Saturday, 8 October 2011

setelah 2 minggu

"Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan...."

Kita sering mengulang ungkapan di atas.... setiap kali terjadinya sesuatu.

Benarlah.... sesungguhnya perancangan Allah itu cantik, teratur dan tertulis sejak awal. Siapa kita utk mengatasi perancangan Dia. Siapa kita utk mempertikaikan qada & qadar-Nya.

Sepatutnya tghari 24 sept tersebut aku kena ke Ulu Tiram, jadi urusetia utk Kem Ibnu Sina, tapi disebabkan ada bbrpa halangan (kat skolah ada kursus seblah pagi, tghari plak suami ke attend majli konvo), maka pemergian ke sana aku lewatkan ke malam. Malam tu plak ada sambutan raya kawasan taman aku ddk ni. Nak dijadikan cerita, suami tak jadi masuk dewan konvo sbb seat dah penuh. Dia balik awal. kalau nak diikutkan, patut terus jelah hantar aku ke Ulu Tiram. tapi cik abang cakap dia nak hantar malam.

Lepas solat maghrib, aku duduk berteleku di sejadah... tak macam kebiasaan lepas doa trs bgn siapkan itu-ini. lagipun beg utk bermlm di Ulu Tiram aku dah siap2 msk kereta, anak2 semua dah mandi... tunggu nak siapkan diri je utk majlis raya dn ke U.trm. Tiba2 kakak aku called, ckp mak tenat... aku jd x keruan... cuba hubungi keluarga di kampung utk mengetahui status sbnr....

Suara orang di sana diselangi esak-tangis.... "kaki tangan mak dah sejuk, kalau blh balik, baliklah..." Saat itu, aku dah sebak. Tak mampu nak bercakap dah.... tapi kugagahkan jgk bagitau suami. "Jom balik". Ringkas aje katanya. Antara percaya dgn tdk, aku trs kemaskan pakaian... beberapa helai aje mana yg nmpk dpn mata. Lepas Isyak... kami berlepas ke KB. Kakakku ikut kami.

Sepanjang perjalanan, kami cuma diam. Masing2 melayan fikiran. macam2 yg timbul difikiran ini. Namun aku cuba buang semuanya. dan berdoa kami sempat menyentuh tangan panas mak. Cuma suara anak2 yang agak 'excited' nak balik kampung, walaupun mrka agak pelik sepatutnya gi hntr mama ke ulu tiram tapi tiba2 nak balik kampung plak. Tak sampai dua jam perjalanan, abang long call, "mak dah takde". Aku tak mampu berkata apa2 lagi.

Terima kasih suamiku sudi memandu tanpa henti sepanjang malam (inilah kali pertama kami balik malam). Tanpa kerelaanmu, kami tak mampu sampai jam 8 pagi di KB.



************************************


Kami merancang utk menjenguk mak cuti Deepavali nnt... tapi mak lebih dahulu dijemput oleh Penciptanya. Aku merancang utk jaga mak cuti hujung tahun nnt... tapi mak lebih dahulu pergi meninggalkan kami. Aku merancang.... banyak lagi yang aku rancang utk mak, tapi semuanya sudah tak mampu aku tunaikan.... hanya doa yang mampu kuhadiahkan utkmu IBU.


Ubat-ubatan arwah mak... bekalan utk beberapa bulan.



Cinta mereka hingga ke hujung nafas....
catatan : gambar ni masa konvo anak ke-5 di UTM tahun 2003



catatan hari terakhir arwah mak diblog adik bongsuku << klik sini >> dan jugak << sini >> terima kasih dik kerana pengorbananmu menjaga mak.... hanya Allah yang membalas setiap tenaga yang kaucurahkan.


Sesungguhnya, pemergian mak secara tiba-tiba seakan meragut semangat... kini kami semua merinduimu.... Masih terbayang wajah mak yang jernih, tenang dan tersenyum di pembaringannya. Al-fatihah utk mak.


5 comments:

Anonymous said...

Innalillah..Sabar ye kak gee..Moga tabah menghadapi saat kehilangan insan tersayang..

-Rin, mama syifa fatin

Puan Gee said...

T.ksh rin. apa2 hal pun hidup perlu diteruskan...

luthfil07 said...

Gee, bila sentuh bab2 ibu ni mula la rasa sebak.. ye la kan, dia la yg selalu doakan kita, bg nasihat itu ini kat kita, buat itu ini dan macam2 lagi semua untuk anak2nya....tetiba dia pergi buat selama-lamanya... rase mcm tak puas bersama dia... tapi mcm Gee ckp, hidup perlu diteruskan... Allah lebih menyayangi mereka...biar mereka tiada lagi bersama kita tapi sentiasa di hati...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu kita..

Puan Gee said...

emmy - aaamin

ishamizu said...

Takziah n alfatihah. Izu tmpg bsedih k gee. Sob2