Monday, 28 April 2008

Cotswold

Salam
Hujung minggu baru2 nie sempat ke dua tempat menarik di Cotswold... cuaca pun best sangat hari tue... hilanglah rindu kat tanahair sekejap bila hari panas camnie. Nak bejalan pun selesa banget.

Cotswold nie banyak lah jugak castle, garden dan old village seta pemandangan country side yg menarik.

Keluar rumah pun dah agak lewat, jadi tak sempatlah nak singgah banyak tempat. Destinasi pertama ke Broadway Tower - letaknya sejam dari rumah kami. Bila kat atas tue boleh tengok sayup mata memandang ke kawasan sekitar. Tower nie pun terjaga lagi... sekelilingnya siap ada red-deer dan biri2 bulu tebal.



Lepas tue bertolak plak ke destinasi kedua - Sudeley Castle. Kebetulan hari tue diadakan 'Spring-Mega Sale'. Barang2 yang dijual masa hari ni merupakan produk keluaran tempatan. Tak beli apa pun... tengok ajer...



Habislah jalan2 hujung minggu kali nie... kalau nak ikutkan banyak lagi tempat menarik kat Cotswold nie.. tapi mana lah sempat nak cover satu hari... tunggulah kalau ada kelapangan lagi bleh la ke destinasi lain plak.

Ahad cam biasalah, aktiviti carboot dan lepas tu melepak kat rumah sebab jalan kat depan tue ditutup. Ada sambutan tahun baru org agama Sikh... jd sempatlah keluar tengok deorang berarak dan menyanyi....

2 comments:

f 4 r 4 h said...

lorrr...
x peknen la yea...

MakSu said...

hihi ;)