Wednesday 24 December 2008

Seminggu sudah aku berpantang

Assalamualaikum...

Terima kasih buat rakan2 yang mengirimkan ucapan tahniah buat kami sekeluarga...

Ada masalah talian nak log-in blog dan nak mskkan gambar (di samping hal-hal lain yg perlu diuruskan).

Rabu ~ 17.12.2008

Kalau ikutkan hari ni due yg diberikan oleh doktor panel di UTM... masih takde tanda2 nak bersalin lagi... jadi malam ni hubby 'terpaksa' balik ke JB ...

Jam 7 ptg ... hubby bergerak utk ke stesen bus... dalam hati berat jugak nak bagi pegi... tapi memandangkan ada tugasan nak dibuat kene la jugak lepaskan buah hatiku pergi... dalam perut plak rasa bergelombang jugak...ms ni aku pun tak pasti nak buang air ke, dah mula contraction.

Jam 8 mlm - gelombang perut rasa makin kerap plak... dua tiga kali gi toilet tp takde benda yang keluar plak. Nak makan pun dah takde selera...

Jam 9 mlm - Rasa mcm dah start contraction... makin kerap...aku tgk jam setiap lima-10 minit skali terasa contraction. Hubby plak bgtau yang bas blom datang. Aku pun dgn takut2nya mintak dia kenselkan ajer rncgn nak blk JB mlm tu. Lps call doktor, dan dpt green light utk ke hospital... trs hubby balik rumah.

11 mlm - Lepas tidurkan Anis, kami bergerak ke hospital. Mesin rekod contraction mmg konpem dah sampai masa nak bersalin. Doktor check 'jalan' dah bukak 4cm. Trs kene masuk labour room.

Khamis ~ 18.12.2008 ~ Speedy Labour

12 tgh mlm - Doktor pecahkan air ketuban, masukkan air... lepas beberapa ketika... contraction makin kuat... tp kepala baby masih tinggi. Hubby tersayang kat seblah kanan, manakala seblah kiri plak doktor tolong usap2 belakang aku utk bantu baby turun ke bawah... Alhamdulillah sakit tak lama...lepas beberapa kali 'push' lahirlah baby 'Nur Aina Syahmina' ... tepat jam 12.54 pagi.

Lepas dah siap semua prosedur kat labour room.. kami berehat di bilik hotel 4* KBMC.

Tengahari , buat pertama kali baby Aina bersua dgn kak long Anis. Mula2 Anis ok ajer... tumpang dua kaki makan kat katil hotel 4*... tup2 bila mama pegang baby dan bagi susu...terus kak long Anis meraung.... barangkali dia ter'kezut' tiba2 mama boleh breastfeed org lain plak. lama jugak Anis nangis...sampai rumah dan tertido... kesyian....

Doktor datang check dan discharge mama... tapi mama nak stay dan rehat satu malam lagi kat hotel 4* ni.

Petangnya ... bila 2nd time jumpa baby Aina...Anis dah ok...tak nangis dah bila mama pegang baby. Anis dah pandai kiss baby. Malam tu kami empat beranak tido kat hotel 4*KBMC.

Hari2 seterusnya

Anis makin sayang dekat adik... tiap saat nak kiss ajer... sampai adik naik rimas.

Aina dah tanggal pusat masa hari ke-4. Lega sket bila tali pusat dah tanggal... kalau tak takut jugak bila masa nak mandikan dan tukar nappy.

Kesihatan mama bertambah baik...cuma baby jaundice... walaupun blom kritikal... skrg baby tido bawah lampu biru. Mama pilih buat sesi rawatan kat rumah utk mudahkan nak jaga Aina dan Anis. Kak Long Anis dah lena kat seblah. Harap2 jaundice Aina akan berkurangan.

Please pray for her. Jumpa lagi.

5 comments:

aku said...

welkam to the world aina syahmina!

skrang dah jadu mama NAS lah yea...
hehehhe
leh ler geng nanti...eroes...2 heroin!

ooo...gee ambik KBMC....skejap je la gee sakit
lebih kurang farah
x sapai sejam...

masa daNi ari tu pon siap extend sari lagi dok An-nisa...

so, baby 18dec la ni....
okey laaa...081218!

gee, mana umah gee nih
leh ler g jenguk kalau gee sudi jumpa!

cepat jugak dia tanggal pusat!
kalau kat an-nisa, pakar x kasi pakai barut perut sbb nak kasi cepat tanggal pusat...

ooo...kena kuning jugak
silap lupe nak turun kan ilmu skit
hehhehe

Fateen SM said...

Kira gee sakit bersalin x lama yea.. sib baik hubby lom sempat naik bas.. sempatlah dia menyambut bb aina..baguslah reaksi kaklon anis, sayang kat adik aina dia tu :D

pasal jaundice tu, insyallah ok ler tu nnt..

isk..isk..xjadik ler nk turun KB.. silap tgk kad, belah pompuan yg kat KB.. hubby fateen kawan ngan pengantin lelaki, jemputan kt KT jer.. x sampaila plak KB... huaaa!! x merasalah nk jenjalan KB cenggini...

Anonymous said...

>> insyaAllah tak ada apa tu...
>> jaundice dah mcm biasa dah sekarang ni...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

geeeeeeeeeeeeeeee
tahniah gee. dah bersalin erk gee, alhamdulillah. sedapnya nama baby. anees dah jadi kakak (huhuhuhu) mesti sayang baby dia nih
gee berpantang kat mana?

Diana Sulaiman said...

gee deliver bb kat kbmc ek? doc mane yg sambut ek?