Wednesday 7 May 2008

Shopping, Windsor & makan2

Weekend yg baru lepas nie cuaca berubah2....sabtu tue panas ajer... ahad plak sejukkkk dan Isnin pagi semalam hujan...bawak ke tengah hari.... lepas tue panas sampai ke petang. Oh ya...semalam cuti. Selalunya kalau cuti bank holiday... aktiviti jalan2 ronda kedai, maklumlah selalunya banyak sale. Tapi malas plak nak ronda kedai..sebab balik2 beli baju Anis jugak.

Sabtu ~ ke Windsor ... lama dah nak tengok Windsor Castle, kediaman Queen Elizabeth. Plan nak keluar pukul 9, tp mcm biasalah... tersasar sampai 9.30 pg. Tu pun blh keluar awal sbb pakSu yang buat breakfast, jd makSu siapkan sang puteri. Sampai kat sana dah tengahari... kene beratur panjang plak... dekat setengah jam (rasanya lebey) baru dpt beli tiket. Next time kalau nak ke mana2 attraction yg famous nie kene beli tiket online lah.

Pusing2 istana, mood sang puteri nak bergambar pun baik. Sebahagian kawasan tak boleh masuk, maklumlah kediaman queen kan... polis pun dok kawal kawasan tue. Ingat nak naik boat menyusur River Thame..tapi tak sempatlah bila tgk jam dah pkl 4 pm.. nnt lewat plak sampai rumah.

Tempat tinggal Queen of England

Aiskrim DiRaja ~ £2 satu

Ahad ~ Aktiviti pagi macam biasalah ke carboot sale. Dah jadi aktiviti tetap sejak tiga tahun lepas... kalau takde carboot dalam satu minggu rasa macam tak lengkap hari minggu hihhi... Lps tue balik rumah prepare something utk petang nanti...ada tetamu jauh nak bertandang...kawan2 sekerja pakSu yang sedang berjuang di medan perang hahaha...

Tiga keluarga semuanya yang muncul...nsb baik masak lebih. Bila lama tak jumpa tu macam2 lah yg diborakkan. Kanak2 ribena pun riang-ria main. Bayangkan lima kanak-kanak ribena jumpa... riuh rendahlah rumah jadinya. Anis seronok sangat, maklumlah dah lama tak jumpa Fatih, Fawwaz dan Kak Anis. Tambah lagi sorang geng, Kakak Sofea. Paling seronok Baby main dukung2 dengan Fatih. Bila semua dah balik...sedeylah plak dia.

Anis & Kawan-kawan

Isnin ~ Hari ni ada jemputan majlis bbq bufday party geng Anis yang kedua. Anis enjoy sangat jumpa kengkawan. Bestnya makanan... makan sampai penuh perut. Tu pun rasa nak makan lagi..tp dah takde space nak sumbat.

Leka main dengan Haris & Syifa

No comments: