertanya padaku "Macam mana rasa bila balik mak takde?" Aku cuma menjawab "Rasa pelik". ya... pelik... janggal...

Setiap kali kami pulang ke kampung, ada mak yang menanti dengan gembiranya... mak akan mintak salah seorang adik2 aku utk 'sms'... bertanya di mana lokasi kami... ke rmh mana dulu kami akan singgah dahulu...

Setiap kali waktu makan, mak akan duduk di bucu meja sebelah ayah, menunggu sehingga anak2 selesai makan... memastikan semua anak dn cucu dah makan... dialah orang pertama masuk dapur, dan yang terakhir keluar dari dapur... tapi semua itu dah tak ada...

Dua hari lepas, aku bersama adik2 dan anak2 sempat berkunjung ke 'rumah' baru arwah... membacakan ayat2 suci untuknya... mencabut rumput2 yang menumpang di atas pusaranya...

Petang tadi, tatkala berbicara dengan ayah tentang hari2 terakhir arwah... airmata tak semena2 keluar... tanpa dapat disekat... ayah pura2 tak nampak... bibir ayah sentiasa memuji arwah...




Nantilah... bila ada waktu yang sesuai... akan aku catatkan satu kisah... tentang mak semasa hayatnya... Al-Fatihah untuk Arwah Bondaku....




*** Rindu juga dengan si dia di JB sana...

Sunday 27 November 2011

Pembuka selera di Tahun Baru...

Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua pengunjung blog ni yg beragama Islam... tingkatkan ibadat dan ikhlaskan niat kerana Allah...

Sesekali layan budu ni best jgk... walaupun lepas tu, jerawat berlumba2... apa salahnya makan makanan tradisi ni kan?

bak kata seseorang, "kalau tak mkn budu pun, jerawat jugak"

Saya suka yang simple ajer... letak ikan bakar tawar, perah limau nipis dan sedikit cili dah cukup. Cicah dgn ulam... tak perlu lauk lain dah.....


Alhamdulillah rezki utk hari ni....

btw... layan dikir barat khas tentang budu ....

Saturday 26 November 2011

Baby puding roti

bila dok terperap kat rumah 24 jam ni, macam2 rasa nak makan... so dok google sana sini tertarik le dgn kecomelan puding ni... cara membuatnya pun simple sangat (sgt sesuai bg org yg malas masak tp nak makan sedap memanjang macam I ni)...





~ My baby tengah menggayakan baby bread pudding ~




Baby Bread Pudding ( sumber : seripayaku.blogspot )

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding
  • mangkuk muffin - disapu majerin
  • (boleh kurangkan gula kalau tak suka manis, gula icing tu pun I tak tabur)

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan (lebih kurang 20 minit - suhu 180).
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an

Tuesday 22 November 2011

... dan cuti skolah pun bermula...

18. 11. 2011 hari terakhir sesi persekolah 2011.... mcm biasalah bila hari terakhir semua gak sibuk menyelesaikan segala urusan kat sekolah sebelum masing2 bercuti.... dan macam biasa jugak kalau hari terakhir skolah mestilah ada makan2 ala-ala potluck gitu...


Esoknya Sabtu 19.11.11 ada majlis anugerah cemerlang kat tadika Anis. seronok tgk kanak2 tadika buat persembahan.... yg tak blh blah tu aku dapat hadiah cabutan bertuah plak... tak pernah2 bertuah .... syukur2....




Nak kat cuti pun blom blh betul2 cuti lagi sbb kena bertugas mengawas SPM plak.... sampai pertengahan Disember.... lepas tu br blh cuti betul2.... hmmmmm.... minggu terakhir Disember dah berderet senarai mesyuarat yang kena hadir.... itu dah rutin setiap tahun selagi bergelar guru....




Hari Ahad 20.11.2011.... bawak ayah dan adik aku (yg dtg bercuti2 malaysia kat sini) jalan2... pegi Puteri Harbour tgk kapal.... dan makan2 kat Gelang Patah.... masakannya mmg sedap... Restoran Yeo... lain kali blh gi sana lagi..............


Monday 7 November 2011

Jelly Oren

Assalamualaikum...

lama dah tak main masak2.... maklumlah dah lama tak menjenguk blog masak-memasak... utk menghilangkan keboringan, saja ler menjelajah blog2 kengkawan... nampak plak jelly oren ni kat blog kak Hajar.... nmpk cam mudah jer.... so.... ini leh hasilnya....

*
*
*
tadaaaa....




Resepinya :

Jelly Oren

6-7 biji buah oren
1 paket (10 gm) serbuk agar2 perisa oren
100 ml jus drpd perahan buah oren
900 ml air
1/2 cawan gula - boleh tambah ikut manis yg disukai & bergantung kepada kemanisan/kemasaman perahan jus oren tadi
sedikit pewarna kuning (boleh omit)


Cara memasak :
1. Cuci bersih buah oren dan belah kpd dua
2. Keluarkan isi oren daripada kulitnya (hati2 supaya kulit oren tidak terpecah)...ketepikan kulit oren tersebut
3. Ambil jus drpd isi oren yg dikeluarkan tadi dan ditapis, jadikan sebanyak 100 ml
4. Didihkan agar2 bersama-sama air hingga agar2 larut
5. Masukkan perahan jus oren dan juga gula, kacau sebati
6. Masukkan sedikit pewarna kuning, rasa kemanisan yang dikehendaki, if ok...angkat
7. Letakkan kulit oren dlm ramekin kecil/cawan/acuan lompang etc. agar kedudukannya stabil
8. Tuangkan agar2 tadi ke dlm kulit oren, sejukkan dlm peti ais dan potong sebelum dinikmati...


nota kaki :
* saya guna 1 paket agar-agar strips kaler kuning, jd tak pyh letak pewarna dah
* sukatan air sama
* isi oren yang dah dikeluarkan tu saya masukkan sedikit ke dalam agar2 supaya nmpk lebih 'real' :)


Selamat mencuba....


Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha....

Buat semua, Muslimin dan Muslimat.... selamat menjalankan ibadat korban... walau di mana anda berada.....




Kuih raya segera



*** Tahun ni mcm tahun2 seblum jgk, Aidiladha tak balik kampung.... sadisnya... tapi lagi bertambah sadis sebab terpaksa beraya bertiga dengan Anis dan Aina jer.... sayunya bila dgr takbir raya..... utk mengubat kedukaanku ini, masak2 sket dan ajak kwn2 terdekat yg sama2 tak balik kampung....


*** Suamiku nan tersayang beraya jauh nun di seberang laut..... pandai-pandailah jaga diri di tempat orang.... anak2 dah mula bertanyakan papa.... kami semua merinduimu...


*** Kakakku nan seorang tu pun beraya kat sini jgk. Tahun2 yang lepas dia beraya kat rumah mertuanya nun di Mersing sana... tahun ni nak ubah selera beraya di rumah sendiri... dapat ler kami tumpang sekaki....


*** Nun di KB sana, adikku yg bongsu buat pertama kali menyediakan juadah raya... tinggal berdua je dgn ayahanda... moga mereka tabah tanpa suara riuh kami.... cucu-cucu yg lain pasti dtg memeriahkan suasana....

Tuesday 1 November 2011

HMF Disease


Dua minggu lepas, Aina diserang virus HMFD ( hand, foot and mouth disease). Tak tau dari mana dia dapat virus ni..... mula2 dia demam, lps tu Aina mengadu ada ulser dlm mulut. Bila belek2 badan Aina, ada bintik2 merah dekat tangan dan sekitar kaki... bawak gi klinik doktor bagitau sakit dia.... risau jugak sbb pernah dgr bbrpa kes yg serius jgk dek penyakit nie....

beberapa hari jugak ler dia tak makan dan minum. Susu pun tak nak minum dek penangan ulser dalam mulut tue.... naik risau jgk kami.... maklumlah dia ni kan pantang nampak makanan , semua dia NGAP. bila tak makan/minum ni takut ler plak ... kang tak pasal2 berkampung kat wad. Berat badannya dah turun... pipi yg kembang tu dah susut sket.

Bila ulser dlm mulut tu dah reda, br Aina nak minum.... tapi nmpk ler dia mcm takut2 nak makan.... tapi sekarang dah kembali sihat............... selera makannya pun dah kembali....... tu yg mkn tak hengat.... kes balas dendam la nih.

Utk info lebih lanjut berkatan HFMD ni blh rujuk sini.....





Aina : Hi u ols... jgn takut nak dekat dgn I, I dah sihat k?!

Sunday 30 October 2011

Cuti2 Malaysia sempena Deepavali

Cuti-cuti sakan sempena cuti Deepavali tahun ni. Tak pernah dapat cuti sampai seminggu.... tahun ni bleh plak cuti panjang ( sila baca : cuti berganti ye kawan2)... jenuh dah mengganti tiga kali sabtu tahun ni.

Sempena cuti panjang ni, en. suami pun kene paksalah cuti sama.... tanyalah mana2 suami yg bininya cikgu... cuti diorang kene ikut time cuti bini msg2 ler... tak masuk bila anak dah skolah... semua jadual kene ikut jadual rasmi anak2 le plak....

Balik ke topik asal.

22 Okt ~ packing & kemas rumah... kemas ler sangat.... ada orang nak dtg br terhegeh2 ngemas....

23 Okt ~ bertolak ke Mersing... member sekelas aku kawin...merangkap ex-roommate masa kat KTF dl... akhirnya berjumpa jgk dia 'roommate' sehidup semati.... tahniah Cik Tun... semoga berbahagia ke akhir hayat kalian. Kat rumah cik Tun ni dpt ler mini re-union dgn kwn2 lama... msg2 sibuk dok kejar anak... ada yg dah anak lima, tiga, dua.... baru enam orang yg berkumpul, kalau satu kelas tu blh runtuh pelamin pengantin.... Dah jumpe pengantin.... gerak ke Kuantan.

24 Okt ~ Lepas breakfast, anak2 nak mandi kolam. Baru je 5 minit msk kolam, guard dtg bgtau tak selamat utk mandi-manda sbb nak hujan. Utk memujuk si anak dara yg dah berendam air mata dek frust x bleh mandi kolam, ajak diorang main pasir plak.... dah penat main pasir lebih kurang... packing dan check-out... ada 6 jam lagi nak sampai KB.... dalam kereta macam biasalah... driver sorang yg layan blues... sampai KB pkl 4 ptg.

25 Okt ~ Sesi shopping ler.... kalau balik KB tak intai tudung2 terkini rasa tak sah....

26 Okt ~ Rehat2kan minda di rumah... bersedia utk pengembaraan berikutnya....

27 Okt ~ Bertolak dr KB pagi2.... sampai kat Genting Highlands pkl 3 ptg. Bwk anak2 naik kereta kabel... pusing2 sekejap... berangkat ke KL plak... nak masuk theme park pun tak berbaloi sbb dah ptg... masa nak turun hujan la plak....

28 Okt ~ KLCC - Aquaria - Bangi....




29 Okt ~ Hubby ada kelas, jd mama dan anak2 gi ronda dgn kwn mama (ex-roommate kat UTm jgk) ... gi Sogo, ada sales la plak... tp dah hujung2 tahun camni mood shopping dah kureng.... cuci mata jelah... bertolak dr KL sampai rumah pkl 10 mlm... sempat le tgk N9 jaring gol utk juarai Piala Malaysia




30 Okt ~ sesi mendobi................................... kasi dera itu mesin basuh yg dah cuti satu minggu hahaha....

Sekian.... ringkasan aktiviti seminggu kami. Isnin esok, balik ke rutin normal.

Sunday 16 October 2011

Memori biskut gula & teh 'o'



Minum petang yang simple... biskut cicah air.... nyum nyum sambil melayan fikiran.


Album kenangan mula terselak... terkenang zaman muda remaja dulu, masa study kat UTM. Petang2 gini ada aje aktiviti makan2 sambil berkumpul geng sekuliah. Dah tu, takde xtvt nak buat... kalau nak tgk tv nak kene berjalan naik bukit pastu tgk ramai2 kat dewan. nak bergayut kat publik phone xde pakwe plak :) (of coz ler p.phone tu penuh & nak kene ambik giliran satu hal - zaman h/phone tgh mahal).


balik smula ke topik, port berkumpul slalunya tak tetap... ikut suke lah nak serang bilik sapa. selalunya bilik2 yg 1st floorlah jd mangsa. kalau yang kene panjat tangga ni tak brpa dikunjungi sgt. Adalah bilik sorang member ni yg kitorang suka serbu sbb stok makanan dia slalu banyak hihi...


Air yg femes & tentunya paling senang nak buat si teh 'o' ni ler. Partner teh 'o' ni biskut cream cracker cap ping pong & biskut gula. sambil makan sambil bergosip (biasalah pompuan kalau berkumpul).


Sebut pasal biskut gula ni teringat plak kat sorang rakan sekuliah tu... kitorang gelarkan dia 'biskut gula' sebab apa? Sebab dia ni kalau orang tgk dia dia akan tersipu2 malu. senyuman dia manis macam gula... bilalah nak mintak maaf dgn bdk ni... sampai skrg rasanya dia tak tau kitorang panggil dia sekut gula hahaha... ops. ada lagi sorang.... 'roti' ... sbb orngnya agak lembut sket...kdg2 seriau jgk bila bercakap dgn si roti ni. lembut lain mcm. syukur tak jd en. pon***. masing2 'sekut gula' n 'si roti' tu dah ada anak....


Sampai sini dulu....


Friday 14 October 2011

kakak dan adik




Anak-anak main mama dgn baby.

kak anis jadi mama, aina jd adik, mama (me) di panggilnye kakak, papa plak jd abang.

hari ni dah bertukar status plak : Aina jd mama, Anis jd adik.

Laaaaayan ajelah.... selamat berhujung minggu....

Saturday 8 October 2011

setelah 2 minggu

"Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan...."

Kita sering mengulang ungkapan di atas.... setiap kali terjadinya sesuatu.

Benarlah.... sesungguhnya perancangan Allah itu cantik, teratur dan tertulis sejak awal. Siapa kita utk mengatasi perancangan Dia. Siapa kita utk mempertikaikan qada & qadar-Nya.

Sepatutnya tghari 24 sept tersebut aku kena ke Ulu Tiram, jadi urusetia utk Kem Ibnu Sina, tapi disebabkan ada bbrpa halangan (kat skolah ada kursus seblah pagi, tghari plak suami ke attend majli konvo), maka pemergian ke sana aku lewatkan ke malam. Malam tu plak ada sambutan raya kawasan taman aku ddk ni. Nak dijadikan cerita, suami tak jadi masuk dewan konvo sbb seat dah penuh. Dia balik awal. kalau nak diikutkan, patut terus jelah hantar aku ke Ulu Tiram. tapi cik abang cakap dia nak hantar malam.

Lepas solat maghrib, aku duduk berteleku di sejadah... tak macam kebiasaan lepas doa trs bgn siapkan itu-ini. lagipun beg utk bermlm di Ulu Tiram aku dah siap2 msk kereta, anak2 semua dah mandi... tunggu nak siapkan diri je utk majlis raya dn ke U.trm. Tiba2 kakak aku called, ckp mak tenat... aku jd x keruan... cuba hubungi keluarga di kampung utk mengetahui status sbnr....

Suara orang di sana diselangi esak-tangis.... "kaki tangan mak dah sejuk, kalau blh balik, baliklah..." Saat itu, aku dah sebak. Tak mampu nak bercakap dah.... tapi kugagahkan jgk bagitau suami. "Jom balik". Ringkas aje katanya. Antara percaya dgn tdk, aku trs kemaskan pakaian... beberapa helai aje mana yg nmpk dpn mata. Lepas Isyak... kami berlepas ke KB. Kakakku ikut kami.

Sepanjang perjalanan, kami cuma diam. Masing2 melayan fikiran. macam2 yg timbul difikiran ini. Namun aku cuba buang semuanya. dan berdoa kami sempat menyentuh tangan panas mak. Cuma suara anak2 yang agak 'excited' nak balik kampung, walaupun mrka agak pelik sepatutnya gi hntr mama ke ulu tiram tapi tiba2 nak balik kampung plak. Tak sampai dua jam perjalanan, abang long call, "mak dah takde". Aku tak mampu berkata apa2 lagi.

Terima kasih suamiku sudi memandu tanpa henti sepanjang malam (inilah kali pertama kami balik malam). Tanpa kerelaanmu, kami tak mampu sampai jam 8 pagi di KB.



************************************


Kami merancang utk menjenguk mak cuti Deepavali nnt... tapi mak lebih dahulu dijemput oleh Penciptanya. Aku merancang utk jaga mak cuti hujung tahun nnt... tapi mak lebih dahulu pergi meninggalkan kami. Aku merancang.... banyak lagi yang aku rancang utk mak, tapi semuanya sudah tak mampu aku tunaikan.... hanya doa yang mampu kuhadiahkan utkmu IBU.


Ubat-ubatan arwah mak... bekalan utk beberapa bulan.



Cinta mereka hingga ke hujung nafas....
catatan : gambar ni masa konvo anak ke-5 di UTM tahun 2003



catatan hari terakhir arwah mak diblog adik bongsuku << klik sini >> dan jugak << sini >> terima kasih dik kerana pengorbananmu menjaga mak.... hanya Allah yang membalas setiap tenaga yang kaucurahkan.


Sesungguhnya, pemergian mak secara tiba-tiba seakan meragut semangat... kini kami semua merinduimu.... Masih terbayang wajah mak yang jernih, tenang dan tersenyum di pembaringannya. Al-fatihah utk mak.


Saturday 1 October 2011

Syawal nan lalu

Raya tahun ni semua jemputan open house terpaksa ditolak, orang nak dtg beraya di rumah pun dah diberi amaran awal... dua kanak2 diserang chicken pox... sapa nak virus sila lah dtg...

Minta maaf buat kawan-kawan yang nak sgt datang rumah @ yang jemput kami tahun ni tak beraya rumah kalian... lain kali bleh lagi..... kalau umur panjang.


Aina gigit kuku... duit raya tahun ni kurang :)

Thursday 29 September 2011

Al-Fatihah Buat Bonda...

Assalamualaikum....

Tanggal 24 September 2011, kira-kira jam 9.50 malam... ibundaku nan tercinta, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir... dijemput menemui Penciptanya..... di usia 66 tahun.

Sebagaimana sukar untuk aku menerima hakikat ibuku disahkan mengidap 'Multiple Myeloma' (cancer of the plasma cells in bone marrow) dua bulan lalu... begitu juga dengan hati yang pedih aku menerima kehilangannya pada malam itu.

Jam 10 pagi, jenazah dimandikan... dengan bantuan semua anak perempuan, menantu dan adik2 ibuku.... sejam kemudian arwah sedia untuk dikafankan. Kali ini hanya anak2 perempuan arwah yang membantu.

Selesai dikafankan, saat2 terakhir sebelum di bawa ke masjid.... kami mengucup arwah sepuasnya... bergilir-gilir.....kali ini air mata dah tak tertahan... kulihat airmata ayah, abang, adik dan semua yang hadir... sampai saat ini... wajah terakhir bonda masih melekat kemas difikiran ini ....dalam balutan kain kafannya....

Menjelang tengahari... segala urusan solat jenazah dan pengkebumian telah selesai....

Bersemadilah bonda di sana dengan aman....... Kami akan merinduimu....

Al-Fatihah....


Pusara bonda

*** to be continue***


Thursday 15 September 2011

Anis ~ Chicken pox plak

Assalamualaikum....
Belum sempat buat entry raya.... balik je dr KB minggu lps, Anis kene chicken pox. Hari Isnin masih sempat gi sekolah, petangnya bila Anis ngadu sakit, mama tgk kat badan dia dah penuh bintik2 berair... terus bwk gi klinik.

Sekarang ni dah masuk dua minggu Anis 'cuti' sekolah... cuti yang formal, tapi kat rumah masih rajin menulis, mewarna, membaca etc. Hujung bulan depan nak exam, harap dia blh cover pljrn yang tertinggal kat kelas....


Get well soon dear.

Thursday 8 September 2011

9

tarikh 8 September genap 9 tahun bersama... 4 thn berdua.... 2 tahun bertiga.... 3 tahun berempat.... berlima? belum lagi.... bukan kami yg menolak, cuma rezeki yg blm ada... Sesungguhnya Dia yg lebih
mengetahui...





*** dek kesibukan msg2... tahun ni x sempat nak beli hadiah, kad @ celebrate... cukup sekadar ingatan.... (kalau PM nak bagi bonus lagi bg jgk, bleh gi oversea ;)

Friday 19 August 2011

Minggu ke-30

Assalamualaikum.


Minggu ni dah msk 30 minggu sesi persekolahan thn 2011 ni... penatnya Ya Allah... dgn setelkan markah ujian pljr, key-in markah, percubaan PMR plak (marking lagi), siapkan fail PBS, gantikan fail panitia yang missing in action (kene siapkan jugak sbb ada pegawai dr JPNJ dtg memantau fail SPSK (Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti), dalam masa yg sama minggu ni 1st time jadi ketua guru bertugas.

Alhamdulillah utk pemantau SPSK, sekolah kami dpt 95%... berbaloi jgk penat-lelah menyiapkan file2, tukar isi perutnya berkali2...

