Kisah dua hari lepas ; dialog antara Anis dengan papa
Anis : Esok Anis nak pegi skolah, taknak pegi rumah umi
Papa : Tahun depan lah papa hantar Anis skolah
Anis : kenapa kene depan, tak boleh skolah blakang?
Papa & Mama ~ serentak gelak...

*************************************************
Kisah terjadi pada hari Isnin... lebih kurang jam 9.30 mlm...
Kitorang sekeluarga pegi le ke satu kedai barang eletrik utk survey harga barang.
Kejadian pertama ; bahagian aircond
Aku : Yang mana satu aircond yang bagus??
salesman : Yang ni kak, ada ironizer skali.... bla bla bla...
Hubby : Nak tanyalah, kalau kita dah siap pasang
powerpoint dan wirering, kos pemasangan sama ke ada diskaun?
Salesman : Stakat ni tak bleh redeem point lagi bang, blom promotion.
Aku dgn hubby : (sama2 tercengang & sambil blah dari kawasan tu ~ sah budak ni tak faham soalan)
Kejadian kedua ; kat bahagian kipas plak. Untuk peringatan, kami masih kat kedai yang sama, dan salesman tu masih setia melayan kami. Lepas belek2 dan compare harga, so kitorang decide le nak beli satu kipas tu...
Hubby : Kalau saya nak beli kipas ni,
berapa besar dia punya kotak? Saya bawak kereta kecik ajer.
Salesman : Berapa besar ye? kejap ye...
(sambil berlalu seketika, ingatkan dia pegi ambik kotak, rupanya dia datang dengan pita pengukur)...
Salesman : berapa lubang ye ?
Hubby : Lubang apa?
Salesman : Bla bla bla (dengan semangatnya dia bercerita...) abang kene bincang dgn kontraktor lah...
Hubby aku pun layan le dia punya penerangan, waktu tu aku dah tak bleh tahan nak gelak, terus pusing dan jalan ke bahagian lain. keluar ajer dari kedai tu ktitorang bantai gelak tak hengat...
Apa punya salesman le, lain ditanya lain yang dijawab. Dush!!