Thursday 7 February 2008

It takes two to talk

Alhamdulillah perabot yg paksu beli dah sampai, dah selamat berada di tempat masing2...puas hati w/pon ada sedikit 'perang dingin' masa nak menguruskannya. Biasalah... masing2 ada pendapat hihi..lega bila dah beres.

Anak maksu pun dah lebih setahun setengah usianya... mulutnya makin becok. Setiap hari ada aje perkataan baru yg boleh dituturkannya. Kalau sebelum nie dia agak tak nak ikut bila maksu sebut sesuatu perkataan. Tp sekarang dah nampak perubahan positif. Walaupun tak semua perkataan boleh disebut dgn betul...tp kita tak blh nak harapkan si kecil terus dpt buat dgn perfect kan?? Slow n steadylah.

Tadi bila maksu pasang cd lagu kanak2 dia bukan setakat menari, malah maksu dapat dengar dia ikut skali menyanyi. Satu lagi perubahan positif. Thumb up to u Anis!! Lps ni blh la ikut mama zikir plak ye.

Ada satu buku maksu tengah baca... antara isinya...utk nak galakkan anak kita bercakap, kita as parent kene banyak borak dgn dia. Dan utk setiap aktiviti tu kita sebut dgn jelas perkataan yg nak diajar tu. Berulang-ulang. Tak abis lagi baca buku tu...nnt maksu citer lagi apa isi buku tu. Yg pastinya...Ittake two to talk.

No comments: