Saturday, 20 June 2009

Cerita masa nak balik KB baru2 ni

Salam...

Perkembangan ruam Aina... alhamdulillah ruam teruk hari tu dah hilang... pipi cik Aina kembali gebu dan selera makan makin bertambah....


**********************************************

Ni aku nak cerita tentang balik kampung hari tue, punyalah lama peram... baru hari ni nak cerita.



Pagi2 Aina dah bangun... kejutkan Anis
semangat nak balik kampung tu.



Masa aku nak balik ke KB baru2 ni, kami sekeluarga singgah le menginap kat K.T'ganu. Disebabkan tak booking awal2 hotel, maka main redah ajelah mana2 hotel yg kitorang jumpa on the way tu. Kitorang pilih le satu hotel/resort ni... bila tanya kat reception ada bilik kosong tak?? Receptionist nya cakap bilik semua dah penuh (tak heran le sbb cuti skolah, dah tu lokasinya plak kat tgh bandar mmg ptt le kalau full).

Kemudian, receptionist tu cakap lagi, yang ada pun bilik suite je, harganya RM800++ lps diskaun. Mak aiiii??!!! Terkezut kakak... lapan ratus tu blh buat bayar sewa rumah dua bulan.


So... kitorang pun cakap kat dia, takpelah... terima kasih aje. Kita cari hotel lain lah.

Tetiba, si receptionist tu blh plak tanya, 'tak booking ye? nanti saya check kot2 ada bilik kosong'.

Lepas dia godek2 komputer dia, ada la plak bilik kosong yg regenya RM200.


Aik?? tadi dia godek takde, bl org nak cabut tetiba ada la plak bilik. Magik btol.


Moral of the story...

1- kepada peniaga jangan le ambik kesempatan & cekik darah kow-kow kot ya pun nak untung.

2- kepada pengguna plak, kalau menghadapi situasi macam ni, baik angkat kaki ajer cr hotel lain, bukan dia aje yang bukak hotel.

3- berbelanja dengan bijak.





Boleh nampak pantai... tapi saya tak suka pijak pasir.




Anis tgh fikir cemana nak bawak balik piano ni...




Rupanya kat hotel tu pagi tu ada sambutan Pandu Puteri DiRaja.... Masa nak check-out tu diorang tgh sibuk2 nak sambut ketibaan VVIP. So, kitorang pun lepak le kejap kat lobi nak tengok sapa yang dtg. Antara yang sempat kitorang tengok, ketibaan YM Puan Muda Pahang, YM Puan Muda Perak, bekas Permaisuri T'ganu dan MB T'ganu. Beberapa minit lepas kitorang angkat kaki, DYMM Permaisuri Agong plak sampai. Tak sempat le nak tgk secara live.




Ketibaan YM Tuanku Puan Pahang
Anggun bertudung




Singgah kat Masjid Kristal .... nak tgk sendiri masjid yang tersohor itu... blom masuk waktu solat lagi.... ramai jugak pelancong. Rupanya bila dr dekat takdelah besar sangat masjid ni. Cadangan awal nak masuk Taman Tamadun, tapi memandangkan masa kitorang sampai kat sana dah tengahari... matahari btol2 terpacak atas ubun-ubun... maka program ditunda ke tahun depan. Atau sekurang-kurangnya sampai Aina bleh jalan... masa tu boleh le tengok aksi kekanak riang Anis dan Aina terkedek2 main kejar2.



Saya 'three'

















6 comments:

farah amoi said...

wahhhh
teruk jugak ye ruam aina
sapai penuh muka
dah ler cek mek tu putih
dah merah abih muka nye

panas kot balik kelate..
sama lr ngan daNi...dia dah ler gumuk
lagi ler rimas bile berpeluh
darwisY hok kuruh tuh pon...slalu main x pakai baju

hehhehe...
kami dah pindah umah lagi!

HalfBlood Princess said...

ish tak malu kn derg ni, kte dh nk blah bley plak pgil blk...hee...

nway, bestnye blk kg, siap tdo kt KT lg! cantikkn masjid kristal tu!:)

Kgee, samala iris..pon ruam jgk.

luthfil07 said...

dok kat primula ek gee? hehehe tgk lam hotel dgn background anis bergambar tu dah leh tau dah...
si anis ni cam Luth la tak suka pijak pasir pantai..dia rasa geli.. eimran je ok.. maklumla truly malaysian... hehehe...

♥ aimi @ kamalina ♥ said...

mak ai...800++?? perghh....kalau akak pun mmg tak stay la..unless mmg tak tau nak buang ke mana duit tu..hehehehe....tpai mmg betul la..camna lak blh ada bilik kosong padahal sebelum tu kata takde..nampak sgt nak cari untung ya... huhu...sabo jela yek..

Amna Faqiha said...

syoknya balik kg

Puan Gee said...

djysifhjstjzfjcglvxkd