Friday 11 July 2008

Salam
Seminggu menyepi ni sebab takde cerita sensasi nak diutarakan kat sini. Perkara yang sama diulang setiap hari.


Ahad hr tu hujan plak dr malamnya, jd secara otomatik acara carboot pun kensellah. Lps dah kenyang kitorang gerak gi ASDA ambik gambar yg cuci minggu lps, pastu gi Tesco shopping brg dapur sket. Seblom balik singgah Toys 'r' us bawak Anis tengok menan (Anis mmg suke kalau dibawak ke sana). Kat Tesco sempat sambar beberapa helai baju Fifi (50% offer).

Macam display kat kedai plak

Isnin, sempat berkunjung ke beberapa kedai kat city center... tu pun hubby offer nak hntr n ambik, jd cpt ajer angguk kepala n bersiap. Tak pyh nak mekap2 atau gosok bj dah... yg penting bwk fulus n bekal utk budak tecit tu jer spy dia dok diam.

Byk gilos sales... memang rambang mata terutama brg utk si keciklah. Sempat masuk Next - takde sale - sj je msk survey koleksi terbaru, cantik2 tp tak beli pun. Sasaran seterusnya - Clark. Mmg byk offer... tp yg leceh nak beli kasut kat sini seblom try, nak kene pastikan dua perkara ~ harga & kulitnya bukit dr kulit cik ba*i. Ada yg berkenan...tp bila dok campur tolak kali bahagi, bila masa nak pakai ni??? tak jadi belilah (kalau hubby ikut ni silap2 dia dulu yg beli). Penyudahnya... si kecik jugak dpt sepasang... ada lg yg makSu berkenan... tp kontrol nafsu sket.

Nape gmbr jd senget nie?? Lyn jelah

Bulan ni je Anis dpt empat psg kasut baru (tak termasuk yg beli kat carboot yea)... sorry papa...mama janji tak beli dah buat masa terdekat nie hihi

Lps tu sasaran seterusnya nak gi Primark ... tp bila lalu kat ADAMs store kaki secara otomatik teermasuk ke situ plak. Kat sini lg byk diskaun... tp tak selesa nak menilik brg2 kat situ sbb si kecik ni pun sibuk nak pilih sama. Penyudahnya penat kejar dia jer... tak beli ape2 (walau dlm hati nak sgt beli huhu) angkut si kecik kluar kedai. Tak jd gi Primark, singgah farmasi n gi jumpa hubby kat meeting point.

Hari2 seterusnya , layan si kecik ni kat rumah je. lagipun kat luar tu kejap gelap-kejap cerah...drpd cari penyakit baik dok dlm rumah layan Anis baca buku Shrek.

1 comment:

aku said...

aikkk...td masuk sini
seluruh pages ni kaler merah