Monday 21 April 2008

Me, getting pregnant again???

Salam

Jangan terkezut plak baca tajuk post kali nie... hihi.... kalau betul apa salahnya, rezeki jangan ditolak...selagi ada kudrat dan kesihatan mengizinkan tak salah nak tambah zuriat lagi. Lagipun makSu mmg taknak tangguh lelama kalau boleh... selepas umur 35 dah nak stop. Tapi kita nie hanya merancang segalanya serah kat Tuhan.

Bila cerita bab ngandung nie , terkenanglah camner masa mula2 tau makSu nie bakal bergelar ibu. Ceritanya camnie...

Masa tue kitorang baru ajer celebrate anniversary yang ketiga... blk dr Wales... dua22 demam la plak. Sudahnya pakSu kene 'chicken-pox' (c.p)~ berjangkit dgn sorang kawan yg tumpang kereta kitorang masa ke Wales tu ~ MakSu plak dalam dok demam tu sedarlah 'period' dah lewat beberapa hari. Masa gi jumpa nurse psl demam tu nurse tanya psl last period. Bila ckp dah lewat, dia suh wat pregnancy-test (makSu mmg tak pernah buat test sendiri w/pun dah tiga thn kawin masa tu).

Resultnya ... jeng jeng jeng ... POSITIF. Suka sangat masa tue.. sampai tak sedar keluar airmata dan terus mintak kebenaran nurse tue nak peluk dia (hubby tak masuk, tunggu kat luar).

Masa on the way balik tue cakaplah kat hubby yang "I nie pregnant". Dia bleh gelak dan cakap "Itu hanya cerita dongeng". So... kalau tak caya... sudahhhhh.



Balik rumah, pakSu soh buat skali lg pregnancy test dan tunjuk result kat dia.... siaran ulangan la plak. Keputusannya samalah. So... berita gembira yg kami bakal bergelar ibu-ayah diraikan dengan tido bilik asing2 sbb pakSu dah kene c.p ~ kes takut berjangkit lah nie ~ huhuhu.

Bila baca banyak artikel ttg kesan c.p pd perempuan hamil nie... naik risau la plak. Jadi esokknya MakSu buat appointment dgn GP (panggilan utk doktor kat sini) ... bgtau situasi masa tue... GP suruh gi buat pregnancy test & check sama ada badan makSu nie dah imune dgn c.p blom kat hospital dan2 tu jugak. Besoknya dpt result dr hospital, GP sendiri call suruh gi ambik 'chicken-pox injection' utk imune badan dr terkena c.p.

Masa tu pakSu punya c.p dah kering... blh la hantar isteri kesayangannya nie ke hospital. Kalau tak jenuh jugaklah diriku ni nak kene naik bus. Dapat dua suntikan... nak tau katner?? Kat montot lah... kiri dan kanan. Tukang cucuknya doktor lelaki plak tue... adeh... malu seh... tp dikira darurat... buat tak tau jelah... bukan kenal pun doktor tue.

Seminggu lepas tue... pakSu punya c.p dah ok.... tapi... makSu la plak yang dapat habuannya. Mula2 tak perasan... tapi skali tue baru sedar ada satu bintik berair kat badan. Maka bergantilah pesakit kat rumah nie (ops...masa tu rumah lagi satu). Dua minggu lps tue semuanya ok. Baru ada peluang nak celebrate kegembiraan kami. Tapi dalam hati tetap ada perasaan risau kesan c.p tu pd anak kat dalam pewot nie. Sampailah bila dah selamat bersalin... Alhamdulillah anak sihat dan takde cacat. Tuhan Maha Kaya.

Berbalik pada cerita nak pregnant lagi skali. MakSu ragu2 dan ada semacam satu perasaan dalam diri nie taknak beranak secepat mungkin. Nak tangguh lagi. Macam2 perasaan datang bila fikir kemungkinan diri nie mengandung lagi. "Boleh ke aku tumpu pada Anis dan bb?", "Mampu ke nak jaga dua anak satu masa?" , "Macamaana kalau pregnancy kali ni dapat alahan teruk?" boleh ke itu, boleh ke ini... macam2 soalan yang timbul. Rasa tak mampu nak buat semuanya dalam satu masa. Lagilah kalau nak bersalin kat negara asing nie utk kali kedua... sapa yg nak jaga baby baru, Anis dan mamanya?? Kesian papa yg tengah pening lalat tue. Hihi

Satu hari, makSu bagitau pakSu (dgn perasaan berbelah-bagi)... "I taknak pregnant lagi la buat masa nie" lebey kurang gitu la ayatnya... then pakSu just reply " Dulu.. masa takde anak... u nak sangat mengandung... bla-bla-bla" (lebey kuranglah bunyinya).

Lepas tue... makSu terus sedar dan insaf... kekadang kita lupa betapa satu masa dulu kita mengharap sangat nak benda tue. Dan dalam sekelip mata kita alpa dengan rahmatNya.... jadi... kalau ada rezeki, takkan kumenolak untuk mengandung lagi. Tunggu saja masa dan saat itu tiba.

No comments: