Sunday 26 April 2009

Berita baik....

Cuti bersalin lebih awal

KUALA LUMPUR 25 April - Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.

Bagaimanapun, ia akan ditolak dari jumlah cuti bersalin 60 hari yang diperuntukkan kepada mereka.

Peraturan baru itu berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April.

Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira daripada hari mereka melahirkan anak tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital, klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.

Ketua-ketua jabatan hendaklah memastikan kemudahan cuti bersalin yang diambil lebih awal itu direkod di dalam buku perkhidmatan pegawai berkenaan, menurut pekeliling itu. - BERNAMA

(dipetik drpd Utusan ~ 26 April 2009)




**************************************************************


Alhamdulillah... terima kasih kepada kerajaan yg prihatin dengan kebajikan kakitangan wanita yg bakal melahirkan anak... walaupun cuti awal 14 hari je (dan kene tolak plak yg baki 60 hari lepas bersalin tu), dikira memadailah buat masa ni. Diharapkan kerajaan terus menerus menjaga kebajikan kakitangan wanita yang tak mengira penat lelah menjalankan tanggungjawab terhadap kerjaya.

Sekurang-kurangnya kita boleh pilih nak kerja sampai le saat nak ke bilik bersalin atau nak cuti dan berehat kat rumah. Maklumlah orang mengandung ni macam2 ragam... ada yg bernasib baik sihat ajer sepanjang mengandung tu, ada yg masa ngandung tulah dapat macam2 penyakit... tak masuk lagi bab sakit pinggang, sakit belakang, sakit kaki, mabuk2, darah tinggi etc. tambah plak bila dah di penghujung kehamilan tu... memang memerlukan rehat yang cukup (terutama bg yang dah ada anak... balik keje nak melayan kerenah anak dan memenuhi tanggunjawab kat rumah plak)....

Kalau di negara luar, contohnya UK, kakitangan yang mengandung diberi peluang untuk menikmati cuti bergaji penuh selama 6 bulan (3 bulan sebelum bersalin dan 3 bulan selepas)...dan boleh lagi nak sambung cuti tanpa gaji plak selama 6 bulan lagi untuk menjaga anak.... aku harap satu hari nanti semua wanita bekerja di negara ini akan menikmati 'maternity leave' macam ni tak kiralah sektor awam atau swasta pun.

Kat negara kita pun dah diperkenalkan cuti menjaga anak sejak 2007.... Bagi rakan2 yang tak tau lagi (atau tak sedar), lepas habis cuti 60 hari tu bole h lagi kalau nak sambung duduk kat rumah... tapi kene ambik cuti tanpa gajilah. Sila rujuk kat sini ------>>> Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007

Oklah... marilah kita sama2 bercuti..... jom buat anak kui kui kui (macam nak buat anak patung plak) Just joking!!! jangan marah... nanti kene lelong



Gambar hiasan ; Anak... anugerah yang tak ternilai....

7 comments:

Suzana Abd Manan said...

Wah bagus tu, lepas ni gee boleh plan the third one pulak..;)

aku said...

hehhee
kami dah mrasa cuti awal dr bersalin
kat kilang memang amal kan rules camtu
diberi cuti bersalin awal 14hari dr tarikh due date..
tp kena prove dr doc,klinik ler mngatakan kita bersalin tarikh bile

Mama 4H said...

tu la gee kan..alangkah bestnya kalau kat sini macam kat UK..cuti lama tuk jaga anak2 kan..

mummy 2H said...

memang best sangat2 dapat breastfeed n jaga anak sendiri lps bersalin...at least for 6months. Alhamdulillah mummy diberi skali lagi peluang utk fully breastfeed baby H

♥ i'me ♥ said...

bestnya maternity leave kat UK... kalau tak silap, kat kelantan 3 bln kan cuti bersalin??? bestnya laa.... bab maternity leave ni patut bg lama sikit mcm kat UK tu.... barula syiokkkkk...dan kita pun senang hati sket nak tinggalkan baby kat nursery sebab by that time, dia dah besar sikit...

Mrs. Ishamizu said...

Bersyukurla kn kgee..nk buat cam uk dpt 6bln cuti n payable tu ssh la sket..tp tataula in the future nti..hrp2 msia majula nk wat cenggitu, kang ditakuti neara xproduktif la plakk..ceh, org yg xkeje bckp..;p

☆ lieya latif ☆ said...

oooo ye ke, lambat betul lieya tau citer nie....tapi tu laa dari mia lagi lieya kalo preggy mmg tak amik cuti awal, ari bersalin tu laa baru bercuti he hehehe....sebab kalo dok kat umah cam takut sebab sorang2 kalo kat tempat keje, sakit2 nanti ramai ade boleh tolong anta spital, hubby pun sebelah opis ajek he he hehe...