Sunday 4 October 2009

4 Okt ~ Setahun sudah berlalu

Anis ~ Coventry Train Station... a moment before we left Coventry


salam...
dalam tak sedar hari ni tarikh 4 oktober menjelma ... bermakna sudah setahun kami meninggalkan bumi coventry. dalam setahun macam2 yang berlaku... bila kepenatan melanda... ingin rasanya kembali ke coventry... melalui hari2 sebagai surirumah sepenuh masa.

Kadang2 rindu untuk melalui hari2 riang melancong ke negara orang. Kesuntukan masa di tanahair sendiri membataskan langkah untuk meneruskan aktiviti jalan2. Bila ada masa terluang, sibuk nak balik kampung plak.

Ok, berbalik pd cerita 4 Okt tahun lepas, antara rentetan peristiwa hari terakhir kami di UK :
  • berperang dengan tuan rumah yang main sembunyi2 (sbb taknak pulangkan wang deposit). Sampaikan terpaksa ke balai polis mengadu kena main dgn tuan rumah. Akhirnya dapat jugak duit deposit tu walaupun tak sepenuhnya. (pengajarannya : kepada sesiapa yg tuan rumah org pakistan tu kene hati2 le, diorang ni time nak bg sewa semuanya baik ajer... ramai dah yang terkena).
  • ke London naik train, kononnya nak pusing2 utk kali terakhir. Tapi disebabkan kes main sembunyi2 dgn tuan rumah aje habis dekat tengahari... sampai london dah pkl 1. tak terfikir plak seblom tu ttg luggage yg besar gedabak, dan aku yg tgh pregnant 7 bln lebih. Penyudahnya tak jadi ronda2.
  • Nak makan kat Cafe Bonda, tapi boleh plak salah naik bas sesat... jumpa sorang makcik yang baik hati tolong tunjukkan jalan ke train station. masa tu dah pkl 4 ptg. Mkn cepat2 trs berkejar ke Victoria Station ambik luggage. Masa tu dah risau trafik dah start jam.
  • Ambik taxi ke Heathrow Airport. Jalan jam giler... dup-dab-dup-dab kat dalam dada tak bleh nak cakap ler... takut tak sempat nak check-in. lagi satu berdebar tengok meter taxi tu... takut tak ckp duit nak bayar tambang. Alhamdullillah selamat sampai kat airport dengan pemanduan hebat brader negro tu. Boleh masuk F1 tu.
  • Sampai airport, terus check-in. Takde apa2 masalah, petugas pun tak tanya pasal perut aku (dah stand-by surat doktor skali).
  • Dah ddk dalam flight baru boleh bernafas lega.....
  • Sampai di KLIA terus ambik flight ke KB ... sampai kat KB jam 12 tengahmalam...famili sedia menunggu. termasuk mak, ayah, mIL dan adik-beradik ... tak semena-mena air mata mengalir keluar plak. Sampai skrg aku tak tau knpa.
Itu ler rentetan kenangan hari terakhir di UK. Panjang umur moga dapat jejak kaki ke sana sekali lagi. Amin.

5 comments:

ryani said...

teringat pics gee yg suka ronda2 negara org masa kat sana kan? xpela yg penting dah selamat dok kat malaysia..blehla kelik klate sokmo soping2 kat atas pasar...eheheh

eija28 said...

moga2 nanti kak gee sampai ke sana one day nanti bawa aina.....

luthfil07 said...

Gee, air mata yang mengalir kluar tu maybe sbb akhirnya selamat pulang ke tanahair dan akhirnya dapat bertemu semula wajah2 yang dirindui (ni pada pemikiran saya le... hehehe)... jomm jomm pi coventry semula.. rindu aihh pi carboot...hehehe...

Helmiyani said...

insyallah ada rezeki bleh sampai lagi.. :) pastu bleh shopping heaven plak!

Mrs. Ishamizu said...

ye la kn kgee, kmi pon rindu living in Coventry/UK..relax je...mmg satu pengalaman manis!ada yg pht tu biasala kn sikt2 pst ada. tp mmg klu ada rezeki nk pg lg.xserik.:)

Insya Allah kGee pon dpt gi sana lg, mst nk bwk aina plak kn?:)