Lega rasanya bila semua selesai dan berjalan lancar... kecuali satu lagi yg blom siap - marking paper percubaan. 24/8/11 last day utk key-in marking.

10 terakhir Ramadhan

Dok borak2 dgn kengkawan, ramadhan tahun ni cepat sangat rasanya... pergi kerja fikirkan psl kerja, blk kerja pun fikirkan kerja.... sampaikan terlepas byk rahmat sepanjang Ramdahan... ya Allah berilah kami kekuatan di kesempatan yang ada ini....

Friday 12 August 2011

Fasa ke2 Ramadhan

Ramadhan dah masuk fasa kedua, tinggal lagi separuh fasa ke2 ni sbelum masuk ke Fasa ke3.... tadarus blom smpai separuh... sempat ke khatam seblum ramadhan berakhir?

Preparation raya plak, blom buat apa2 persediaan. Sekut raya nnt beli last minute jer... Baju anak2 beli sket2... selebihnya tunggu kot2 ada mak2 sedara yg nak kasi hihi.... baju mama & papa plak tgk mood saat akhir.... utk rumah tahun ni takde benda baru. Pakai langsir n perabot sedia ada.... Duit raya nnt mintak adik ipar yg kerje bank utk tukar duit kecik.




** budak tak mandi di pantai Cherating


Tuesday 9 August 2011

Ramadhan tahun ini

Assalamualaikum...

Rasanya blom terlewat aku nak ucapkan selamat menjalani ibadat puasa.... sekejap lagi dah nak berbuka ... hari ke-9....

Tahun ni berpeluang menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga di kampung. Bersahur dan berbuka bersama keluarga.....bestnya.

Hari2 terjah ParaM.... hajat hati nak masak sndiri juadah berbuka, tapi bila hari2 balik lewat dan badan pun dah penat, nak masak pun dah takde mood.... senang gi cari lauk 'tunjuk2'... (alasan org malas ni) 8))

Anak2 blom berpuasa.... Aina tu of coz lah kecik lagi, si kakak plak larat puasa separuh hari jer... balik dr tadika muka dah pucat.....

OK lah... selamat meneruskan ibadat anda. One more thing, jangan lupa bayar zakat fitrah.

** Tengah bulan ni dapat bonus.... alhamdulillah.................. syukur nikMat.


Aksi budak yang sgt berselera... apa saja makanan lalu depan dia, dia nak NGAP.




Sunday 24 July 2011

Mak aku msk wad....

Askm...
Ni aku nak kongsi dgn rakan2 yg msh rajin berblog...........

Mak aku sebenarnya dah sakit bbrpa bulan.... kondisinya jd teruk masa bulan 5 hari tu, dia dah tak bleh bangun, berjalan hatta buat apa2 kene dibantu. Masa mula2 aku tgk keadaan dia, hati jd sebak.... sebab tak jangka sebegitu skali penderitaan mak. Masanya lebih byk berbaring.......... tak sprti slalu.... kalau anak-cucu balik, dialah org yg plg sibuk di dapur.... skrg ni, nak mkan pun org suapkan.

Adik aku yg bongsu yg menjaganya siang-malam.... ditakdirkan slps hbs degree sthn lps, adik aku tu trs tinggal dgn mak-ayah, blm ada rezki utk dpt kerja tetap. Mujur ada dia yg menguruskan segala hal di rumah.

Keadaan mak tak bertambah baik, bila doc dtg.... ok sekjap... lps tu takde selera blk..... rawatan tradisional pun buat jgk.... mcm2 cerita smpai x tau nak percaya yg mana........

Melihat keadaan mak yg tak baik2.... dan memandangkan ramadhan tak lama lagi, keluarga buat keputusan utk bw mak ke hospital...... disbbkan aku ni nun juah di sltan.... maka sgla perkembangan terkini keadaan mak hanya di-update oleh adik-beradikku yg ada kat sana...

Day 1 Rabu ~ dua kali x-ray... doc dpti tulang pinggul patah (kesan jatuh 5 thn lps barangkali). Doc masih cr jln camne nak rawat... maybe masuk besi, tp blum comfirm atas faktor usia
Day 2 Khamis ~ Darah 2 beg dah dimasukkan..........
Day 3 Jumaat ~ Doc dpti kalsium sangat tinggi (hasil minum susu Anle**) ... doc masukkan air utk cairkan blk kalsium dlm darah.... ntah brpa botol air dah msk.... hati meronta2 nak balik jengok mak.... sabar.....sabar....
Day 4 Sabtu ~ laporan dr my sister, keadaan mak bertambah baik, blh mkn sikit2....



