Friday 27 June 2008

Till we meet again

Salam
Agak sedih hari ni, salah sorang rakan dan jiran terdekat dgn kami akan kembali ke tanahair selepas dah selesai urusan masternya kat sini.

Sedihnya sebab Anis kehilangan sorang kawan bermain dan selalu lepak sesama. Kadang2 gi school sama2. Cuma kebelakangan ni tak ke sekolah sbb parents masing2 ni sibuk memanjang.

Bukan takde jiran lain yang ada anak sebaya dgn Anis, cuma yang lain geng2 hero... main agak kasar sket lah. Lagi dua orang kakak plak dah nak pindah minggu depan, jauh sket dr rumah ni. Nampak gayanya kenelah Anis main dgn mama ajer.

InsyaAllah bila segala urusan papa selesai kat sini, giliran kita plak kembali ke tanahair.... jumpa nenek, tok, tok ayah, pakcik2 dan makcik2 sedara Anis dan sepupu-sepapat Anis yang ramai tu.

Sempat main2 sementara nak bertolak

Syifa (baju hijau) dengan mamanya Azrin (baju biru)

Till then, bye bye

No comments: