Mula2 nak cerita pasal raya lah... mula2 tu agak was-was jugak nak balik ke tidak sbb masa tu sebelah terengganu dan kelantan kan banjir gelombang kedua... dan boleh dikatakan semua laluan yang kami nak lalu tu dinaiki air... bila dgr laporan kat tv banjir dah makin reda, kami nekad nk balik kampung jjgak, kalau tersekat kat mana2, kita kira cuti2 malaysia jelah.
So, rabu tu kami bertolak dr rumah seawal jam 8.45 pg... alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan amat baik... cadangan awal nak bermalam di mana (selalunya kuantan/ kuala trgganu) tak jadi... trip satu hari. Sampai kat rumah mak aku jam 8.45 mlm.
Bila tengok blog orang, br ler daku sedar bahawa masa raya hari tu tak ambik gambar... penat ajer usung kamera ke hulu ke hilir. Tapi nak tunjuk jugak ler sekeping dua yg di snap.

Aina yang tak bleh nampak makanan... dlm kereta masa nak balik jhr

Minum susu berjemaah

Anis dgn sepupu2 ~ kak Izzati & Wawa
Aktiviti masa raya... makan...makan...makan.... apa lagi kalau tak makan daging korban.... nasib baik tak kene darah tinggi. Balik semula jb hari Isnin tapi Selasa baru sampai rumah. Malam tu bermalam kat Kuantan. Cadangan asal nak terus trip satu hari ajer... tp sepanjang jalan hujan plak... ditambah plak keadaan jalan yang berlubang2 meny'elow'kan perjalanan.
*****************************************************
Cerita kedua nak cerita pasal accident plak. Ada dua accidents sepanjang minggu ni.
Yang 1st, kereta kami disondol motor. Patah sidemirror seblah kanan dan kemek ler jugak pintu penumpang bahagian depan. Ceritanya gini, raya kedua kitorang gi beraya kat rumah my brother... masa balik nak masuk lorong rumah mak aku, mcm biasa ler hubby bg signal dan slowkan kereta ( nak masuk lorong takkan nak pecut plak?!). Elok ajer kereta belok nak masuk lorong tu tiba2... bump!!!! Motor tu plak nak gi straight. Kita dah elok slow dan ketepi, bleh lagi dia nak mencelah padahal dia nak gi terus.
Terkezut badak aku yg ddk bahagian depan. Kuat betul bunyi... dan mamat yang bawak motor tu aku nampak kalut nak imbangkan motor dia dr terbalik (dia bawak budak dalam raga motor dan budak tu tak pakai helmet). Budak kecik tu aku agak umur dua tahun lebih...nangis... tp dia elok ajer kat raga motor tu. Yg mamat motor tu gosok2 lutut dia dan ada ler berdarah sket. Katanya tak nampak signal.
Musim raya, kedai/ bengkel semua tutup lagi... so masuk bengkel kat johor ler. Terpaksa bawak kereta yang berbalut dgn tape sampai sini. Sayangnya lupa la plak nak ambik gambar kereta yang cedera tu. Lepas keluar bengkel, dah macam kereta baru la plak.
Accident kedua plak, pasal Aina. terjatuh kat bilik air... terbelah kat dahi kanan la plak. sian anak daraku nan sorang tu... budak kecik ni tgh melasak, tambah plak baru dapat bejalan ni... asyik nak jalan ajer. Kalau tgk kak Anis mandi, dia pun sibuk nak mandi jugak. Suka btol main air. Hari ni hari ketiga... luka dah tertutup...

Tengok ler auntie, dahi saya yang cedera ini.

Ok, sampai ketemu lagi... saya akan jenguk blog anda nanti.