**********************
Replika nyamuk dr bahan2 terbuang....

Sabtu 23 July ~ aktiviti gotong-royong perdana & senamrobik mer..deka raya...........

Habis skt sendi2 dek penangan senamrobik.... nmpk benar ler dah lama tak bersenam... lepas raya nnt nak start berjoging bersama 2A... 2A naik beskal, mama kejar dr blkg.... hihi....

Sunday 10 July 2011

Lotus ... Desaru lagi....

Assalamualaikum semua...

hari ni ops BERSihkan rumah....
Last week join hubby punyer geng buat family day kat Lotus Desaru.... yg plg happy of coz Anis dgn Aina lah.... dpt main kolam....

Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum ke sana (Khamis) Anis xcident.... jatuh dr van masa balik skolah.... luka lututnya..... Esoknya plak.... si adik plak xcident kecik ... jarinya tersepit celah pintu kereta (kes nak buat sendiri... ini lah jadinya).

Ingatkan percutian kat Desaru ni dah terganggu dek xcident2 td, rupanya takde kesan apa2... alhamdulillah..... malah terlebih happy plak dapat main air lama2.....





Masuk kereta jer... semua tergolek kepenatan..................

Next..... nak gi mana plak ek?

Saturday 21 May 2011

Kenapa saya suka bulan Mei?

sebab... ada Hari Pekerja, Hari Ibu... Hari Guru... birthday anakanda Anis Syafiqah... bday rakan2 pun ramai yg jatuh pada bulan nie.... juga sebab ada cuti skolah.... ada extra masa utk bersama keluarga....

tapi yang tak syoknya... bulan Mei jugak bermakna extra kerja.... periksa setengah tahun... nak kene marking paper.... cuti skolah jugak maknanya ada... kelas tambahan....



Saturday 7 May 2011

Public holiday ~ ke mana kita?

Sejak balik M'sia dua tahun lebih dah ni, jarang dapat bercuti2 sepenuhnya... jadi sempena cuti Hari Pekerja yang agak panjang kali ni, kami bawak anak2 pegi makan angin (dalam negeri aje)... nak tau ke mana destinasi kami... jom layan....


Selamat datang ke... Desaru....






Perjalanan tak sampai dua jam dari Skudai... kalau highway Senai-Desaru dah betul2 siap , lagi cepat sampai....

Aktiviti kat sana... apa lagi kalau tak main air...................... lps tu singgah ladang buaya.... teruja anak2 tgk buaya yang besar2...............

Cuti yang pendek... tapi puas hati....

Lagi aksi anis & aina di sini

Thursday 17 March 2011

Main-main-main


Seronoknya jadi kanak-kanak... tak payah nak susah2 fikirkan camne nak dapat duit, nak pegi keje... dalam hidup diorang cuma main ajer.... dah penat main.... gaduh lah plak....



Aina tunjuk skill berenang... berani jugak si kecik ni terjun dalam kolam... kita yg dok jd penonton naik seriau...



*** cuti dah nak habis... maknanya.... kembali ke alam 'buzy'

Monday 14 March 2011

Sukaneka kat skolah Anis

Assalamualaikum...

Sabtu lepas ada acara sukaneka anjuran skolah tadika kakak anis... plan asal nak bertolak ke KB pagi tu, tp memandangkan Anis dah bersemangat nak msk sukaneka maka kami tunda jadual ke tengahari.

Anis masuk tiga acara ~ mewarna, lari bawak bola dalam sudu, tiup belon dan masuk dlm kain...


Tengah tekun mewarna


Bawak bola dalam sudu ... dapat tempat ke-2


Adik Aina pun tumpang sekaki masuk acara terbuka utk kanak2 bawah 4 tahun, main rebut kerusi... yang lawaknya Aina ni dok kejar kerusi kaler kuning ajer..... tup2... dapat no 1 ...

steady aje Aina... lawan budak lebih besar plak tu....
kerusi beracun ~ dapat no. 1


Mama dgn papa pun masuk acara utk ibu bapa... sekadar nak mencukupkan peserta... permainannya baling belon berisi air... dapat johan bersama... tapi gambar pa&ma takde...

So... masing2 dapat hadiah.... tak sia-sia balik lambat.

More picture blh tgk kat blog ainavsanis